Hisagi Shūhei (檜佐木 修兵) ialah watak dalam manga dan siri anime Bleach. Dia merupakan leftenan bagi Bahagian ke-9 dalam Gotei 13 yang dahulunya dipimpin oleh Tōsen Kaname.

Watak Bleach
Shūhei Hisagi,seperti yang dilihat dalam siri anime.
Hisagi Shūhei
Peranan Leftenan shinigami daripada Divisyen 9
Tarikh lahir 14 Ogos
Ketinggian 181 cm (5' 11¼")
Berat 67 kg (147.7 lbs)
Seiyū Katsuyuki Konishi
Pelakon suara latar Steve Staley

Templat:Spoiler

Watak dan Perwatakan sunting

Shūhei adalah seorang individu yang berfikiran matang dan tenang walaupun rupa parasnya seperti seorang "punk". Dia sudah biasa memikul tanggungjawab dan cenderung untuk mengelak berlakunya keganasan. Dia juga amat pentingkan keadilan seperti bekas kaptannya sehinggalah Tōsen mengkhianati Soul Society.

Shūhei mempunyai beberapa tatu - satu nombor "69" pada mukanya dan garisan pada tangan serta bahunya. Dia juga selalu menutupi sebahagian daripada wajahnya dengan kain pembalut dan mempunyai tiga garisan lurus pada bahagian kanan mukanya sebagai akibat pertarungannya dengan hollow yang menyerang sekumpulan pelajar (termasuklah Hinamori Momo, Kira Izuru dan Abarai Renji yang dibawa olehnya ke dunia manusia untuk bertarung dengan hollow tiruan.

Sejarah sunting

Kehidupan lepas Shūhei tidak diberi penekanan tetapi telah diketahui bahawa dia merupakan pelajar yang cemerlang di akademi shinigami. Bakatnya membolehkannya menjadi pegawai berkedudukan dalam Gotei 13 tanpa perlu menduduki ujian tambahan. Tetapi, dia pernah gagal dalam ujian kemasukan akademi shinigami sebanyak dua kali (berdasarkan kata-kata Kira Izuru). Ketika dia berada dalam tahun keenam (terakhir) di akademi, dia menjadi "guru dan mentor" senior kepada Kira, Hinamori dan Renji. Templat:Endspoiler

Sinopsis sunting

Babak Soul Society sunting

Semasa peristiwa pencerobohan Soul Society oleh beberapa ryoka (roh asing), Shūhei telah bertarung dengan shinigami Tempat Kelima dari Bahagian ke-11, Ayasegawa Yumichika. Walaupun kedudukan Shūhei lebih tinggi, dia ditewaskan oleh Yumichika yang menggunakan tahap pertama zanpakutōnya; kuasa semangat Shūhei diserap oleh Yumichika. Shūhei mengatakan bahawa Yumichika bermain kotor dalam pertarungan mereka.

Selepas mengetahui bahawa Tōsen bersekongkol dengan pembelot Aizen Sōsuke, Shūhei dan sahabat Tōsen, Kaptan Komamura Sajin dari Bahagian ke-7, bersama-sama melawat pusara kawan Tōsen. Mereka bersetuju untuk mencelikkan mata Tōsen bagi melihat sikap sebenar Aizen. Sejurus selepas itu, Shūhei dilihat cuba membantu Kira yang sudah mabuk setelah meminum sake bersama-sama Matusumoto Rangiku.

Sementara itu, Shūhei telah mengambil alih tugas kaptannya. Tōsen dahulunya melakukan kebanyakan tugas yang diamanahkan kepada bahagiannya. Maka, Shūhei yang kini terpaksa menjalankan tanggungjawab bagi dua orang berasa agak tertekan.

Babak Bount sunting

Shūhei dan lain-lain telah ditugaskan oleh Hitsugaya Tōshirō untuk mengalahkan Bount di dunia sebenar. Dia menyelamatkan Inoue Orihime dan Kuroud daripada Kuchiki Rukia yang sedang dikuasai oleh doll Mabashi, Ritz. Rukia mampu mengawal dirinya buat seketika dan menyuruh Shūhei serta Orihime untuk membunuhnya agar tidak berpeluang untuk mencederakan sahabatnya. Shūhei bersiap sedia untuk menyerang tetapi Orihime menghalangnya dan memaksa Ritz keluar daripada tubuh Rukia dengan kuasa Sōten Kisshun. Ritz cuba merasuki Orihime tetapi gagal kerana dimusnahkan oleh Shūhei. Tetapi, Shūhei tidak sempat membunuh Mabashi kerana diganggu oleh Ichinose Maki yang tiba di tempat kejadian untuk membawa Mabashi keluar dari sana. Selepas Ayasegawa Yumichika menjumpai tempat persembunyian Bount, Kira, Shūhei. Yumichika dan Matsumoto diserang hendap oleh doll Ugaki, Gesell. Mereka berusaha untuk melengahkan masa agar dapat memberi peluang kepada Ichigo dan Renji untuk mara ke hadapan.

Zanpakutō sunting

Nama zanpakutō Shūhei belum didedahkan. Dia tidak pernah membebaskan zanpakutōnya. Bentuk asalnya berupa sebilah katana biasa dengan tsuba silinder. Shūhei pernah dilihat membawa zanpakutōnya pada belakang dan pinggangnya.Pada episod 220 dalam anime shuhei telah mendedahkan zanpakuto sebenarnya yang bernama kazeshini iaitu berbentuk seperti sabit yang terbahagi kepada dua bilah ketika bertempur dengan arankaru yang bernama findor carias.Sebenarnya shuhei sangat benci dengan bentuk zanpakutonya.Walaubagaimana pun kazeshini mempunyai kuasa serangan yang sangat kuat.Kekuatan kazeshini sama kuat dengan bankai madarame ikkaku dan akhirnya findor carias ditewaskan dengan teruk oleh shuhei.Iaitu dengan cara menyerang kepala findor carias dengan menggunakan kazeshini menyebabkan findor carias mengalami kecederaan yang sangat parah.