Gunung Tapis yang terletak di hulu Sungai Lembing , Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia, mempunyai ketinggian setinggi 1,511 meter (4,960 kaki).[1]

Gunung Tapis
Gambaran Gunung Tapis
Gunung Tapis menjulang di awan
Titik tertinggi
Ketinggian1,511 m (4,957 ka)
Geografi
LokasiPahang, Semenanjung Malaysia

Gunung Tapis mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.

Kemalangan sunting

Pada 10 Jun 2012, Mohammad Ngah yang menjadi pemandu arah Ekspedisi Mendaki Gunung Tapis maut dihempap dahan pokok. Beliau bersama 25 pelajar dan pensyarah Kolej Komuniti Kuantan. Polis dari Balai Polis Sungai Lembing memaklumkan bahawa ekspedisi itu memulakan perjalanan pukul 8 pagi. Satu dahan pokok tumbang dan menghempap kepala mangsa.Sementara Mohammad Shah Mohd. Rawi, 29 hanya cedera ringan. Helikopter Polis Diraja Malaysia digunakan untuk menghantar mangsa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan untuk bedah siasat. [2]

Permohonan permit sunting

Gunung Tapis di negeri Pahang sering menjadi tumpuan kepada aktiviti pendakian di kalangan pendaki dan ia terletak dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) Negeri Pahang. Bagi menjalankan sebarang aktiviti dalam Hutan Simpanan Kekal, setiap pengunjung perlu mendapatkan permit memasuki Hutan Simpanan Kekal terlebih dahulu dari Jabatan Perhutanan Negeri Pahang.

Permohonan permit boleh dibuat secara online di url http://forestry.pahang.gov.my/ekorimba[pautan mati kekal]. Sila muat turun Manual Pengguna terlebih dahulu dan membaca Panduan Menggunakan Sistem sebelum membuat permohonan online. Perkhidmatan bayaran secara online adalah tidak disediakan. Bayaran permit hendaklah disediakan dalam bentuk Wang Pos atau Bank Draf atas nama Pengarah Perhutanan Negeri Pahang dan diserahkan kepada PHD Kuantan/ Pekan/ Maran sebelum pendakian dan pada hari dan waktu berkerja.[3]


Rujukan sunting

  1. ^ A Field Guide to the Birds of Peninsular Malaysia and Singapore, By Allen Jeyarajasingam, Alan Pearson
  2. ^ Pemandu arah Gunung Tapis maut dihempap dahan
  3. ^ "Permohonan Mendaki Gunung Jabatan Perhutanan Negeri Pahang". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-04. Dicapai pada 2017-08-12.

Pautan luar sunting