Hamzah Hamdani

Hamzah Hamdani pernah bekerja di Dewan Bahasa dan Pustaka dan banyak menulis buku dan pelbagai rencana.Dilahirkan di Sabak Bernam, Selangor, pada 8 Oktober 1953. Mendapat Ijazah Sarjana Muda Sastera dari Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya pada tahun 1976. Berkhidmat di Dewan Bahasa dan Pustaka dari tahun 1977 hingga 2005. Bersara pilihan dari DBP mulai 4 Januari 2005 sewaktu menjadi Pengarah DBP, Cawangan Sabah. Terlibat aktif dalam PENA (1978 - 1982) dan GAPENA (1980 hingga sekarang). Hasil karya dalam genre puisi, cerpen, esei kritik, dan buku kanak-kanak. Bukuyang dihasilkan ialah Kumpulan Cerpen Pantai (1979),Kesusasteraan Islam: Konsep, Prinsip dan Pengembangannya (2003), Pertumbuhan dan Perkembangan Sastera Melayu di Sarawak (2004), dan banyak buku yang telah diselenggarakannya. Beliau pernah mendapat Hadiah Penulis Esei Terbaik Dewan Sastera 1978. Kini terlibat dalam pelbagai kegiatan sastera sebagai panel hakim, editor dan membentangkan kertas kerja dalam seminar-seminar dalam dan di luar negara.

PenulisanSunting

  1. Hikayat Abdullah , PTS Publications & Distributors, 2007.
  2. Sastera wadah integrasi budaya : kumpulan kertas kerja ,editor : Hamzah Hamdani, Abang Haliman Abang ,2006.
  3. Ratib 1000 syair : sebuah antologi puisi / diselenggarakan oleh Hamzah Hamdani, Marzuki Ali, Gapena , 2005.
  4. Pertumbuhan dan perkembangan sastera Melayu di Sarawak, DBP, 2004.
  5. Perkembangan Bahasa Melayu di Sarawak / penyelenggara, Hamzah Hamdani, Assmah Haji Osman ,Seminar Perkembangan Bahasa Melayu di Sarawak ,DBP, 2003.
  6. Bahasa Melayu di Sarawak : sejarah, perkembangan dan masa depan / editor Hamzah Hamdani, Jeniri Amir ,DBP, 2003.
  7. Kesusasteraan Islam : konsep, prinsip dan pengembangannya ,DBP, 2003.
  8. Pelagus : antologi sastera Sarawak, jilid I / editor Hamzah Hamdani, Abang Haliman Abang Julai ,DBP,2003.
  9. Riak kabus Danau Maninjau : antologi cerpen Perkampungan Penulis GAPENA 1995 / penyelenggara Hamzah Hamdani, Abdullah Hussain, 1999.
  10. The Changing Tide : the best Malaysian short stories / edited by Hamzah Hamdani, Fatini Yaacob ,1997
  11. Di bawah bayang kemboja : antologi cerpen pilihan lima penulis / diselenggarakan ,1995.
  12. Tun Kudu Heroine of Malacca,P.T.Gedung Ilmu, 1991.
  13. Tun Perak : warrior of Malacca,P. T. Gedung Ilmu, 1991.
  14. Tun Fatimah Heroine of Malacca ,P.T.Gedung Ilmu, 1991.
  15. Wajah sastera Sarawak (sebuah kumpulan esei) ,(Pelenggara),,1988.
  16. Konsep dan pendekatan sastera Penyelenggara.,DBP, 1988.
  17. Pemikiran sastera nusantara (Penyelenggara) 1988.
  18. Bumiku oh bumiku : antologi drama pentas (Penyelenggara), 1987.
  19. Antara dua kepercayaan (Penyelenggara),1985.
  20. Sematan : antologi karya peserta hari puisi nasional kesembilan / diselenggarakan o,Gabungan Persatuan Penulis Sarawak, 1985.
  21. Membawa harapan : Antologi cerpen / diselenggarkan oleh Ismail Ahmad; Hamzah Hamdani, 1985.
  22. Surat dari pulau. Antologi cerpen bengkel penulisan kreatif wilayah Sabah dan Sarawak,1985.
  23. Media massa dan peranannya di Malaysia : [kertas kerja] / penyusun, 1982.
  24. Novel-novel Malaysia dalam kritikan( Penyelenggara) ,1982.
  25. Media massa dan peranannya di Malaysia,DBP, 1982.
  26. Sebuah lukisan : antologi cerpen / diselenggarakan oleh Ismail Ahmad dan ,1981.
  27. Rumpun hijau : (antologi 20 cerpen pilihan) / diselenggara, 1980
  28. Penulisan kreatif (kumpulan esei ceramah) / diselenggarakan oleh Ayob Yamin dan Hamzah Hamdani,1980.
  29. Rumah baru : antologi cerpen pilihan lima penulis / diselenggarakan oleh Hamzah Hamdani.,1979.

RujukanSunting