Ghost Whisperer ialah sebuah siri televisyen berunsur drama, fantasi dan seram Amerika Syarikat yang dicipta oleh John Gray dan James Van Praagh, seorang yang mengaku dirinya seorang pengantara roh. Siri ini dibintangi Jennifer Love Hewitt, David Conrad, Camryn Manheim, kadang-kadang Jay Mohr dan pernah dibintangi Aisha Tyler.

Ghost Whisperer
Ghost Whisperer title card
FormatSeram
Kuasa ghaib
Drama
fantasi
PenciptaJohn Gray
Dibintangi oleh
Jennifer Love Hewitt
David Conrad
Aisha Tyler
(2005-2006)
Camryn Manheim
Jay Mohr
Negara asalAmerika Syarikat Amerika Syarikat
Bilangan episod107
Penerbitan
Penerbit eksekutifJohn Gray, Ian Sandler, Kim Moses (Penerbit eksekutif bersama) James Van Praagh
PenerbitJoe Dishner, Jennifer Love Hewitt[1]
Tempoh siaran60 minit (termasuk ruang iklan)
Penyiaran
Saluran asalCBS
Format gambar480i (SDTV),
1080i (HDTV)
Siaran asal23 September 2005[2]21 Mei 2010
Pautan luar
Laman sesawang

Siri ini mengisahkan watak utama Melinda Gordon (lakonan Jennifer Love Hewitt) yang tinggal di pekan cereka bernama Grandview bersama suaminya Jim Clancy dan mempunyai kebolehan melihat dan berkomunikasi dengan roh-roh si mati.

Ghost Whisperer disiarkan di Amerika Syarikat melalui rangkaian CBS pada malam Jumaat sejak 23 September 2005.[3] Di Malaysia, siri ini disiarkan melalui saluran 8TV dan Star World (musim kelima) di juga TV2 ditayangankan pada Akan Datang.

Rujukan dan nota

sunting

Pautan luar

sunting