Good on Paper merupakan filem komedi romantik Amerika Syarikat tahun 2021, diarahkan oleh Kimmy Gatewood sebagai arahan sulungnyanya, dengan lakon layar oleh Iliza Shlesinger. Ia dibintangi oleh Shlesinger, Ryan Hansen, Margaret Cho, dan Rebecca Rittenhouse .

Good on Paper
PengarahKimmy Gatewood
PenulisIliza Shlesinger
Dihasilkan oleh
Dibintangi
SinematografiGiles Dunning
Disunting olehKyla Plewes
Muzik olehJonathan Sanford
Diedarkan olehNetflix
Tarikh tayangan
  • 23 Jun 2021 (2021-06-23) (Amerika Syarikat)
Masa tayangan
92 minit
NegaraAmerika Syarikat
BahasaInggeris

Filem ini telah ditayangkan pada 23 Jun 2021, oleh Netflix .

Plot sunting

Andrea Singer merupakan seorang pelawak komedi berdiri dan seorang pelakon yang bergelur dengan cita-citanya yang tinggi. Di lapangan terbang dalam perjalanan pulang dari uji bakat, Andrea bertemu dengan Dennis Kelley. Mereka bertemu apabila Dennis memulangkan pas masuk kapal terbang Andrea yang tercicir.

Dalam penerbangan, Andrea mendapati dirinya duduk di sebelah Dennis. Dennis memperkenalkan diri sebagai graduan Yale yang bekerja dalam dana lindung nilai. Mereka semakin rapat dan mula melepak bersama di Los Angeles. Dennis membantu Andrea bersedia untuk uji bakat dan mereka menjadi kawan baik. Dennis semakin terikat dengan Andrea dan memintanya untuk menjadi kekasihnya, tetapi ditolak oleh Andrea. Pada suatu malam, Dennis meminta Andrea menghabiskan masa bersamanya dengan alasan yang direka oleh Dennis. Mereka menghabiskan masa bersama dan keesokan paginya, Andrea bersetuju untuk menjadi teman wanitanya.

Apabila Andrea dan Dennis semakin rapat, dia dan rakannya Margot mula mempersoalkan semua yang diperkatakan oleh Dennis. Andrea mengetahui Dennis telah berbohong tentang rumahnya, ibunya yang sakit, pekerjaannya, dan pendidikan kolejnya. Dalam usaha untuk membalas dendam, Margot telah membuat Dennis mabuk dan pengsan. Margot dan Andrea secara tidak sengaja mencederakan Dennis, dan Andrea berhadapan dengannya untuk segala pembohongan Dennis. Tidak lama kemudian, Andrea kemudian mendapat tahu bahawa Dennis mendakwanya di mahkamah atas alasan menculik.

Pelakon sunting

  • Iliza Shlesinger sebagai Andrea Singer, seorang pelawak komedi berdiri yang telah mengutamakan kerjayanya daripada percintaan
  • Ryan Hansen sebagai Dennis Kelley, meminati Andrea. Dia mendakwa sebagai graduan Yale dan pengurus dana lindung nilai, tetapi tiada apa yang benar.
  • Margaret Cho sebagai Margot, kawan baik Andrea yang memiliki sebuah bar. Dia curiga dengan cerita Dennis.
  • Rebecca Rittenhouse sebagai Serrena Halstead, pelakon dan pesaing Andrea yang berjaya dalam bidang lakonan.
  • Matt McGorry sebagai Brett, sepupu Andrea, dan graduan Yale sebenar
  • Tyler Cameron sebagai lelaki tampan
  • Taylor Hill sebagai Chanterelle
  • Kimia Behpoornia sebagai Maggie, rakan sebilik Dennis
  • Beth Dover sebagai Leslie

Keaslian sunting

Filem ini berasal dari insiden kehidupan sebenar Shlesinger, yang telah digelar "Liying Brian" pada tahun 2015 yang disiarkan dalam This Is Not Happening on Comedy Central . Menerusi rutin komedi Shlesinger, beliau menceritakan pertemuan dengan seorang lelaki bernama Brian Murphy di dalam kapal terbang. Brian mendakwa sebagai graduan Yale dan bekerja di dana lindung nilai. Mereka menjadi kawan, tetapi apabila Brian menghubunginya untuk memberitahu bahawa ibunya menghidap kanser, mereka menjadi lebih rapat dan menjalin hubungan. Ibu Shlesinger curiga dengan latar belakangnya, mendapati Brian belajar Ohio State University dan tinggal di sebuah dupleks di Hollywood dan bukan sebuah rumah di Beverly Hills. Apabila Shlesinger meminta Brian alamat ibunya, beliau mendapati tiada siapa pun yang berkaitan dengan Brian tinggal di sana. Brian akhirnya mengaku bahawa ia adalah satu pembohongan untuk cuba menarik perhatiannya. [1]

Produksi sunting

Pada April 2020, dilaporkan bahawa Iliza Shlesinger telah menyempurnakan filem itu sebagai watak utama, dengan pengarah Kimmy Gatewood, dan Universal Pictures sebagai pengedar. [2]

Pengambaran bermula pada November 2019 dan siap pada Disember 2019. [3]

Tayangan sunting

Filem ini telah ditayangkan pada 23 Jun 2021, oleh Netflix . [4]

Penerimaan sunting

Pada pengagregat ulasan Rotten Tomatoes, filem ini mendapat penilaian kelulusan sebanyak 53% berdasarkan 32 ulasan, dengan rating purata 5/10. Menurut Metacritic, filem ini memegang penarafan 54 daripada 100, berdasarkan 11 pengkritik, menunjukkan "ulasan purata atau bercampur". [5]

Rujukan sunting

  1. ^ "'Good on Paper' True Story: Iliza Shlesinger's Dating Horror Story Inspired the Netflix Movie". 23 June 2021.
  2. ^ Erbland, Kate (April 15, 2020). "Iliza Shlesinger Is Beating the Apocalypse With Home Cooking and Two New Shows". IndieWire. Dicapai pada May 18, 2021.
  3. ^ "Untitled Iliza Shlesinger Project". Production List. 7 October 2019. Dicapai pada May 18, 2021.
  4. ^ Billington, Alex (May 18, 2021). "Iliza Shlesinger & Ryan Hansen in Trailer for Comedy 'Good on Paper'". First Showing. Dicapai pada May 18, 2021.
  5. ^ "Good on Paper". Metacritic. Dicapai pada June 24, 2021.