Grant Imahara

jurutera elektrik, robotik dan pengacara televisyen Amerika Syarikat

Grant Masaru Imahara (bahasa Jepun: 今原 真申, Romaji: Imahara Masaru, 23 Oktober 1970 – 13 Julai 2020) ialah seorang jurutera elektrik, ahli robotik dan pengacara televisyen Amerika Syarikat. Beliau terkenal menerusi rancangan televisyen Discovery Channel, MythBusters, di mana beliau merekabentuk dan membina pelbagai jenis robot dan memiliki kepakaran dalam mengendalikan komputer dan elektronik untuk menguji mitos. Sebelum memulakan kerjayanya di televisyen, Imahara bekerja di Lucasfilm menerusi pembahagian THX sebagai jurutera dan di pembahagian Industrial Light and Magic dalam kesan visual.

Grant Imahara
Grant Imahara by Gage Skidmore.jpg
Imahara pada tahun 2013.
Kelahiran
Grant Masaru Imahara

(1970-10-23)23 Oktober 1970
Meninggal dunia13 Julai 2020(2020-07-13) (umur 49)
Los Angeles, California, A.S.
Sebab kematianAneurisme otak
Pusat pendidikanUniversiti California Selatan
Pekerjaan
  • jurutera elektrik
  • ahli robotik
  • pengacara televisysn

Imahara juga muncul dalam rancangan televisyen BattleBots, di mana beliau mereka dan bersaing dengan robotnya Deadblow dan kemudian kembali sebagai juri. Imahara muncul dalam siri Netflix 2016, White Rabbit Project bersama rakan sekerjanya dalam MythBusters Kari Byron dan Tory Belleci.[1]

Kehidupan peribadiSunting

Imahara menamatkan pelajarannya di Universiti California Selatan, dengan ijazah Kepujian Sains dalam kejuruteraan elektrik.[2] Untuk waktu ini, beliau serius mempertimbangkan untuk menukar jurusan, dengan niat untuk menjadi penulis skrip; beliau memutuskan untuk kekal dalam cabang kejuruteraan selepas membantu Tomlinson Holman, profesor di Sekolah Seni Sinematik USC.[3] Beliau juga tertarik dengan LARPer, seperti yang didedahkan dalam White Rabbit Project.

Pada Disember 2016, Imahara bertunang dengan teman wanitanya, pereka kostum Jennifer Newman.[4]

KematianSunting

Pada 13 Julai 2020, Imahara meninggal dunia akibat aneurisme otak (pembuluh darah di otak membesar kerana dinding pembuluh darah yang melemah) pada usia 49 tahun.[5]

RujukanSunting

  1. ^ Andreeva, Nellie (September 4, 2016). "Netflix Greenlights 'White Rabbit Project' Reality Series From 'Mythbusters' Producers". Deadline Hollywood. Dicapai pada December 9, 2016.
  2. ^ "USC Alumni Association - Grant Imahara Class of '93". University of Southern California. Diarkib daripada yang asal pada 24 February 2015. Dicapai pada 24 February 2015.
  3. ^ Mammy, Joe (27 Mei 2007). "Have Soldering Gun, Will Travel". Joe-Mammy.com. Dicapai pada 5 Oktober 2010.
  4. ^ Casino, Khier (8 Disember 2016). "Beloved MythBusters host proposes to long-time girlfriend with $20,000 ring". NextShark. Dicapai pada 25 Disember 2016.
  5. ^ Rahman, Abid; Kilkenny, Katie (13 Julai 2020). "Grant Imahara, Host of 'MythBusters' and 'White Rabbit Project,' Dies at 49" [Hos 'MythBusters' dan 'White Rabbit Project', Grant Imahara, Meninggal Dunia ketika Berumur 49 tahun]. The Hollywood Reporter (dalam bahasa Inggeris). Diarkib daripada yang asal pada 14 Julai 2020. Dicapai pada 14 Julai 2020.

Pautan luarSunting