God Bless

kumpulan pemuzik asal Indonesia

God Bless ialah sebuah kumpulan rock Indonesia yang diasaskan pada tahun 1973 oleh Ahmad Albar, Jockie Soerjoprajogo, Fuad Hassan, Donny Fattah, dan Ludwig Lemans. Ia terus menjadi aktif dan telah menerima beberapa anugerah daripada industri muzik Indonesia.

God Bless
Berasal dariJakarta
GenreRock
Tahun aktif1973 (1973)–kini
Pengkarya berkait
Gong 2000
AhliAhmad Albar
Ian Antono
Donny Fattah
Abadi Soesman
Fajar Satritama
Bekas ahliJockie Soerjoprajogo
Ludwig Lemans
Fuad Hassan
Soman Lubis
Deddy Dores
Deddy Stanzah
Keenan Nasution
Odink Nasution
Debby Nasution
Teddy Sujaya
Eet Sjahranie
Gilang Ramadhan
Yaya Muktio

Sejarah sunting

God Bless diasakan oleh Ahmad Albar (vokal), Jockie Soerjoprajogo (keyboard), Fuad Hassan (dram), Donny Fattah (bes), dan Ludwig Lemans (gitar) pada 1973.[1] Mereka mengadakan konsert sulung mereka pada 5 Mei 1973 di Taman Ismail Marzuki, yang diikuti pada 16 Ogos dengan konsert Summer 28, konsert udara terbuka (yang pertama, setakat pada 2004) pada Indonesia.[1] Semasa tempoh itu, mereka juga beraksi di Jakarta Fair, berdekatan dengan Monumen Nasional (Monas). [2] Pada tahun yang sama, band ini beraksi dalam Ambisi (Cita-Cita); Lemans meninggalkan kumpulan ini tidak lama selepas kumpulan ini kembali dari Belanda.[1]

Pada 1975, band ini beraksi untuk kumpulan rock British Deep Purple semasa mereka bergiat aktif di Jakarta.[3] God Bless melancarkan album sulung mereka, Huma di Atas Bukit, pada tahun berikutnya.[1] Tajuk lagu untuk album rock progresif, adaptasi dari "Firth Of Fifth", dari album Genesis Selling England by the Pound (1973), menjadi lagu tema filem Sjumadjaja Laila Majenun.[1][4]

Empat tahun kemudian, God Bless melancarkan Cermin, yang termasuk lebih banyak lagu balada dan menunjukkan pengaruh dari Deep Purple dan Van Halen;[1][4] Abadi Soesman menyumbangkan sedikit.[5] Band ini terus melangkah untuk beberapa tahun, melancarkan album ketiga mereka, Semut Hitam pada 1988;[1] yang menjadi album mereka yang paling berjaya.[5] Ia diikuti oleh Raksasa (1989), dan Apa Kabar? (1997).[6]

God Bless mengadakan persembahan bersama Padi pada 9 November 2011, band yang 20 tahun lebih muda dari mereka; diadakan di Hard Rock Cafe Jakarta, mereka disaksikan oleh 200 orang, lebih hebat daripada kapasiti tempat.[4] Pada 2003 Jockie meninggalkan band ini; pada awalnya dilaporkan terdapat jurang perbezaan, pada Oktober 2011 Jockie mendedahkan pergaduhan antaranya dengan Albar berhubung dengan tabiat penagihan dadahnya.[6] Jockie, yang diri sendiri dahulunya seorang penagih dadah, telah diminta untuk memberitahu Albar untuk berhenti mengambil dadah; sebagai tindak balas, Albar dilaporkan mengacu pistol kepadanya[7] Jockie tidak lama selepas itu digantikan Abadi Soesman.[5] Gitaris Ian Antono mengesahkan yang pistol telah terlibat, tetapi dia fikir ia boleh menjadi mainan; beliau menyatakan bahawa hujah turut bertambah apabila Jockie menghina keluarga Albar.[8]

Pada 2007, Yaya Moekito menyertai band ini sebagai pemain dram.[5] Selepas Albar dipenjarakan atas kesalahan mengambil dadah pada November 2007 dan diberi parol pada Julai 2008,[9][10] pada pertengahan 2009, God Bless beraksi di Jakarta Fair dan mengeluarkan album, 36th.[5][2] Pada lewat 2009, band ini tampil pada muka depan majalah Rolling Stone Indonesia.[3] Pada tahun berikutnya, band ini menjelajah seluruh Indonesia, beraksi di 9 bandar dan diiringi oleh Nidji, Gigi, Andra and the BackBone, dan Naif.[3] Band ini turut beraksi di Festival Djakarta Artmosphere 2010.[11]

