Hari Boxing dahulunya ialah hari selepas Hari Krismas di mana orang gaji dan tukang akan menerima hadiah yang dipanggil "kotak Krismas" daripada majikannya,[1]. Kini, Hari Boxing sudah biasa dikenali sebagai cuti bank yang disambut pada 26 Disember. Ia disambut di United Kingdom, Kanada, Hong Kong, Australia, New Zealand, South Africa, Malta dan lain-lain negara Komanwel. Di Australia, Hari Boxing adalah cuti awam persekutuan.

Di Afrika Selatan, Hari Boxing diganti namanya kepada Hari Muhibah (Day of Goodwill) pada tahun 1994. Di Ireland, ia dikenali sebagai Hari St. Stephen (bahasa Ireland: Lá Fhéile Stiofáin) atau Hari Burung Ren (Ireland: Lá an Dreoilín). Dalam kebanyakan negara-negara Eropah, termasuklah Jerman, Poland, Scandinavia dan Belanda, 26 Disember disambut sebagai Hari Kedua Krismas.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ Parley, Peter (pseud.) (1838). Tales about Christmas. m/s. 323–8. Dicapai pada 25 Disember 2013.
  2. ^ Brown, Cameron (28 August 2006). Christmas Facts, Figures & Fun: Facts, Figures and Fun. m/s. 21. ISBN 9781904332275.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.