Hampas tebu (atau hampas sahaja) ialah bahan gentian yang kering yang diperoleh daripada batang pokok tebu atau betari yang telah diperahkan untuk dijadikan minuman iaitu jus.[1] Hampas tebu digunakan dalam bahan api bio untuk pengeluaran haba, tenaga, elektrik serta dalam pembikinan pulpa dan bahan binaan. Dalam hampas tebu yang telah dicuci dan dikeringkan terdapat beberapa kandungan kimia iaitu selulosa sebanyak 45 sehingga 55 peratus, hemiselulosa sebanyak 20 hingga 25 peratus, lignin sebanyak 18 hingga 24 peratus, abu sebanyak satu hingga empat peratus dan lilin kurang daripada satu peratus.[2]

Hampas tebu

Kegunaan sunting

 
Hampas tebu di Tanjung Verde

Kilang gula sering menggunakan hampas tebu sebagai sumber bahan api utama. Apabila dibakar, hampas tebu akan menghasilkan tenaga haba yang mencukupi untuk membekalkan tenaga sepenuhnya kepada kilang gula umum, dengan sedikit tenaga. Dari segi sejarah, hampas tebu juga digunakan untuk bahan api kepada lokomotif wap yang membawa batang tebu yang dipotong ke kilang-kilang.

Pelepasan karbon dioksida (CO2) daripada pembakaran hampas tebu di kilang tebu adalah kurang daripada jumlah karbon dioksida (CO2) yang telah diserap daripada atmosfera apabila pokok tebu sedang tumbuh, yang lebih baik atau neutral karbon.[3] Sebaliknya, kajian dalam International Journal of Global Warming memberi amaran bahawa penjanaan elektrik dengan menggunakan hampas tebu tidak akan menjadi bebas karbon sepenuhnya tetapi telah menunjukkan pengurangan dalam pelepasan karbon dioksida berbanding dengan pelepasan diesel.[4] Di kebanyakan negara-negara tropika dan subtropika seperti India, China, Colombia, Iran, Thailand, dan Argentina, hampas tebu biasanya digunakan sebagai pengganti kayu dalam penghasilan pulpa, kertas serta papan kayu. Penggantian ini menghasilkan pulpa dengan sifat fizikal yang sangat sesuai untuk pencetakan, kertas dalam buku nota, produk tisu, kotak-kotak, dan surat khabar.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ "Bagasse - plant fibre". Britannica. Encyclopædia Britannica, Inc. 2016-05-10. Dicapai pada 2021-01-24.
  2. ^ a b Rainey, Thomas J (2009). A study of the permeability and compressibility properties of bagasse pulp. Brisbane: Queensland University of Technology.
  3. ^ "What is bagasse and how is it used to generate electricity?". Our World on Energy. Dicapai pada 13 January 2022.
  4. ^ Coelho Junior, Luiz Moreira; Da Silva Segundo, Valdir Bernardino; Dos Santos, Nataly Albuquerque; De Medeiros, Mariane Gama; Carvalho, Monica (2019). "Carbon footprint of the generation of bioelectricity from sugarcane bagasse in a sugar and ethanol industry". International Journal of Global Warming. 17 (3): 236, 246–47. doi:10.1504/IJGW.2019.10020020. S2CID 109849984.