Ibn Abdun al-Jabali

Abu Abd Allah Muhammad ibn Abdun al-Jabali al-Adadi (meninggal dunia selepas 976) ialah seorang ahli perubatan dan hali matematik dari al-Andalus. Beliau adalah penulis Risalah fi al-Taksir (Treatise on Measurements), teks matematik tertua dari al-Andalus yang yang masih ada.[1][2] Beliau mengembara ke pusat-pusat pengajian di Timur dalam tahun-tahun selepas 958. Beliau tinggal di Basrah dan mengunjungi al-Fustat (Kaherah Lama), Mesir, di sana beliau dipertanggungjawabkan dengan hospital. Ibn Abdun mempelajari idea-idea Abu Sulayman Sijistani (m. 990) dan menurut satu sumber beliau menemuinya secara perseorangan di Basrah.[3] Beliau kembali ke Cordoba pada tahun 971. Beliau berkhidmat dengan Khalifah al-Mustansir (meninggal dunia 976) dan puteranya Hisham II al-Mu'ayad.[4] Ibn Abdun merupakan guru Ibn al-Kattani.[5]

Rujukan sunting

  1. ^ Ahmed Djebbar, "La circulation des mathématiques entre l'Orient et l'Occident musulmans: Interrogations anciennes et élements nouvaux", in Yvonne Dold-Samplonius, From China to Paris, 2002, p. 213
  2. ^ Salma Khadra Jayyusi (ed.), Handbuch der Orientalistik, Volume 12, The Legacy of Muslim Spain, BRILL, 1992, p.953
  3. ^ Joel L. Kraemer, Philosophy in the Renaissance of Islam: Abū Sulaymān Al-Sijistānī, 1986, p. 86
  4. ^ Sa'id Al-Andalusi, Science in the Medieval World: "Book of the Categories of Nations", p. 74
  5. ^ Camilla Adang e.a., Ibn Hazm of Cordoba: The Life and Works of a Controversial Thinker, 2012, p. 423