Iraj Harirchi Tabrizi (Bahasa Parsi: ایرج حریرچی تبریزی‎; lahir 1966) adalah seorang ahli politik dan doktor dari Iran. Beliau adalah Timbalan Menteri Kesihatan dan Pendidikan Perubatan semasa.

Iraj Harirchi

Semasa wabak COVID-19 di Iran, pada 25 Februari, Harirchi mengumumkan bahawa dia telah didiagnosis dengan COVID-19, dan telah kuarantin dirinya sendiri.[1] Hanya sehari sebelum itu, ahli parlimen Ahmad Amirabadi Farahani mendakwa 50 orang telah meninggal dunia di Qom kerana COVID-19, sebuah tuduhan yang ditolak oleh Harirchi.[2] Pada sidang akhbar, Harirchi dilihat batuk dan berpeluh.[1]

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Timbalan Menteri Kesihatan Iran positif COVID-19". Berita Harian. 26 Februari 2020. Dicapai pada 10 Mac 2020.
  2. ^ "Legislator from Iran's Qom alleges coronavirus coverup". Al Jazeera (dalam bahasa Inggeris). 25 Februari 2020. Dicapai pada 4 Mac 2020.