Hajime Hosogai

Pemain bola sepak Jepun

Hajime Hosogai (Jepun: 細貝 萌, Hepburn: Hosogai Hajime, lahir 10 Jun 1986 di Maebashi, Gunma, Jepun) merupakan pemain bola sepak Jepun. Dia beraksi untuk kelab Bundesliga, Hertha BSC dan boleh beraksi sebagai pemain tengah bertahan atau pertahanan.[2]

Hajime Hosogai
Maklumat peribadi
Nama penuh Hajime Hosogai
Tarikh lahir (1986-06-10) 10 Jun 1986 (umur 37)
Tempat lahir Maebashi, Gunma, Jepun
Ketinggian 177 cm (5 ka 10 in)[1]
Posisi permainan Pemain tengah bertahan / Pertahanan
Maklumat kelab
Kelab terkini
VfB Stuttgart
Nombor 7
Kerjaya remaja
1999–2001 FC Maebashi
2002–2004 Maebashi Ikuei High School
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2005–2010 Urawa Red Diamonds 98 (5)
2011–2013 Bayer 04 Leverkusen 17 (0)
2011–2012FC Augsburg (pinjaman) 39 (3)
2013–2016 Hertha BSC 53 (0)
2015–2016Bursaspor (pinjaman) 20 (0)
2016– VfB Stuttgart
Pasukan kebangsaan
2006–2008 Jepun B23 10 (1)
2010– Jepun 25 (1)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 4 September 2014
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 22:25, 19 Ogos 2014 (UTC)

Karier kelab sunting

Hosogai merupakan salah antara pemain paling berpotensi Urawa Red Diamonds. Dia membantu Red Diamonds layak ke Liga Juara-Juara AFC pada tahun 2007 dan bermain untuk Urawa dalam Piala Dunia Kelab FIFA 2007. Pada 23 Disember 2010, dia meninggalkan Jepun dan berpindah ke kelab Jerman, Bayer 04 Leverkusen, yang kemudiannya meminjamkannya kepada FC Augsburg.[3] Pada 9 September 2011, dia menjaringkan gol Bundesliga pertamanya ketika menentang Leverkusen. Bermain untuk kelab Bavaria yang baru dinaikkan liga itu, Hosogai membantu mereka mengelakkan penyingkiran sebelum kembali ke Bayer Leverkusen untuk musim 2012–13.

Karier antarabangsa sunting

Hosogai telah mewakili Jepun di pelbagai peringkat umur. Dia merupakan ahli skuad Jepun ketika Sukan Olimpik Musim Panas 2008,[4] dan membuat penampilan sulung untuk Pasukan kebangsaan Jepun ketika kemenangan 1–0 ke atas Paraguay (bermain sebagai pemain tengah) di Stadium Saitama pada 4 September 2010, selepas pertama kali mendapat panggilan daripada pengurus sementara, Hiromi Hara dan dibawah naungan jurulatih baru, Alberto Zaccheroni.[5][6] Dia menjaringkan gol pertamanya untuk pasukan senior pada 25 Januari 2011 dalam perlawanan separuh akhir Piala Asia 2011 menentang Korea Selatan.

Kejayaan sunting

Jepun sunting

Kelab sunting

Urawa Red Diamonds

Rujukan sunting

  1. ^ "National Team Squad". jfa.or.jp. Japan Football Association. Dicapai pada 15 January 2014.
  2. ^ "Stats Centre: Hajime Hosogai Facts". Guardian.co.uk. Dicapai pada 11 June 2009.
  3. ^ "FCA leiht Japaner Hosogai aus" (dalam bahasa German). DFL. 23 December 2010. Dicapai pada 23 December 2010. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ "Hajime Hosogai Biography and Statistics". Sports Reference. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-21. Dicapai pada 11 June 2009.
  5. ^ Gus Fielding (3 September 2010). "Zaccheroni issues challenge to Blue Samurai". Kyodo News. Dicapai pada 5 September 2010.
  6. ^ Andrew McKirdy (5 September 2010). "Kagawa's goal lifts Japan in rematch against Paraguay". The Japan Times. Dicapai pada 5 September 2010.

Pautan luar sunting

Templat:Skuad Hertha BSC