Imperial College London

Imperial College London atau Kolej Imperial London adalah institusi akademik Britain yang berprestij, dan ia adalah berfokuskan sains, kejuruteraan dan perubatan, dan dilengkapi dengan sebuah sekolah perniagaan. Kampus utamanya terletak di sempadan antara Boro Diraja Kensington dan Chealsea dan Bandar Westminster di London, dan pintu masuk hadapannya berada di seberang Jalan Exhibition. Kolej Imperial adalah kolej seinduk di bawah Universiti London, sungguhpun permintaan rasminya untuk menarik diri daripada persekutuan tersebut telah diterima oleh Universiti London [2]. Kolej Imperial akan berdiri secara sendiri sepenuhnya menjelang perayaan ulangtahun keseratusnya pada tahun 2007. Para siswa dan siswazah Kolej Imperial yang pertama masing-masing akan memulakan pengajian pada Oktober 2007 dan Oktober 2008 .

Imperial College London
(Kolej Imperial London)
Lambang Imperial College London
MotoScientia imperii decus et tutamen
Knowledge is the adornment and protection of the state
Pengetahuan adalah perhiasan dan pelindung negeri
JenisAwam
Ditubuhkan pada1907
Pembiayaan£47 juta [1]
RektorSir Richard Sykes
Staf pentadbiran
5,764 (2004/5)
Pelajar11,152 (2004/5)
Siswazah7,843
Ijazah/Sarjana3,309
Lokasi,
KampusBandar
PenggabunganUniversity of London, Russell Group, AMBA, IDEA League, ACU, 'Golden Triangle'
Laman sesawangwww.imperial.ac.uk

Reputasi Akademik sunting

Kolej Imperial sering menduduki tempat ketiga teratas dalam kedudukan universiti terbaik di United Kingdom oleh Jadual Liga Universiti-universiti Britain. Senarai mutakhir menunjukkan bahawa, walaupun ia berasaskan sains, namun Kolej Imperial berkedudukan ketiga secara keseluruhannya, dan menjuarai kebanyakan senarai-senarai kejuruteraan dan perubatan. Kedua-dua akhbar The Sunday Times dan The Guardian menempatkannya pada kedudukan ketiga di United Kingdom pada tahun 2005. Akhbar Financial Times menempatkan Sekolah Perniagaan Kolej Imperial antara sepuluh teratas di Eropah [3]. FT MBA Kolej Imperial berkedudukan nombor 1 di Eropah, dan bagi Keusahawanan, adalah 3 teratas sedunia.

Menurut jadual-jadual liga yang diterbitkan oleh Tambahan Pendidikan Tinggi Times (Times Higher Education Supplement) 2006, Imperial ditempatkan universiti kesembilan terbaik sedunia. Dalam tahun 2005 pula, akhbar sama menempatkan Kolej Imperial ke-5 bagi kejuruteraan, ke-6 bagi bioperubatan dan ke-10 untuk sains.

Imperial menduduki tempat ke-3 bagi universiti terbaik di UK oleh Panduan Univeristi Times 2007. [4]

Kakitangan akademik dan penyelidik berjumlah sekitar 3,000. Di antara semua ini, 53 orang adalah Fellows of the Royal Society (ahli Persatuan Diraja), 57 orang adalah Fellows of the Royal Academy of Engineering (ahli Akademi Diraja bagi Kejuruteraan) dan seorang adalah perangkul pingat Fields. Anggota-anggota Kolej Imperial terdahulu yang ternama termasuklah 14 orang Nobel Laureate dan seorang perangkul pingat Fields.

Pasukan daripada Kolej Imperial telah memenangi Universiti Challenge (Cabaran Universiti) pada tahun 1996 dan 2001.

Penyelidikan sunting

Pendapatan penyelidikan Kolej Imperial adalah antara yang tertinggi di UK – £167.2 juta bagi 2002–03. Ini termasuklah sumbangan Majlis Penyelidikan, pemberian amal dan sejumlah besar daripada industri, berbanding dengan universiti-universiti Britain yang lain. Ia juga menerima pendapatan penyelidikan keseluruhan tertinggi antara semua universiti-universiti UK dalam tahun 2003, iaitu £153 juta.

Dalam Urusan Penaksiran Penyelidikan Disember 2001, 75 peratus kakitangan mencapai taraf 5*, nisbah tertinggi dalam mana-mana universiti UK. Ketika itu, Kolej Imperial menduduki tempat kedua dalam UK dengan mata keseluruhan 6.68 daripada 7.

Pautan luar sunting