Getúlio Vargas
Getúlio Dornelles Vargas GCTE • GCA (19 April 1882 — 24 Ogos 1954) adalah seorang peguam dan ahli politik Brazil. Beliau merupakan tokoh awam utama dalam suatu revolusi yang berlangsung di negara tersebut tahun 1930 yang menggulingkan Republik Brazil Pertama (atau "Republik Lama", República Velha) diperintah Washington Luís, serta juga mencegah pelantikan presiden yang dijangka mengambil alih pada ketika itu, Júlio Prestes.
Yang Terutama Getúlio Vargas | |
---|---|
Presiden Brazil ke-14 dan ke-17 | |
Dalam jawatan 3 November 1930 – 29 Oktober 1945 | |
Naib Presiden | None |
Didahului oleh | Rejim Tentera 1930 |
Digantikan oleh | José Linhares |
Dalam jawatan 31 Januari 1951 – 24 Ogos 1954 | |
Naib Presiden | Café Filho |
Didahului oleh | Eurico Gaspar Dutra |
Digantikan oleh | Café Filho |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Getúlio Dornelles Vargas 19 April 1882 São Borja, Rio Grande do Sul, Empayar Brazil |
Mati | 24 Ogos 1954 Istana Catete, Rio de Janeiro, Brazil | (umur 72)
Cause of death | Bunuh diri |
Tempat semadi | Praça XV de Novembro, São Borja, Rio Grande do Sul, Brazil |
Kewarganegaraan | Brazili |
Parti politik | Republikan Rio Grande (1909–1930) Bebas (1930–1946) Parti Buruh Brazil (1946–1954) |
Pasangan | Darci Sarmanho (k. 1911) |
Anak | Lutero (1912–89) Jandira (1913–80) Alzira (1914–92) Manuel (1916–97) Getúlio Filho (1917–43) |
Tempat belajar | Free Faculty of Law of Porto Alegre |
Tandatangan | |
Perkhidmatan tentera | |
Kesetiaan | Brazil |
Cabang/khidmat | Tentera Darat Brazil |
Tahun khidmat | 1898–1902 |
Pangkat | Sarjan |
Unit | Batalion Infantri ke-6 |
Beliau merupakan antara pemimpin yang giat melaksanakan dasar-dasar nasionalis dan populis di negaranya seperti pemimpin-pemimpin lain semasanya di benua Aerika Selatan[1], terutamanya terhadap kebajikan masyarakat di mana beliau diberi jolokan "Bapa Orang Miskin".[2]
Awal hidup
suntingGetúlio Vargas lahir daripada sebuah keluarga penternak[3] yang hidup di kawasan pedalaman yang berhampiran dnegan sempadan Argentina. Keluarganya merupakan pendatang yang berasal dari Kepulauan Azores.[4]
Pada tahun 1900, beliau melanjutkan pengajiannya di Sekolah Persediaan Taktik Rio Pardo namun tidak kekal lama di situ; beliau dipindahkan ke Porto Alegre. Beliau memasuki khidmat tentera sebaik sahaja menghabiskan persekolahannya, beliau berpangkat kadet di Sekolah Tentera Porto Alegre di bawah awasan Eurico Gaspar Dutra dan Pedro Aurélio de Góis Monteiro. Setelah Getúlio mendapat pangkat sarjan, beliau terlibat dalam ekspidisi selatan yang menyaksikan suatu konflik akibat perebutan milik kawasan Acre antara Bolivia dan Brasil pada tahun 1902.
Kerjaya politik awal
suntingPada tahun 1909, beliau dilantik sebagai wakil negeri Rio Grande hasil tandingannya dengan Parti Republikan Rio Grande; beliau dilantik semula pada 1913 namun menolak mandat keduanya sebagai membantah tingkahlaku Borges de Medeiros, wakil Cachoeira do Sul terhadap Ketua Negeri Rio Grande do Sul yang dianggap melampau dan kurang ajar.
Beliau kembali ke Dewan Undangan Negeri Rio Grande pada 1917 sebagai seorang wakil serta dilantik kembali pada tahu-tahun 1919 dan 1921.
Pemerintahan sebagai Presiden
suntingPemerintahannya merangkumi tiga fasa selama 15 tahun berturut-turut daripada perampasan kuasa oleh beliau sehingga tahun 1934. Fasa kedua pula 1934 hingga 1937 pula di mana beliau dilantik sebagai Presiden di dalam suatu Pemerintah Konstitutionalis hasil tercetusnya Perang Paulista, dan pembentukan Estado Novo dari 1937 hingga 1945 di mana Eurico Gaspar Dutra mengambil alih setelah memenangi pilihan raya pasca-Perang Dunia Kedua sebagai Presiden Republik Brazil Kedua.
