Irwan Jamil merupakan pemain bola sepak Malaysia yang bermain sebagai penjaga gol untuk pasukan Sabah FA di Liga Perdana Malaysia. Dia merupakan bekas pemain pasukan bawah 20 tahun Malaysia.

Irwan Jamil
Maklumat peribadi
Nama penuh Irwan Bin Jamil
Ketinggian 1.82 m (5 ka ​11 1116 in)
Posisi permainan Penjaga gol
Maklumat kelab
Kelab terkini
Sabah FA
Nombor 1
Kerjaya remaja
Piala Presiden Sabah FA
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2007- Sabah FA
Pasukan kebangsaan
2006 Malaysia B-20
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 28 Oktober, 2008

Irwan mendapat latihan daripada bekas penjaga gol Malaysia era 90-an Khairul Azman Mohamed. Dia membuat penampilan sulung bersama Sabah pada musim 2006/07. Dia membantu Sabah layak ke separuh akhir Piala Malaysia 2007.

Pada musim 2007/08, Irwan diletakkan sebagai penjaga gol utama pasukan. Namun prestasinya menjadi tidak menentu pada Piala Malaysia 2008 apabila dibolosi dengan 24 gol sepanjang berlangsungnya Piala Malaysia.

Irwan juga turut mewakili Malaysia pada peringkat belia. Dia merupakan penjaga gol kedua dibelakang Amini Ahmad Tabarani. Apabila kecederaan menimpa Amini, Irwan mengambil posisinya tetapi penjaga gol simpanan Abdul Hadi Abdul Hamid mengambil tempatnya pada Kejohanan Belia Asia 2006 di India.