Hotspot merupakan kawasan di mana orang awam boleh mendapat capaian tanpa wayar ke Internet dengan menggunakan komputer riba atau PDA menggunakan teknologi piawai WLAN (Wi-Fi). Kebanyakan komputer riba kini dilengkapi dengan kad penyesuai, dan manakala di sesetengah tempat kad PCMCIA ini boleh dipinjam/sewa.

Hotspot boleh dijumpai berhampiran restoran, stesen keretapi, lapangan terbang, perpustakaan, kompleks membeli-belah dan tempat-tempat awam lain.

Hotspot komersil mungkin mempunyai:

  • portal masuk untuk pengesahan dan pembayaran
  • ciri "taman berpagar" di mana laman-laman di dalamnya boleh dilayari secara percuma

Walau bagaimanapun, terdapat banyak juga hotspot yang percuma, sama ada oleh awam atau perusahaan komersil yang cuba menarik pelanggan. Universiti dan kolej mungkin mempunyai rangkaian tanpa wayar di kawasan kampus.

Terdapat juga "hotspot beracun" yang disediakan oleh pencuri identiti atau orang berniat jahat lain dengan tujuan untuk "menghidu" (sniff) maklumat yang dihantar oleh pengguna.

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting