Hukum kuasa dua songsang

Hukum kuasa dua songsang (Jawi: حكوم كواس دوا سوڠسڠ) bagi sebarang hukum fizik menyatakan bahawa kekuatan atau kuantiti fizikal adalah berkadar songsang dengan kuasa dua jarak dari sumber kuantiti fizikal tersebut. Hukum ini mula-mula dicadangkan Ismael Bullialdus & diperkukuhkan oleh Isaac Newton. Persamaan & pengiraan secara matematik boleh dihuraikan dengan dengan:

  • Keamatan (Intensiti) = I/d2
  • Di mana I ialah keamatan sinaran pada 1d & d ialah jarak dari sumber

Syarat Hukum Kuasa Dua Songsang:-

  • Sumber sinaran adalah sumber titik (amat kecil)
  • Sinaran bergerak dalam garisan lurus
  • Sinaran terpancar secara seragam ke semua arah
  • Tenaga yang dipancarkan adalah di kadar yang malar
  • Tiada tenaga terlesap dalam perjalanannya dari sumber ke titik ukuran