Datuk Haji Ikhwan bin Nasir merupakan ahli politik UMNO dari Barisan Nasional di Malaysia dan mantan Ahli Parlimen Pontian, Johor. Beliau menang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1978 bagi kawasan parlimen Pontian, negeri Johor. Beliau bertanding atas tiket parti Barisan Nasional. Beliau juga pernah menjadi Ahli Parlimen Pontian, Johor pada tahun 1978 selepas memenangi pilihan raya kecil berikutan kematian bekas Menteri Pertanian, Datuk Ali Haji Ahmad. Ketika itu Perdana Menteri Malaysia ialah Tun Hussein Onn dan Timbalan Perdana Menteri ialah Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad.

Yang Berhormat Datuk

Ikhwan bin Nasir
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Pontian, Johor
Dalam jawatan
1978–1982
Didahului olehAli Ahmad
Digantikan olehMokhtaram Rabidin
Butiran peribadi
LahirIkhwan bin Nasir
1 November 1939
Johor Pontian, Johor
Meninggal dunia26 Disember 2000(2000-12-26) (umur 61)
Anak-anak9 (termasuk Ida Harlina Ikhwan Nasir)
PekerjaanAhli politik

KeluargaSunting

Allahyarham meninggalkan dua orang balu, Zainon@Wan Haslah bt Hussein dan Zuriyatie Zamzuri serta sembilan orang anak. Beliau mempunyai 7 orang anak perempuan, Haslinoryati, Huda @ Najwa, Rayahin @ Raha, Raihan @ Hani, Ida Harlina, Nurulasyiqin dan Puteri serta 2 anak lelaki: Abdal Hai dan Muhyi.

Latar belakangSunting

Sebelum itu, beliau pernah menjadi guru bahasa Arab dan merupakan Pengasas Sekolah Arab Pontian yang tanahnya diwakafkan oleh keluarga. Beliau juga merupakan bekas wartawan Utusan Melayu dan pelopor majalah Kiblat.

Kerjaya politikSunting

Kemudiannya menjadi Setiausaha Politik kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr. Ismail Abdul Rahman pada umur 29 tahun. Bagaimanapun, selepas Tun Dr. Ismail meninggal dunia pada tahun 1973, beliau telah dihantar ke Kanada sebagai Atace Penerangan sehingga tahun 1978.

Beliau juga pernah dilantik sebagai Pengarah Hal-Ehwal Khas di Kementerian Penerangan (BHEK) pada tahun 1987 hingga 1990 dibawah kelolaan Menteri Penerangan Malaysia, Dato' Seri Mohamed bin Rahmat. BHEK melancarkan kempen SEMARAK (Setia Bersama Rakyat) yang digerakkan ke seluruh negara.

Jasa dan sumbanganSunting

Beliau juga telah melahirkan ramai wartawan berkaliber tanahair melalui tabloid yang diasaskan Mingguan Tanahair dan Mingguan Politik.

Meninggal duniaSunting

Beliau meninggal dunia pada umur 62 tahun di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 26.12.2000 kerana penyakit barah tulang.

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

Pautan luarSunting