Gobek api

alat penunu

Gobek api ialah sejenis alat yang digunakan untuk menyalakan api dengan memampatkan udara yang terperangkap secara mendadak memanaskan rabuk.[1]

A piece of flash cotton is ignited by the sudden compression of a fire piston.
Penunjukan cara menyalakan api menggunakan gobek.

Teknologi ini amat meluas digunakan orang-orang Austronesia termasuk di rantau Nusantara dan Filipina sehingga sejauh Madagaskar; malah ia turut didapati di Indochina dan kawasan jauh timur seperti Yunnan dan Jepun.[2][3][4][5]

Rupa bentukSunting

Ia diperbuat daripada buluh, kayu atau tanduk terdiri daripada suatu tabung berukuran sekitar 8.3 sm panjang; pangkalnya berdiameter sekitar 1.3 sm yang ditebuk lubang sekitar 0.95 sm[6] untuk menempatkan rabuk yang ingin dinyalakan.[7] Sebatang kayu yang muat-muat dalam lubang ini ditujah untuk memampatkan kandungan dalam tabung serupa suatu omboh.

PrinsipSunting

Pemampatan suatu jisim berbentuk gas lazim meningkatkan tekanan dan suhu gas tersebut sekaligus. Kenaikan suhu ini boleh menyusut jika pemampatan dilakukan secara perlahan-lahan. Haba akan agih-rata ke persekitaran. Udara yang dimampatkan segera mampu mencapai suhu mutlak cukup panas untuk memanas serta mengoksidakan rabuk sehingga mampu terbakar. Ruang yang ditekan padat ini mampu mengecil pada kadar 25:1 untuk mencapai kemampatan udara yang diinginkan.

Bahan yang digunakan untuk membina dan melincirkan gobek api ini dipastikan agar mamou bertahan pada perbezaan suhu yang mendadak. Rabuk yang ingin dinyalakan juga dipilih dari bahan mudah terbakar pada suhu agak rendah.

Penerapan dalam teknologi modenSunting

Rudolf Diesel dipercayai terilham mereka enjin pembakaran beliau pada sekitar tahun 1892 daripada suatu syarahan dihadirinya di Sekolah Politeknik München di mana pengajarnya Carl von Linde menunjukkan suatu gobek api yang diperolehi Linde dari suatu jelajahnya di Pulau Pinang serta digunakan untuk menyalakan rokoknya.[8][4][9][10]

RujukanSunting

  1. ^ Manansala, Paul K. (2006-03-24). "Metallurgy, Southeast Asian (Glossary) Piston bellows". Dicapai pada 2007-05-28.
  2. ^ Hough, Walter. 1928. Fire-making apparatus in the United States National Museum. Proceedings of the United States National Museum 73(2735):1–72.
  3. ^ Balfour, Henry. 1908. The fire piston. Annual report of the Board of Regents of the Smithsonian Institution, showing the operations, expenditures and condition of the institution for the year ending June 30, 1907, 565–593. Washington, DC: Government Printing Office.
  4. ^ a b Ogata, Masanori; Shimotsuma, Yorikazu (October 20–21, 2002). "Origin of Diesel Engine is in Fire Piston of Mountainous People Lived in Southeast Asia". First International Conference on Business and technology Transfer. Japan Society of Mechanical Engineers. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-05-23. Dicapai pada 2007-05-28.
  5. ^ Needham, Joseph (1965). Science and Civilisation in China: Volume 4, Physics and Physical Technology, Part 2, Mechanical Engineering. Cambridge University Press. m/s. 140–141. ISBN 9780521058032.
  6. ^ Tilton, Buck (2010). The Complete Book of Fire: Building Campfires for Warmth, Light, Cooking, and Survival. Menasha Ridge Press. m/s. 34–35. ISBN 9780897328296.
  7. ^ Hough, Walter (1926). Fire as an Agent in Human Culture. Smithsonian Institution, United States National Museum. m/s. 109–110. ISBN 9780598370822.
  8. ^ Amirul Hazmi (16 Julai 2019). "How an ancient tool from Penang island inspired the Diesel engine". New Straits Times.
  9. ^ Diesel Story (Film). Prelinger Archives: Shell Oil. 1952. Dicapai pada 2007-02-16.
  10. ^ Gurstelle, William (2009). "Rudolf Diesel and the Fire Piston". Make. Sebastopol, California: O'Reilly Media. 19: 166–168. ISSN 1556-2336.

Pautan luarSunting