Grimsvotn

Grímsvötn merupakan gunung berapi aktif yang terletak di tenggara negara Iceland. Ia juga merupakan sebuah tasik glasiar. Ia terletak pada koordinat 64 ° 25'Utara 17 ° 20' Barat , pada ketinggian 1.725 meter. Letusan gunung berapi ini kerap berlaku. Ledakan asap, debu dan wap sejauh 20 kilometer ke udara.

Grímsvötn
Iceland Grimsvoetn 1972-B.jpg
Grímsvötn dan glasier Vatnajökull, Iceland, Julai 1972
Titik tertinggi
Ketinggian1,725 m (5,659 ka) [1]
SenaraiSenarai gunung berapi di Iceland
Geografi
Geologi
Jenis gunungvolcanic caldera
Letusan terakhir22 Mei 2011

Pada 21 Mei 2011 jam 19:25 UTC , letusan berlaku setinggi 12 km disertai dengan beberapa gempa bumi.Ia telah mengganggu perjalanan udara di Iceland,Greenland, Scotland dan Norway pada 22-23 Mei. Skala Letupan ini jauh lebih besar daripada Letusan Eyjafjallajökull pada April 2010 yang menutup ruang udara benua Eropah selama 5 hari.

Debu gunung berapi ini sampai ke Britain, Perancis dan Sepanyol debu dibawa angin ke arah sana . Ruang udara Iceland bergelap dan Lapangan Terbang Keflavik telah ditutup.[2]

RujukanSunting