Hubungan Brunei–New Zealand

Brunei dan New Zealand menubuhkan hubungan diplomatik pada tahun 1984. Suruhanjaya tinggi Brunei di Bandar Seri Begawan ditauliahkan ke New Zealand, manakala suruhanjaya tinggi New Zealand di Kuala Lumpur ditauliahkan ke Brunei.[1]

Hubungan Brunei–New Zealand
Peta menunjukkan lokasi Brunei dengan New Zealand

Brunei

New Zealand

Sejarah sunting

Hubungan antara kedua-dua negara telah terjalin sejak 5 Mei 1984.[1] Hubungan ini sentiasa mesra dan positif dengan kerjasama sedemikian dalam perdagangan pendidikan dan pertahanan.[2]

Hubungan ekonomi sunting

Beberapa memorandum persefahaman telah ditandatangani antara kedua-dua negara.[1] Pada 2012, jumlah perdagangan mencecah NZ$1.2 bilion, dengan eksport utama New Zealand ke Brunei ialah hasil tenusu, manakala bahan eksport utama Brunei ke New Zealand biasanya ialah minyak mentah.[2]

Hubungan pendidikan sunting

Dalam bidang pendidikan, satu memorandum persefahaman telah ditandatangani antara kerajaan Brunei dan Universiti Otago, di mana ia akan membawa sebilangan kecil pelajar perubatan dan pergigian dari Brunei ke New Zealand.<ref name="nz"/ > Universiti Lincoln juga mempunyai hubungan dengan Brunei, dan pada masa ini, terdapat kira-kira 100 pelajar Brunei yang belajar di New Zealand dengan Brunei kerap mengambil ramai guru dari negara itu.[2]

Hubungan pertahanan sunting

Hubungan pertahanan yang berterusan dijalankan terutamanya dalam latihan ketenteraan dan bantuan latihan.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c "Brunei-New Zealand Relations". Kementerian Hal Ehwal Luar dan Perdagangan. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Februari 2014. Dicapai pada 21 Februari 2014.
  2. ^ a b c d "Brunei-New Zealand (Bilateral links)". Ministry of Foreign Affairs and Trade. Dicapai pada 21 Februari 2014.