Gunung Berumbun, Pahang

Gunung Berumbun (Wray's) merupakan sebuah gunung yang terletak di Tanah Tinggi Cameron, Pahang, Malaysia[1] mempunyai ketinggian setinggi 1014 meter.[2]

Gunung Berumbun
Titik tertinggi
Ketinggian1,840 m (6,040 ka)
Geografi
LokasiDaerah Cameron Highlands, Pahang
Induk banjaranBanjaran Titiwangsa

Gunung Berumbun mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.

Permohonan permit sunting

Gunung Berumbun di negeri Pahang sering menjadi tumpuan kepada aktiviti pendakian di kalangan pendaki dan ia terletak dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) Negeri Pahang. Bagi menjalankan sebarang aktiviti dalam Hutan Simpanan Kekal, setiap pengunjung perlu mendapatkan permit memasuki Hutan Simpanan Kekal terlebih dahulu dari Jabatan Perhutanan Negeri Pahang.

Permohonan permit boleh dibuat secara online di url http://forestry.pahang.gov.my/ekorimba[pautan mati kekal]. Sila muat turun Manual Pengguna terlebih dahulu dan membaca Panduan Menggunakan Sistem sebelum membuat permohonan online. Perkhidmatan bayaran secara online adalah tidak disediakan. Bayaran permit hendaklah disediakan dalam bentuk Wang Pos atau Bank Draf atas nama Pengarah Perhutanan Negeri Pahang dan diserahkan kepada PHD Cameron Highlands sebelum pendakian dan pada hari dan waktu berkerja.[3]

Rujukan sunting

  1. ^ Cinta Top Secret
    By Laila Kamilia
  2. ^ Gunung Berembun (Cameron Highlands)
  3. ^ "Permohonan Mendaki Gunung Jabatan Perhutanan Negeri Pahang". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-04. Dicapai pada 2017-08-20.

Pautan luar sunting