Hamad Kama Piah
Y. Bhg. Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Hamad Kama Piah Che Othman merupakan seorang eksekutif perniagaan Malaysia dan mantan Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dari 1997 hingga 2016.[1] Sejak 1 Januari 2017, beliau memegang jawatan sebagai pengerusi UMW Holdings.[2]
Hamad Kama Piah | |
---|---|
Kelahiran | Hamad Kama Piah bin Che Othman 1952 (umur 70–71) Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) |
Pekerjaan | Ahli perniagaan, Pengerusi UMW Holdings |
Selain itu, beliau pernah terpilih sebagai Tokoh Ahli Perniagaan 2011 oleh Akademi Pengurusan Asia (AAM) dan Universiti Sains Malaysia (USM).
AnugerahSunting
Tokoh Ahli Perniagaan 2011Sunting
Beliau menerima hadiah itu daripada Presiden AAM Zamri Ahmad dan Naib Canselor USM Datuk Omar Osman pada 14 Oktober 2011. Beliau turut menyampaikan ucaptama bertajuk "Transforming Asian Business Through Innovation for a Sustainable Tomorrow". Hamad Kama Piah membawa PNB setanding syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang lain seperti Petronas dan Khazanah Nasional. Beliau mempamerkan ciri-ciri kepimpinan yang berkarisma dan berwibawa dalam bidang akademik dan industri.
Tokoh perniagaan lain yang turut menerima anugerah ialah Naib Canselor Universiti Antarabangsa Albukhary, Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak; Pengarah Urusan Texchem Corporation Brian Tan; dan Pengarah Urusan Seletra Industries Tahiruddin Tun Hamdan.
Penerima anugerah itu sebelum ini ialah Tan Sri Bek Nielsen dari United Plantations; Tan Sri Fumihiko Konishi (Texchem Corporation); Datuk Jamaluddin Ibrahim (Maxis); Datuk Sri Ahmad Farid Ridzuan (Media Prima); dan Datuk Seri Eleena Azlan Shah (Gamuda Berhad). AAM ialah sebuah badan bukan kerajaan yang berpusat di USM sejak tahun 1994.[3]
Ijazah kehormatSunting
Hamad Kama Piah dianugerahkan ijazah kehormat Doktor Falsafah (Keusahawanan) (PhD) oleh Universiti Malaysia Kelantan pada 19 Oktober 2019.[4]
Lihat jugaSunting
RujukanSunting
- ^ Adela Megan Willy (15 September 2016). Hamad Kama Piah to retire as PNB president and CEO The Edge Markets. Dicapai pada 15 September 2016.
- ^ M. Hafidz Mahpar (30 Disember 2016). Former PNB CEO Hamad Kama Piah appointed as UMW group chairman The Star Online. Dicapai pada 1 Januari 2017.
- ^ Tan Sri Hamad Kama Piah Dipilih Tokoh Ahli Perniagaan 2011 AAM/USM mStar Online (14 Oktober 2011). Dicapai pada 15 Oktober 2011.
- ^ Adila Sharrini Wahid (19 Oktober 2019). Hamad Kama Piah dianugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah UMK Sinar Harian. Dicapai pada 2 Jun 2020.
Jawatan perniagaan | ||
---|---|---|
Didahului oleh Mohd Helmi Taib |
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Nasional Berhad 1997 – 2016 |
Diikuti oleh: Abdul Rahman Ahmad |
Didahului oleh Asmat Kamaludin |
Pengerusi UMW Holdings Berhad sejak 1 Januari 2017 |
Diikuti oleh: Penyandang terkini |