Industrial Skills Qualification

kelulusan vokasional pasca-menengah di Brunei

Industrial Skills Qualification (ISQ, secara literal Kelayakan Kemahiran Perindustrian) ialah kelulusan vokasional pasca-menengah di Brunei. Ia merupakan kelulusan Tahap 2 dalam rangkaian kelayakan kebangsaan (bahasa Inggeris: national qualifications framework) negara dan sama taraf dengan kelulusan akademik Sijil Am Pelajaran Peringkat Biasa (General Certificate of Education Ordinary Level atau ringkasnya GCE O Level). Program ini mula diperkenalkan pada tahun 2013 dan ditawarkan di Institut Pendidikan Teknikal Brunei;[1] kemasukan ke dalam program ISQ ialah bagi lepasan Tahun 9 dalam sistem pendidikan semasa iaitu Sistem Pendidikan Negara Abad Ke-21 (SPN-21), atau Tingkatan Tiga bagi pra-SPN-21.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ "Sixth ISQ Starts Orientation for Training Batch". www.brudirect.com (dalam bahasa Inggeris). 1 September 2016. Dicapai pada 29 Mei 2018.
  2. ^ IBTE. "IBTE : Institute of Brunei Technical Education - Inspiring Bruneians Towards Excellence". ibte.edu.bn (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 29 Mei 2018.