Pada 14 Jun 2011, God Bless mengadakan persembahan di Hard Rock Cafe bersama Jibriel untuk meraikan hari penubuhan; kumpulan kedua disertai oleh dua anak Albar, seorang anak Jockie, seorang anak Antono, dan anak saudara Albar, Bagoes.[12] Pada Julai, band ini beraksi di Hard Rock Cafe Jakarta untuk meraikan ulang tahun ke-40.[5] Pada bulan berikutnya, dari 22 hingga 24 Julai 2011, band ini mengadakan persembahan di InterMusic Java Rockin' Land bersama The Cranberries dan Neon Trees.[13] Pada 20 Oktober 2011 Jockie menghantar pesanan di plaman Facebook beliau yang beliau terkilan dengan band ini yang terus menyanyikan lagu ciptaannya tanpa membayar royalti.[6]

Tema sunting

Tertiani Z.B. Simanjuntak, menulis untuk The Jakarta Post, menyatakan bahawa God Bless sering memperjuangkan hak kelas miskin dan bekerja.[4]

Anugerah sunting

Dalam isu 2009, Rolling Stone Indonesia senaraikan dua daripada lagu God Bless sebagai antara 150 lagu Indonesia terbaik sepanjang zaman: "Kehidupan", tersenarai di nombor 8, sementara "Rumah Kita" tersenarai di nombor 22.[14]

Pada Ogos 2011 Kompas melaporkan yang Mira Lesmana dan Riri Riza telah menghabiskan masa selama dua tahun menghasilkan dokumentari mengenai band ini, yang akan bertajuk Rockumentary.[15]

Diskografi sunting

Album sunting

  • God Bless (1975)
  • Cermin (1980)
  • Semut Hitam (1988)
  • Raksasa (1989)
  • Apa Kabar (1997)
  • 36th (2009)

Kompilasi sunting

  • The Story of God Bless (1990)
  • 18 Greatest Hits of God Bless (1992)

Single sunting

  • Vonis (1991)
  • The Greatest Slow Hits (1999)

Rujukan sunting

Nota kaki
Bibliografi
  • "150 Lagu Indonesia Terbaik Sepanjang Masa". Rolling Stone Indonesia. Jakarta (56): 43, 49, 51, 89. Disember 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-16. Dicapai pada 2017-03-08. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  • "Ahmad Albar gets eight months in drug case". The Jakarta Post. 25 Jun 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-07. Dicapai pada 7 January 2011. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  • Dass, Felix (15 Mei 2011). "At a glimpse: Music from the decades". The Jakarta Post. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-07. Dicapai pada 7 January 2011. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  • "God bless 'em, those legendary rockers are back". The Jakarta Post. 18 Jun 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-07. Dicapai pada 7 January 2011. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  • "Keep on rocking". The Jakarta Post. 26 Jun 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-07. Dicapai pada 7 January 2011. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  • Leo, P.J. (25 Julai 2010). "Godfather of Rock". The Jakarta Post. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-07. Dicapai pada 7 January 2011. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  • Maullana, Irfan; Kamil, Ati (15 Jun 2011). "God Bless Bikin Jibriel "Keteteran"". Kompas. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-07. Dicapai pada 7 January 2011. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  • Maullana, Irfan; Kamil, Ati (26 Oktober 2011). "Wawancara dengan Yockie 3: Dan di Situlah Dia Mengambil "Beceng"". Kompas. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-06. Dicapai pada 6 January 2011. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  • Maullana, Irfan; Sofyan, Eko Hendrawan (8 Jun 2011). "God Bless Tuggu Kabar Miles dan Riri Riza". Kompas. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-07. Dicapai pada 7 January 2011. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  • Maullana, Irfan; Sofyan, Eko Hendrawan (8 Jun 2011). "Ian Antono: Malu, Kita Ini Sudah pada Tua-tua". Kompas. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-07. Dicapai pada 7 January 2011. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  • Setiawati, Indah (24 Julai 2011). "Cranberries channel the past in Ancol". The Jakarta Post. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-07. Dicapai pada 7 January 2011. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  • Simanjuntak, Tertiani Z.B. (10 November 2002). "Old rockers meet youth idols on stage". The Jakarta Post. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-07. Dicapai pada 7 January 2011. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  • "Singer Ahmad Albar released from jail". The Jakarta Post. 11 Julai 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-07. Dicapai pada 7 January 2011. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  • Theodore KS (19 March 2004). "Achmad Albar, Sang Ikon". Kompas.
  • Yudono, Jodhi (20 Oktober 2011). "Yockie, Todongan Pistol dan Hengkang dari Godbless". Kompas. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-06. Dicapai pada 6 January 2011. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)