Graptemys pseudogeographica

Graptemys pseudogeographica juga dikenali sebagai Kura-kura Peta Palsu ialah spesies kura-kura yang berasal dari Amerika Syarikat. Dua subspesies telah dikenalpasti, termasuklah subspecies nominotipikal yang diterangkan di sini.

Graptemys pseudogeographica
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Reptilia
Order: Testudines
Suborder: Cryptodira
Superkeluarga: Testudinoidea
Keluarga: Emydidae
Genus: Graptemys
Spesies:
G. pseudogeographica
Nama binomial
Graptemys pseudogeographica
(Gray, 1831)
Subspecies
Peta taburan habitat
Sinonim
  • Emys pseudogeographica Gray, 1831
  • Emys lesueurii Gray, 1831
  • Graptemys lesueurii Agassiz, 1857
  • Clemmys pseudogeographica
    Strauch, 1862
  • Graptemys pseudogeographica
    — Gray, 1863
  • Malacoclemmys pseudogeographicus Cope, 1875
  • Malacoclemmys lesueuri
    Yarrow, 1883 (ex errore)
  • Malacoclemmys pseudographicus Davis & Rice, 1883 (ex errore)
  • Malacoclemmys lesueurii
    Boulenger, 1889
  • Malaclemys pseudogeographica
    O.P. Hay, 1892
  • Malaclemys pseudogeographicus — Paulmier, 1902
  • Graptemys pseudogeographicus
    Siebenrock, 1909
  • Graptemys pseudogeographica pseudogeographica
    Stejneger & Barbour, 1917
  • Malaclemys pseudogeographica pseudogeographica
    Cochran & Goin, 1970
  • Graptemys pseudogeoraphica Anan'eva, 1988 (ex errore)[3]
  • Graptemys pseudogeographica pseudogeographica — Crother, 2000[2]

Ciri-ciri sunting

Karapasnya rendah dan berduri dihujung. Berwarna zaitun-coklat dengan tanda kuning terang bergaris gelap. Plastronnya warna krim kekuningan dengan corak garis gelap. Badannya berwarna kelabu-hitam dengan belang sama ada coklat terang, kuning atau putih. Matanya boleh jadi warna coklat, kuning terang, putih atau hijau dan disilangkan oleh warna hitam. Terdapat garisan nipis di belakang mata bercantum dengan garisan pada belakang leher dan kepalanya. Selain itu, terdapat titik terang di belakang mata dan dagunya.

Taburan habitat sunting

Haiwan ini mendiami kawasan Sungai Missouri dan Sungai Mississippi, dari Ohio, Indiana, Illinois, Wisconsin, Minnesota, sehingga selatan Dakotas dan barat daya Alabama, selatan dan barat Mississippi, dan Louisiana. Kura-kura ini juga ditemui hidup di sungai-sungai di barat daya Louisiana dan timur Texas.

Status pemuliharaan sunting

Di Midwest, Spesies ini mendapat perhatian oleh Ohio.

Kelakuan sunting

Graptemys pseudogeographica suka berjemur, menghabiskan mas berjam di bawah matahari. Mereka juga sering dilihat berkongsi tempat berjemur dengan pelbagai spesies kura-kura dan haiwan lain. Hal ini tidak langsung mengurangkan ancaman pemangsa terhadap mangsa yang hanya bersendirian.

Subspesies sunting

Ekologi sunting

Kura-kura ini memiliki kaki renang yang kuat. Mereka boleh hidup di dalam air yang lebih dalam dan bergerak. Kura-kura ini juga menjadikan tasik ladam dan paya cetek sebagai habitat selain daripada sungai. Aktiviti berjemur sangat penting, di mana mereka sering dilihat berjemur di batang-batang kayu hanyut dan batu.

Ancaman dan pemuliharaan sunting

Antara ancaman yang dihadapi kura-kura ini ialah pemusnahan sarang telur oleh haiwan dan serangga. Mereka juga sering menjadi mangsa perangkap jaring insang, atau ditembak. Seperti Kura-kura Telinga Merah (Trachemys scripta elegans), mereka sering diburu masyarakat setempat untuk dijadikan haiwan belaan atau dijual.

Galeri sunting

Rujukan sunting

  1. ^ van Dijk, P.P. (2011). "Graptemys pseudogeographica". The IUCN Red List of Threatened Species. IUCN. 2011: e.T165600A97424024. doi:10.2305/IUCN.UK.2011-1.RLTS.T165600A6066439.en. Dicapai pada 9 November 2017.
  2. ^ a b c Graptemys pseudogeographica, Reptile Database
  3. ^ Fritz Uwe; Peter Havaš (2007). "Checklist of Chelonians of the World" (PDF). Vertebrate Zoology. 57 (2): 189. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 17 December 2010. Dicapai pada 29 May 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)

Bacaan lanjut sunting

  • Conant, R. (1975). A Field Guide to Reptiles and Amphibians of Eastern and Central North America, Second Edition. Houghton Mifflin. Boston. xviii + 429 pp. + 48 plates. ISBN 0-395-19979-4 (hardcover), ISBN 0-395-19977-8 (paperback). (Graptemys pseudogeographica, pp. 57–58 + Plate 8 + Map 14.)
  • Ernst, C.H., J.E. Lovich and R.W. Barbour. (1994). Turtles of the United States and Canada. Smithsonian Institution Press. Washington, District of Columbia.
  • Gray, J.E. (1831). Synopsis Reptilium; or Short Descriptions of the Species of Reptiles. Part I.—Cataphracta. Tortoises, Crocodiles, and Enaliosaurians. Treuttel, Wurz, and Co. London. viii + 85 pp. + 11 plates. (Emys pseudogeographica, p. 31.)
  • Smith, H.M., and E.D. Brodie Jr. (1982). Reptiles of North America: A Guide to Field Identification. Golden Press. New York. 240 pp. ISBN 0-307-13666-3 (paperback). (Graptemys pseudogeographica, pp. 50–51.)

Pautan luar sunting