Imamiyyah
Imamiyyah atau Ja'fariah (شيعى) merujuk kepada satu aliran dalam Syiah yang mempercayai bahawa umat Islam wajib mengikut dua belas orang Imam[1], kesemuanya dari keturunan Ali bin Abi Thalib dan Rasulullah s.a.w. sendiri, yaitu menerusi anak baginda Fatimah Zahrah. Bilangan dua belas sealiran dengan hadith yang menyatakan bahwa umat Islam akan di perintah oleh 12 Khalifah selepas Rasulullah.
Mengikut pandangan Syiah Imamiah
suntingSyiah Imamiyyah percaya Muhammad Rasulullah sendiri mewasiatkan kepimpinan umat Islam kepada Ali bin Abi Talib sebagai Mawla dan Amirul Mu'mineen yang mesti ditaati selepas baginda. Dengan itu, Ali bin Abi Talib dianggap oleh Syiah Imamiyyah sebagai Imam pertama umat Islam. Melalui nas-nas, Allah SWT sendiri memberi petunjuk siapakah pewaris pucuk pimpinan. Imam tidak semuanya jatuh kepada anak lelaki pertama. Dalam hal imam kedua Syiah Imamiyyah yaitu Imam Hasan bin Ali,cucu Rasulullah, ia berpindah kepada adik beliau, Hussein bin Abi Talib.
Perpecahan yang berlaku selepas kematian imam kelima Syiah Imamiyyah, Muhammad bin Ali al-Baqir, menyebabkan timbul golongan Syiah Ismailiyah yang percaya bahwa imam seterusnya ialah Ismail, anak sulung Imam Muhammad al-Baqir manakala Syiah Imamiyyah mengatakan bahwa Imam Muhammad al-Baqir diperintah Allah SWT supaya mengumumkan perlantikkan anak ketiga beliau, Jaafar sebagai imam seterusnya. Panggilan 'Ja'fariyah' adalah bersempena nama Imam Jaafar as-Sadeq yang turut diiktiraf oleh golongan umat Islam Sunni sebagai seorang yang waraq dan berilmu.
Syiah Imamiyyah percaya bahwa Allah SWT tidak akan membiarkan manusia dan bumi tanpa seorang Imam. Imam kedua-belas, Muhammad bin Hassan al-Mahdi, yang dikatakan lahir pada 15 Sha'ban 255 Hijrah bersamaan 869 Masehi dianggap oleh Syiah Imamiyyah sebagai terus hidup tetapi ghaib dari pandangan mata seperti mana Nabi Khidir AS. Baik golongan Muslim Syiah mahupun Sunni percaya bahawa al-Mahdi akan muncul diakhir zaman untuk menyelamatkan manusia dari kerosakkan dan fitnah Dajjal. Umat Islam Sunni percaya bahwa al-Mahdi belum dilahirkan. Syiah Imamiyyah pula percaya dia berada disebalik tabir memenafaatkan manusia seperti matahari diselubung awan yang masih mendatangkan manafaatnya. Al-Mahdi, kata mereka akan berganding dengan Nabi Isa AS(Jesus Christ) di mana kesemua umat Islam percaya bahawa baginda(Nabi Isa) telah diangkat ke langit, dan melawan dajjal(anti-Christ)apabila baginda turun semula ke dunia pada akhir zaman nanti.
Umat Islam yang tidak tahu siapakah imamnya akan mati bagai di zaman jahilliah, menurut pandangan Syaih Imamiyyah.
Untuk lebih maklumat berkaitan aliran Syiah Imamiyyah sila klik link dibawah:
Rujukan
sunting- ^ Imam Muslim (diterjemahkan oleh Aftab Shahryar) (2004). Sahih Muslim Abridged. Islamic Book Service. ISBN 81-7231-592-9.
Pautan luar
sunting- (Melayu) http://al-islam.org
- (Melayu) http://themuslimhistory.net Diarkibkan 2006-12-05 di Wayback Machine