Glass Mask (siri TV)

Glass Mask (Bahasa Korea: 유리 가면; RR: Yoorigamyeon) adalah melodrama 2012 siri televisyen Korea Selatan yang dibintangi oleh Seo Woo, Lee Ji-hoon, Park Jin-woo, dan Kim Yoon-seo. Tayangan perdananya ialah pada 3 September 2012 di tvN dan disiarkan pada hari Isnin hingga Khamis jam 21:45 (KST) slot waktu.

Glass Mask
GenreDrama

Melodrama

Dendam
Ditulis olehChoi Young-in
Kim Suk-gon
PengarahSun Do-joon
Kim Yong-min
Shin Seung-woo
Dibintangi oleh
PenggubahNam Hye-Seung (남혜승)
Negara asalKorea Selatan South Korea
BahasaBahasa Korea
Bilangan episod122
Penerbitan
PenerbitLee Hyung-sun
LokasiKorea Selatan
Tempoh siaran35 minutes
Syarikat penerbitan
MBC C&I
Syarikat pengedaran
tvN
Penyiaran
Saluran asaltvN
Format gambar1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital
Julung kali ditayangkan di
Korea Selatan
Siaran asal3 September 2012 (2012-09-03) – 4 April 2013 (2013-04-04)
Kronologi
Rancangan berkaitan
Ice Adonis
Pautan luar
Laman sesawang

Sinopsis sunting

Siri ini mengisahkan tentang Shin Ki-tae, yang dipenjarakan selama 30 tahun diatas kesalahan membunuh yang tidak dia lakukan. Dia sempat menitipkan kedua anak gadisnya iaitu Kang Yi-kyung dan Kang Seo-yeon kepada Kang In-chul, seorang pegawai polis yang merupakan dalang sebenar disebalik kejadian pembunuhan tersebut. Kang Yi-kyung kemudian membesar menjadi gadis cantik dan menjalin cinta dengan Kim Ha-joon, iaitu anak lelaki kepada majikannya, Presiden Jung Hye-ran. Seo-yeon yang juga dalam diam menyimpan perasaan terhadap Ha-joon kemudian merancang untuk mengenakan Yi-kyung dan memisahkan Ha-joon dan Yi-kyung. Disebabkan rancangan licik Seo-yeon, Yi-kyung telah dituduh mencuri berlian di syarikat tempat dia bekerja. Nasib Yi-kyung bertambah malang apabila In-chul kini merancang ingin membunuhnya. Namun, Yi-kyung berjaya terselamat daripada insiden pembunuhan tersebut.

Selepas menghadapi masa-masa sukar dalam hidupnya, dia kemudian memalsukan kematiannya sebagai Yi-kyung lalu kembali untuk merancang membalaskan dendamnya terhadap kesemua orang-orang yang telah menyakitinya. Bagi memastikan rancangan, dia kemudian mengubah penampilannya serta identitinya sebagai Seo Jung-ha, iaitu seorang pewaris usahawan kaya raya yang pernah membantunya suatu ketika dahulu. Keadaan Jung-ha yang terlantar didalam keadaan koma membuatkan Yi-kyung bertekad ingin mengubah identiti sebagai Jung-ha demi memastikan semua rancangannya bakal berjalan dengan lancar dan rancangan itu dibantu oleh Kim Seon-jae, iaitu seorang peguambela dan juga merupakan sepupu kepada Ha-joon. Berbekalkan identiti baru, Yi-kyung kini kembali ke Fideli, iaitu syarikat dimana dia bekerja sebelum ini dan melamar pekerjaan disana sebagai ketua bahagian pereka fesyen untuk syarikat tersebut. Seo-yeon dan Ha-joon berasa terkejut apabila mendapati wajah Jung-ha seiras dengan Yi-kyung. Hal itu membuatkan Seo-yeon mula menyiasat identiti Jung-ha. Namun bukan mudah apabila Yi-kyung kini semakin bijak untuk menutup identiti sebenarnya sebelum semua rancangannya untuk membalas dendam terlaksana.

Pelakon sunting

Watak utama sunting

Watak sokongan sunting

Watak tambahan sunting

Kemunculan khas sunting

Runut bunyi sunting

Glass Mask OST
No.TajuksingerMasa
1."Cry Bye"LoVe LeTTer
2."Cry Bye(Inst.)"Various Artists
3."Pain and Pain"Bada
4."Pain and Pain(Inst.)"Various Artists


Rujukan sunting