Ibnu Khuzaimah merupakan salah seorang tokoh dalam bidang Hadis pada abad ke-4H, yang telah banyak menyumbangkan sebahagian besar hidupnya untuk mengkaji hadis.[1] Disebabkan oleh jasanya yang begitu besar, kebanyakan para ulama yang menyebutnya sebagai imamnya para imam (bahasa Arab: إمام الأئمة).[1][2] Salah satu karyanya yang sangat penting dan banyak mendapat ilham di kalangan ulama, adalah Ash-Shahih, sebuah karya yang dalam bidang hadis yang memuatkan hadis-hadis shahih yang tidak disebutkan dalam Sahih Bukhari dan Sahih Muslim. [1] [3].

Naisabur adalah satu daripada beberapa buahwilayah yang sudah melahirkan begitu ramai tokoh ahli hadis kenamaan, antara lain Ibnu Khuzaimah

Biografi sunting

Nama dan Kelahiran sunting

Ibnu Khuzaimah atau nama sebenarnya Abu Bakar Muhammad bin Ishaq bin Khuzaimah An-Naisaburi. [2] Dilahirkan pada bulan Safar 223 H. atau bersamaan 838 M. di Naisabur, sebuah bandar di Khurasan, yang kini terletak di bahagian timur laut negara Iran. [2][4]

Pendidikan, Guru dan Murid sunting

Beliau memulakan pendidikannya dengan mempelajari Al-Quran, dan kemudian beliau mempelajari ilmu hadis melalui seorang ulama di Marwah, iaitu Muhammad bin Hisyam dan Ibnu Qutaibah. [2] Setelah usianya mencapai 17 tahun beliau melakukan pembelajaran intelektual ke pelbagai negeri Islam; seperti ke Marwah, Rayy, Syria, Mesir, Washith, Baghdad, Basrah, Kufah dan lain-lain. [2]

Selama mempelajari ilmu pendidikan, beliau mempelajari melalui kebanyakan ulama tersohor pada zamannya, - selain yang telah disebutkan - antara lain: Ali bin Muhammad, Musa bin Sahl Ar-Ramli, Muhammad bin Harb, Abu Kuraib, Muhammad bin Maran, Yunus bin Abdul A’la, Abdul Jabbar bin Al-A’la, Ishaq bin Rahawaih, Mahmud bin Ghailan, Ali bin Hajar, dan lain-lain. [2] [4]

Sebagai seorang imam besar di Khurasan, Ibnu Khuzaimah mempunyai ramai murid, antaranya: Ahmad bin Al-Mubarak, Ibrahim bin Abi Thalib, Abu Ali An-Nisaburi, Abu Amr bin Hamdan, Muhammad bin Ahmad bin Bashir, dan lain. [4]

Meninggal dunia sunting

Ibnu Khuzaimah meninggal dunia pada malam Sabtu berzamaan 12 Zulkaedah tahun 311 H. atau yang bersamaan dengan 924 M. ketika berusia 89 tahun; jenazahnya dimandikan, dikafankan, disembahyangkan, dan dikebumikan di biliknya sendiri. [2] [3]

Penilaian Ulama sunting

Terdapat ramai ulama yang memberikan pengakuan, penyaksian atas integriti dan keperibadian Ibnu Khuzaimah, antara lain:

Az-Zarkali (w. 1396 H.) sunting

Az-Zarkali menyatakan bahawa pada zamannya, Ibnu Khuzaimah adalah seorang imam, ahli fikih, seorang ijtihad dan ahli dalam bidang hadis.[5]

Adz-Dzahabi sunting

Adz-Dzahabi menyatakan bahawa Ibnu Khuzaimah sebagai seorang hafiz besar (bahasa Arab: الحافظ الكبير), imam para imam, dan tuan guru Islam (bahasa Arab: شيخ الإسلام). [4]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c (Indonesia) T. M. Hasbi Ash Shiddiqiey, Sejarah dan Pengantar Ilmu Hadis (Semarang: Pustaka Rizki Putra, 2002), hal. 259-260.
  2. ^ a b c d e f g (Indonesia) Dadi Nurhaedi, "Ibnu Khuzaimah" dalam Pengajian Kitab Hadis, ed. M. Alfatih Suryadilaga (Yogyakarta: Teras, 2009), hal. 218-223.
  3. ^ a b {{{1}}} Abul Ma’ali Muhammad bin Abdurrahman, Diwanul Islam, ed. Sayyid K. Hasan (Lubnan-Beirut: Darul Kutub Al-Ilmiah, 1990), II, hal. 241-242
  4. ^ a b c d {{{1}}} Abu Abdillah Muhammad Adz-Dzahabi, Tadzkiratul Huffadh (Beirut: Darul Kutub Al-Ilmiah, 1998), II, hal. 207-208
  5. ^ {{{1}}} Khairuddin Az-Zarkali, Al-A’lam (ttp: Darul Ilmi lil Malayin, 2002), VI, hal. 29.