Gingersnaps (pakaian)

Gingersnaps merupakan sebuah syarikat pakaian yang mengedarkan pelbagai jenis fesyen seperti pakaian dan aksesori untuk golongan kanak-kanak dan ibu mengandung. Syarikat ini diasaskan di Filipina pada tahun 1994 dan dimulakan dengan satu ruang dalam gedung serbaneka. Kini, syarikat ini mempunyai 31 butik dan 25 gedung serbaneka di hampir seluruh dunia. Antara negara yang mengendalikan perniagaan ini termasuklah Thailand, Singapura, Malaysia, Indonesia, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu. Dalam tahun yang mendatang, perniagaan ini akan berkembang kepada beberapa lagi rantau berikutan permintaan yang meningkat.[1]

Gingersnaps
Jenis/bentuk sahPersendirian
IndustriFesyen
DitubuhkanFilipina (1994)
Ibu pejabatManila, Filipina
Kawasan perkhidmatanThailand, Singapura, Malaysia, Indonesia, Arab Saudi & UAE
KeluaranPakaian, aksesori
PemilikLifestyle Concepts Co. Inc.
Bilangan kakitangan200 +
Tapak webgingersnaps.com.ph
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Pemilik syarikat sunting

Pemilik syarikat ini ialah Lifestyle Concepts Co. Inc. yang beroperasi dan beribu pejabat di Manila, Filipina. Kini, syarikat ini telah mengambil lebih daripada 200 pekerja yang bermotivasi tinggi serta mempunyai latar belakang yang bersifat multinasional.

Syarikat ini mengetengahkan pasukan daripada pelajar sekolah yang terbaik hasil lulusan seni dan rekaan di Manila dan di luar negara. Syarikat ini juga mempunyai "Pasukan Pembarangan Visual" yang memastikan bahawa semua cawangannya menggambarkan karekter dan cita rasa kedai Gingersnaps.[1]

Rujukan sunting

  1. ^ a b "About Us". Lifestyle Concepts Co. Inc. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-03-15. Dicapai pada 2 Mac 2013.