Fasa pertama
suntingBahagian ini kosong. Anda boleh bantu dengan menambah isi bahagian ini. |
Fasa kedua - Pemerintah Konstitusionalis
suntingBahagian ini kosong. Anda boleh bantu dengan menambah isi bahagian ini. |
Fasa kedua - Estado Novo
suntingVargas menghapuskan parti-parti politik, menguatkuasakan penapisan akhbar yang ketat serta turut memusatkan semua kepolisan di Brazil. Beliau menahan banyak pihak yang membangkang pemerintahannya sambil menyemai semangat nasionalisme yang kuat dan populis. Beliau banyak merubah ekonomi Brazil melalui dasar baru dengan bantuan dari Amerika Syarikat berikutan Perang Dunia Kedua yang sedang berlangsung. Industri berat mula digiatkan dengan pembukaan sebuah kilang besi di Volta Redonda, memiliknegarakan syarikat penggalian minyak yang sedua ada. Beliau menumpu kepada kelas pertengahan dengan banyak peluang pendidikan dan pekerjaan yang terhasil dari dasar-dasarnya serta mengenakan kawalan yang melindungi kelas pertengahan serta pekerja yang miskin.[5]
Insiden Rua Tonelero dan pembunuhan diri
suntingPada 5 Ogos 1954, Rubens Florentino Vaz, seorang pegawai Tentera Udara Brazil mencerobohi kediaman Carlos Lacerda - seorang wartawan dan bakal wakil negeri Guanabara yang merupakan saingan Vargas - di Copacabana, Rio de Janeiro dalam suatu percubaan membunuh Lacerda; Vaz terbunuh dalam percubaan ini manakala Lacerda hanya cedera sedikit. Berita ini mengungkitkan kemarahan dalam kalangan pegawai tentera lagi-kagi dengan penglibatan salah seorang pengawal peribadi Vargas, Leftenan Gregório Fortunato. Vargas cuba meredakan keadaan dengan mengadakan suatu perjumpaan kecemasan lewat malam 23 Ogos 1954, namun para pegawai tentera didesuskan tidak dapat dipujuk lagi.[perlu rujukan]
Dengan rasa ketakutannya Vargas membunuh dirinya dengan menembak dadanya menggunakan sepucuk pistol jenis Colt Police Positive Special di kediamannya, Istana Catete pada pagi 24 Ogos 1954. Mayatnya ditemui anaknya dengan sepucuk surat mengadu nasib yang turut dibacakan dalam siaran radio serata Brazil.[6]
Keluarganya menolak cadangan agar Getúlio diberikan pengebumian rasmi, tetapi penggantinya João Café Filho tetap mengisytiharkan suatu tempoh berkabung untuk beliau.[7] Mayat Vargas diarak dalam suatu keranda kaca untuk tontonan puluh ribuan rakyat Brazil yang mengiringinya ke lapangan terbang untuk dibawa ke São Borja, Rio Grande do Sul, tempat kelahiran dan persemadian terakhirnya.[8]
Rujukan
sunting- ^ Benajmin, Keen; Keith, Haynes (2004). A History of Latin America (ed. Seventh). New York: Houghton Mifflin. m/s. 300–303, 329–334, 364–376. ISBN 0-618-31851-8.
- ^ Poppino, Rollie E. "Getúlio Vargas: President of Brazil". Encyclopædia Britannica. Dicapai pada 7 March 2017.
- ^ Cidadania, Correio da (2 April 2016). ""O pântano no volume morto: degradação institucional brasileira atinge ponto mais agudo"". Correio da Cidadania (dalam bahasa Portugis).
- ^ Koifman, Fábio. Presidentes Do Brasil: De Deodoro A FHC.
- ^ Roett, Riordan (2011). The New Brazil. Brookings Institution Press. m/s. 42–43.
- ^ "1954: Brazilian president found dead". British Broadcasting Corporation. 1954. Dicapai pada 19 April 2009.
- ^ Williams and Weinstein, "Vargas Morto", pp. 285-87.
- ^ Williams and Weinstein, "Vargas Morto" pp. 287-94.
- Sumber utama
- Williams, Daryle; Weinstein, Barbara (2004). "Vargas Morto: The Death and Life of a Brazilian Statesman". Dalam Lyman L. Johnson (penyunting). Death, Dismemberment, and Memory: Body Politics in Latin America. Albuquerque, New Mexico: University of New Mexico Press. ISBN 978-0-82633-201-1.