Regina Paz "Gina" La'O Lopez (27 Disember 1953 – 19 Ogos 2019) merupakan seorang ahli alam sekitar dan dermawan Filipina yang berkhidmat sebagai Setiausaha Jabatan Alam Sekitar dan Sumber Asli Filipina (DENR) dalam ad interim di bawah Presiden Rodrigo Duterte.[1][2] Beliau sebelum ini merupakan Pengerusi Suruhanjaya Pemulihan Sungai Pasig di bawah dua pentadbiran berturut-turut. Lopez juga merupakan seorang mubaligh yoga dan perintis tanggungjawab sosial korporat.

Gina Lopez
Lopez pada 2017
Setiausaha Alam Sekitar dan Sumber Asli
Ad interim
Dalam jawatan
30 Jun 2016 – 3 Mei 2017
PresidenRodrigo Duterte
Didahului olehRamon Paje
Digantikan olehRoy Cimatu
Pengerusi Suruhanjaya Pemulihan Sungai Pasig
Dalam jawatan
23 Ogos 2010 – 19 Ogos 2019
PresidenBenigno Aquino III
Rodrigo Duterte
Didahului olehHoracio C. Ramos
Digantikan olehJose Antonio E. Goitia
Butiran peribadi
LahirRegina Paz La'O Lopez
(1953-12-27)27 Disember 1953
Manila, Filipina
Meninggal dunia19 Ogos 2019(2019-08-19) (umur 65)
Makati, Metro Manila, Filipina
PasanganSona Roy (berpisah)
Anak-anakRoberto "Bobby" Roy
Benjamin "Ben" Roy
Ibu bapaEugenio Lopez Jr. (bapa)
Conchita La'O (ibu)
SaudaraEugenio Lopez III (abang)
Alma materKolej Assumption
Kolej Boston
Institut Pengurusan Asia
Pekerjaan
  • Setiausaha kabinet
  • eksekutif
  • ahli alam sekitar
  • dermawan

Kehidupan peribadi sunting

Gina merupakan anak kepada Pengerusi Emeritus ABS-CBN, Eugenio López, Jr. dari Iloilo dan Conchita La'O dari Manila. Beliau mempunyai adik-beradik seramai enam orang dan adik kepada Eugenio López III. Lopez menghadiri kolej Assumption dan Newton College of the Sacred Heart di Boston (yang kemudian disepadukan dengan Kolej Boston). Biarpun tidak menerima ijazah sarjana, Lopez mendapat ijazah kehormat dalam Pengurusan Pembangunan dari Institut Penguruasan Asia. Beliau mempunyai dua anak lelaki, Roberto dan Benjamin.[3]

Kematian sunting

Lopez telah disahkan menghidap kanser otak. Beliau meninggal dunia akibat kegagalan pelbagai fungsi organ akibat penyakit itu di Pusat Perubatan Makati pada 19 Ogos 2019 pada usia 65 tahun.[4][5][6]

Dalam budaya masyhur sunting

Beliau dilakonkan oleh Paula Peralejo dalam filem 1995, Eskapo.[7]

Rujukan sunting

  1. ^ "Gina Lopez accepts Duterte's DENR offer". ABS-CBN News. June 21, 2016. Dicapai pada June 21, 2016.
  2. ^ "CA Plenary Rejects Gina Lopez' Appointment as Environment Secretary". Themochapost.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-05-03. Dicapai pada May 3, 2017.
  3. ^ "Statement of ABS-CBN on the passing of Gina Lopez". ABS-CBN News. 19 August 2019. Dicapai pada 19 August 2019.
  4. ^ "Gina Lopez dies at 65". ABS-CBN News. Dicapai pada 30 August 2019.
  5. ^ Ramos, Christia Marie. "Ex-DENR chief Gina Lopez passes away". Philippine Daily Inquirer.
  6. ^ Cordero, Ted (August 19, 2019). "Ex-DENR chief Gina Lopez dies at 65". GMA News. GMA Network, Inc. Dicapai pada August 19, 2019.
  7. ^ "Eskapo (1995) Full Cast & Crew". IMDb. Dicapai pada 19 August 2019.

Pautan luar sunting