Intifadah
istilah bahasa Arab yang membawa maksud kebangkitan
(Dilencongkan daripada Intifada)
Intifada berasal (Arab: انتفاضة intifāḍah, "melepaskan diri") ialah satu istilah Arab yang bererti penentangan atau pemberontakan.
Dalam konflik Israel-Palestin, Intifada mencakupi seluruh gerakan perlawanan untuk merebut kemerdekaan Palestin bermula dari aksi lempar batu oleh kanak-kanak Palestin, peluncuran roket dari pertubuhan rakyat Palestin, sehingga aksi bom syahid yang dilakukan para pemuda Palestin dalam melawan kemaraan tentera Israel dan kaum Yahudi.
- Intifada Pertama bermula pada tahun 1987 dan berakhir pada tahun 1993 dengan tertandatangannya Perjanjian Oslo dan pembentukan Pihak Berkuasa Palestin.
- Intifada Kedua atau Intifada al-Aqsa, konflik berdarah antara Israel-Palestin yang bermula sejak September 2000 dan tamat pada Februari 2005.
- Intifada Ketiga, nama kontroversi untuk konflik Israel-Palestin kini, terutamanya selepas terjadinya konflik Israel–Gaza 2008–2009.