Giuseppe Piazzi (7 Julai 1746 - 22 Julai 1826) merupakan rahib theatine, ahli matematik, dan ahli astronomi. Beliau di lahirkan di Ponte in Valtellina, dan meninggal di Naples. Beliau bertanggung jawab menubuhkan balai cerap di Palermo.

Giuseppe Piazzi.

Pada 1 Januari, 1801, Piazzi telah menemui cahaya bintang yang bergerak di angkasa. Pada mulanya beliau beranggapan ia adalah sebuah bintang, tetapi apabila beliau mendapati ia bergerak, beliau akhirnya pasti bahawa ia merupakan sebuah planet, atau seperti yang dipanggil beliau "sebuah bintang baru".

Di dalam jurnal, beliau menulis: "Cahaya tersebut kelihatan agak samar, dan warnanya seperti warna planet Musytari, tetapi sama seperti yang lain yang mana kebiasaanya dikira dengan magnitud lapan. Jadi saya tidak ragu-ragu bahawa ia adalah salah satu dari pada bintang tetap. Pada petang yang kedua saya mengulangi pemerhatian saya, dan mendapati ia tidak secocok pada masa atau jarak dari zenit pemerhatian saya yang sebelumnya, Saya mula tertanya tentang ketepatannya. Selepas itu saya mengesyaki bahawa ia berkemungkinan adalah sebuah bintang baru. Pada petang ketiga, rasa syak saya bertukar menjadi kepastian, bahawa ia bukanlah sebuah bintang tetap. Walau bagaimanapun sebelum saya mengumumkannya, saya menunggu sehingga petang keempat, apabila saya berpuashati melihat ia bergerak pada kadar yang sama dengan hari yang sebelumnya."

Meskipun beliau menganggap ia merupakan sebuah planet, beliau mengambil jalan konservatif dan mengumumkannya sebagai sebuah komet. Didalam surat kepada ahli astronomi Barnaba Oriani di Milan beliau menyatakan rasa syaknya dengan menulis:

"Saya telah mengumumkan bahawa ia adalah sebuah komet, tetapi oleh kerana ia tidak di sertai oleh apa-apa nebulosity dan, disamping, oleh kerana pergerakkannya adalah terlalu perlahan dan agak seragam, ia berlaku beberapa kali kepada saya bahawa ia berkemungkinan adalah lebih dari hanya sebuah komet. Tetapi saya berhati-hati untuk tidak membuat anggapan ini kepada orang ramai."

Beliau tidak dapat memerhatikan dengan lebih lama kerana ia hilang di bawah pancaran cahaya Matahari. Kerana tidak dapat mengira orbitnya dengan kaedah yang ada, ahli matematik terkenal Carl Friedrich Gauss telah mengembangkan kaedah baru bagi pengiraan orbit yang membenarkan ahli astronomi untuk mengesan ia kembali. Apabila orbitnya telah dikenalpasti, jelas bahawa tenggapan Piazzi adalah betul correct dan objek tersebut bukan merupakan komet tetapi lebih kepada sebuah planet kecil. Kebetulan, ia juga hampir menepati dimana hukum Titius-Bode meramal dimana planet itu patut berada.

Piazzi menamakan ia sebagai "Ceres Ferdinandea", bersempena Roman dan dewi bijian orang Sicilian dan King Ferdinand IV of Naples dan Sicily. Bahagian perkataan Ferdinandea telah dimansuhkan kemudiannya kerana sebab-sebab politik. Ceres telah menjadi asteroid pertama, dan terbesar yang terdapat dilingkungan Asteroid Belt. Walau bagaimanapun, dibawah terma 2006 resolusi IAU, Ceres boleh dipanggil planet kerdil.

Pada 1923, astroid ke-1000 yang di nomborkan telah diberi nama 1000 Piazzia sebagai penghargaan keatas beliau. Dan baru-baru ini, bentuk albedo besar, yang berkemungkinan adalah kawah, yang di gambarkan oleh Teleskop Angkasa Hubble pada Ceres, secara tidak rasminya dipanggil 'Piazzi'.

Sumber Rujukan:

Cunningham, C. J. (2001): The First Asteroid. Star Lab Press ISBN 0-9708162-2-7

Pautan Luar sunting