Hussein Che Dol

Ahli politik dan agamawan Malaysia

Tuan Guru Haji Hussein Che Dol ialah seorang agamawan dan ahli politik Persekutuan Tanah Melayu berbangsa Melayu yang juga merupakan Ahli Majlis Perundangan Negeri Kedah selepas menang dalam Pilihan raya umum Tanah Melayu 1955 mewakili Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).

Tuan Guru Haji

Hussein Che Dol
Ahli Majlis Perundangan
Negeri Kedah
Dalam jawatan
1955–1959
Kawasan pilihan rayaJerai
Butiran peribadi
LahirHussein bin Ismail Che Dol
1904
Kampong Gajah Mati, Pendang. Kedah
Meninggal dunia12 Mei 1967
Guar Cempedak, Kedah
Sebab kematianPenyakit darah tinggi
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia {1957-1967)
UMNO (1954-1957)
Parti Islam Se-Malaysia {1951-1954)

Penglibatan dalam politik sunting

Haji Hussein ialah Yang Dipertua Kesatuan Melayu Kedah yang pertama. Beliau juga merupakan antara ulama yang menjadi pengasas Pertubuhan Islam Se-Tanah Melayu (PAS) dan menjadi salah seorang daripada Naib Yang Dipertua PAS yang pertama pada 1951-1953.

Walau bagaimanapun, beliau memilih untuk kekal menjadi anggota UMNO pada 1954 selepas PAS menetapkan disiplin partinya untuk memansuhkan keanggotaan pelbagai pertubuhan. Akibatnya, ada kalangan ulama yang kekal dalam UMNO, termasuk Haji Hussein.

Namun demikian, Haji Hussein menyertai semula PAS pada 1957 selepas berlangsungnya Kongres Kebangsaan Melayu Kedua di Kuala Lumpur pada 4-7 Mei 1957, disebabkan ketidakpuashatian terhadap proses kemerdekaan yang dianggap merugikan kedudukan orang Melayu dan agama Islam[1].

Mengasas madrasah sunting

Haji Hussein dibesarkan dalam keluarga agamawan. Bapa beliau merupakan pengasas Pondok Gajah Mati, Pendang, Kedah. Beliau juga telah membuka pondok sendiri yang diberi nama Madrasah Al-Akhlak Al-Islamiah di Guar Cempedak, Kedah pada 1930. Madrasah tersebut telah dikenali sebagai Surau Pondok Haji Hussain Che Dol, manakal peranan madrasah telah diambil alih menjadi Sekolah Rendah Agama Al-Akhlak Al-Islamiah di bawah rangkaian Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) oleh cucunya, Ustaz Mohd Ishamuddin Abd Rahim[2].

Rujukan sunting

  1. ^ Mohd Fadli Ghani (12 Januari 2017). "Ensiklopedia Harian PAS: Wakil Rakyat PAS Selepas Pilihan Raya Umum 1955". Berita PAS. Dicapai pada 11 Julai 2021.
  2. ^ "Surau Pondok Haji Hussain Che' Dol". school and college listings. Dicapai pada 12 Julai 2021.