Datuk Hoh Khai Mun merupakan seorang ahli politik Malaysia dan senator untuk penggal 29 Mei 2015 hingga 28 Mei 2018.[1] Beliau adalah mantan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri/Exco negeri Pahang yang bertanggung-jawab atas hal-ehwal pihak berkuasa tempatan, kesihatan dan alam sekitar.[2] Beliau juga merupakan Pengerusi Negeri Pahang, Pengerusi Bahagian Bentong dan Pengerusi Biro Hal Ehwal Kampung Baru parti Persatuan Cina Malaysia (MCA).[3] Hoh ialah bekas wakil rakyat atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pahang untuk kawasan Bilut selama 4 penggal dari tahun 1995 hingga 2013 sebelum beliau tukar bertanding dan kalah kerusi parlimen persekutuan kawasan Raub semasa Pilihanraya Umum Malaysia 2013.[4]

Rujukan sunting

  1. ^ "Portal Rasmi Ahli Parlimen Malaysia : Profile Ahli Dewan". Parlimen Malaysia. Dicapai pada 2017-08-08.
  2. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-05-06. Dicapai pada 2013-04-17.
  3. ^ Dato’ Hoh Khai Mun (2017-07-07). "Press Statement by MCA Pahang State Liaison Committee Chairman Datuk Hoh Khai Mun - MCA Pahang State has never received RM3mil political fund". MCA online. Dicapai pada 2017-08-08.
  4. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-03-05. Dicapai pada 2013-04-17.