Helang
Helang (bahasa Inggeris: raptor) merupakan salah satu daripada haiwan yang terdapat di seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak.
Helang | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
|
Malaysia merupakan salah satu daripada 12 negara yang telah diiktiraf sebagai kepelbagaian raya ("mega diversity") daripada segi bilangan dan kepelbagaian flora dan fauna dengan 15,000 spesies pokok berbunga yang diketahui, 286 spesies mamalia, lebih daripada 1,500 vertebrat darat, lebih daripada 150,000 spesies invertebrat, lebih daripada 1,000 spesies rama-rama dan 12,000 spesies kupu-kupu, dan lebih daripada 4,000 spesies ikan laut.
Ciri-ciri
suntingHelang ialah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Sebagai burung, helang membiak dengan cara bertelur telur yang mempunyai cangkerang keras di dalam sarang yang dibinanya. Ia menjaga anaknya sehingga mampu terbang.
Helang merupakan haiwan pemangsa atau maging (karnivor). Makanan utamanya haiwan mamalia kecil seperti tikus, tupai dan ayam. Terdapat sesetengah helang yang menangkap ikan sebagai makanan utama mereka. Paruh helang tidak bergigi tetapi mempunyai bengkok yang kuat untuk mengoyak daging mangsa. Burung in juga mempunyai sepasang kaki yang kuat dan kuku yang tajam bagi mencengkam mangsa serta daya penglihatan yang tajam untuk memburu mangsa dari jarak jauh.
Helang mempunyai sistem pernafasan yang berkesan dan mampu untuk membekalkan jumlah oksigen yang banyak yang diperlukan ketika terbang. Jantung burung helang terdiri daripada empat kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atrium, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.
Galeri
sunting-
Golden Eagle dari pandangan sisi kiri
-
Helang memandang ke arah kanan.
-
Helang mendarat di atas dahan.
-
Helang kelihatan berkomunikasi antara satu sama lain.
-
Bald Eagle dalam kurungan.
-
Helang dengan sarangnya.
-
Bald Eagle memandang ke arah barat.
-
Sea Eagle dari pandangan sisi kiri.
-
Helang sedang mencari mangsa.
-
African Fish Eagle di atas dahan kayu.