Buka menu utama

Liga Premier Malaysia atau Liga Premier merupakan pertandingan bola sepak tahap kedua dalam Liga Malaysia. Liga ini menggantikan liga tahap dua sebelum ini iaitu Liga Perdana 2.

Liga Premier Malaysia
NegaraMalaysia Malaysia
KonfederasiAFC
Ditubuhkan2004; 15 tahun yang lalu (2004)
Divisyen2
Jumlah pasukan12
Kelayakan keLiga Super Malaysia
Disingkirkan keLiga M3
TahapTahap 2
Piala domestikPiala Sumbangsih
Piala Malaysia
Piala FA Malaysia
Juara semasaKuala Lumpur (2017)
Kelab paling berjayaKedah
(2 Kejuaraan)
Rakan TVUnifi TV
iflix
Media Prima
RTM
Tapak sesawangLaman Rasmi
Soccerball current event.svg Musim 2019

Liga Premier Malaysia dipertandingan di antara 12 buah kelab bola sepak. Musim liga berlangsung dari awal bulan Febuari sehinga penghujung Oktober dengan waktu cuti pada bulan Ramadhan untuk tempoh sebulan. Pasukan akan bermain sebanyak 22 perlawanan (setiap pasukan bermain dua kali, sebagai tuan rumah dan pelawat), di mana sebanyak 132 perlawanan diadakan dalam semusim.[1] Kebanyakan perlawanan diadakan pada hari Jumaat dan beberapa perlawanan pada hari bekerja.

Liga Premier Malaysia beroperasi dengan sistem naik dan turun liga dengan pertandingan Liga Super Malaysia.

Bermula musim 2016, liga ini dikenali sebagai 100Plus Liga Premier Malaysia atas sebab penajaan.[2]

Trofi Liga Premier

Isi kandungan

SejarahSunting

Pertandingan bola sepak telah wujud dan bertapak di Malaysia sejak lahirnya kejohanan Piala Malaysia pada tahun 1921. Pertandingan bola sepak secara liga pula hanya bermula apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menukar format Piala Malaysia pada tahun 1979 dengan mewujudkan peringkat liga satu pusingan sebagai kelayakan ke peringkat kalah-mati Piala Malaysia pada tahun berkenaan. Juara Liga Malaysia hanya mula diiktiraf mulai tahun 1982 apabila piala pusingan liga telah diperkenalkan. Semenjak itu, pertandingan liga bola sepak telah terus diadakan di Malaysia sehingga kini.

Liga Premier Malaysia mula diperkenalkan pada tahun 2004. Liga tahap kedua bermula di Malaysia sejak 1989 selepas penubuhan Liga Bola Sepak Semi-Pro Malaysia Bahagian 2 yang dipertandingkan sehingga tahun 1993 sebelum Liga Semi-Pro ini digantikan dengan penubuhan liga bola sepak profesional yang pertama di Malaysia iaitu Liga Perdana. Liga tahap dua kemudiannya dipertandingkan semula apabila Liga Perdana dibahagikan kepada dua di mana Liga Perdana 2 telah diwujudkan. Liga Perdana 2 kemudian telah digantikan dengan kewujudan Liga Premier Malaysia pada tahun 2004 seiring dengan kewujudan Liga Super Malaysia pada ketika itu.

PemenangSunting

Sejak diasaskan pada 1989, pasukan Kedah mengungguli kejuaraan liga apabila berjaya memenangi gelaran liga sebanyak 3 kali diikuti Selangor dan Terengganu sebanyak dua kali. PKNS FC dari Selangor merupakan Juara Liga Perdana tahun 2011.

Nama LigaSunting

Musim Nama
1989 - 1993 Liga Bahagian 2
1998 - 2003 Liga Perdana 2
2004 - Liga Premier Malaysia


PemenangSunting

Sejak Liga Premier muncul sebagai liga kedua pada 2004, Kedah telah menjadi pemenang utama Liga Premier dengan dua gelaran.

Prestasi Terbaik PasukanSunting

Jadual di bawah adalah senarai bilangan kemenangan kejohanan oleh pemenang sejak tahun 2004.

Musim Juara Naib Juara
2004 MPPJ TM
2005 Selangor Negeri Sembilan
2005–06 Kedah Melaka
2006–07 PDRM UPB-MyTeam
2007–08 Kuala Muda Naza PLUS
2009 Harimau Muda T-Team
2010 Felda United Sabah
2011 PKNS Sarawak
2012 ATM Pahang
2013 Sarawak Sime Darby
2014 PDRM Felda United
2015 Kedah Penang
2016 Melaka United PKNS
2017 Kuala Lumpur Terengganu
# Kelab Gelaran
1 Kedah 2
PDRM 2
3 MPPJ 1
Selangor 1
Kuala Muda Naza 1
Harimau Muda 1
Felda United 1
PKNS 1
ATM 1
Sarawak 1
Melaka United 1
Kuala Lumpur 1

AnugerahSunting

Lihat jugaSunting

Pautan LuarSunting

RujukanSunting