Kelab Bola Sepak Pahang atau dikenali sebagai Pahang Fa merupakan pasukan yang diuruskan dan mewakili pasukan bola sepak negeri Pahang. Pasukan ini berpangkalan di Kuantan. Mereka bermain di peringkat tertinggi Liga bola sepak Malaysia iaitu Liga Super Malaysia, selepas menjuarai Liga Super 2004 kemudian muncul Naib juara Liga Premier 2012 dan layak ke juara play-off Liga Super Malaysia 2013 menewaskan Kedah menerusi sepakan penalti 3-2 setelah terikat 2-2. Pasukan ini telah dijenamakan daripada Pahang FA kepada Pahang FC disebabkan oleh penswastaan pasukan tersebut kepada sebuah kelab bola sepak bermula 1 Januari 2016. Namun pada tahun 2017, mereka menarik balik penswastaan pasukan demi memastikan sokongan padu peminat Pahang dengan mengekalkan nama Pahang FA.

Pahang FA
Nama penuhPersatuan Bola Sepak Pahang
GelaranTok Gajah (The Elephant Army)
Diasaskan1959; 61 tahun yang lalu (1959)
StadiumStadium Darul Makmur,
Kuantan, Pahang
(Muatan: 45,000)
PresidenPahang Tengku Abdul Rahman Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah
PengurusMalaysia Datuk Mohammed Suffian Awang
JurulatihMalaysia Dollah Salleh
LigaLiga Super Malaysia
2019Ke-2
Tapak sesawangLaman kelab
tuan rumah
tempat lawan
ketiga
Musim terkini


SejarahSunting

Persatuan Bolasepak Negeri Pahang atau dikenali Pahang FA ditubuhkan oleh Sultan Abu Bakar Mu'azzam Shah ibni al-Marhum Sultan Abdullah pada tahun 1959 untuk mewakili negeri Pahang di Piala HMS Beagle. Pada tahun berikutnya, persatuan itu bermula dengan persiapan ersaingan terhadap negeri lain sebelum mengambil bahagian buat kali pertama dalam Piala HMS Beagle. Pembinaan gelanggang rasmi mereka sekarang iaitu Stadium Darul Makmur, telah disempurnakan oleh Majlis Perbandaran Kuantan pada tahun 1970.

Diketuai oleh legenda Jamal Nasir, Pahang FA memenangi trofi pertama pada tahun 1983 apabila mereka memenangi Piala Malaysia, kejohanan paling berprestij di Malaysia selepas mengatasi Selangor FA dalam kejohanan itu, memecahkan status monopoli dua pasukan Selangor FA dan Singapura FA dan juga menjadi pasukan Pantai Timur yang pertama untuk memenanginya. Walau bagaimanapun, era yang paling berjaya adalah pada tahun 1990-an, apabila pauskan ini berjaya menjejakkan diri ke final Piala Malaysia 4 kali walaupun mereka hanya berjaya sekali pada tahun 1992. 1992 adalah tahun terbaik buat Pahang FA, apabila berjaya memenangi 2 kejohanan, Piala Malaysia dan Liga Semi-Pro. Pahang FA pada tahun itu dikenang sebagai Pasukan Impian apabila beberapa pemain berprofil tinggi memainkan peranan dalam kejayaan pasukan seperti Dollah Salleh, Zainal Abidin Hassan, Khairul Azman Mohamed, Abdul Mubin Mokhtar, Ahmad Yusof, legenda bola sepak Australia, Alan Edward Davidson dan legenda bola sepak Singapura, Fandi Ahmad. Pahang berjaya mengalahkan Kedah FA di peringkat akhir untuk memenangi Piala Malaysia, terima kasih kepada jaringan terpantas dalam sejarah kejohanan Piala Malaysia oleh Zulhamizan Zakaria. Pahang FA juga merupakan pemenang pertama Liga M dalam format barunya iaitu Liga Super Malaysia pada tahun 2004.

Sebagai salah satu pasukan bola sepak yang paling berjaya di Malaysia dari 1980-2007, Pahang FA telah menghasilkan ramai pemain tempatan yang berbakat dari akademi seperti Khairul Azman Mohamed, salah seorang penjaga gol terbaik di Asia pada tahun 1990-an, penyerang prolifik , Azizul Kamaluddin, Mohd Fadzli Saari yang bermain di SV Wehen Wiesbaden di Jerman dan Juzaili Samion yang juga bermain untuk Divisyen 4 kelab FCSR Haguenau di Ligue 1 Perancis pada tahun 2000.

Pada tahun 2008, ramai pemain muda berbakat dari pasukan Shahzan Muda F.C. diserap ke Pahang FA. Pada tahun 2012, Pahang FA bermain di bahagian 2 Liga M, iaitu Liga Premier Malaysia. Semasa di Liga Premier, Pahang FA menunjukkan peningkatan yang baik pada musim 2012 kerana mereka layak ke suku akhir Piala Malaysia, dan pada tahun itu juga menjadi naib juara Liga Premier. Seterusnya layak bermain dalam pertandingan "play-off" untuk Liga Super. Pahang FA menewaskan Kedah FA di perlawanan akhir "play-off", memenangi promosi ke Liga Super 2013.

Pada tahun 2012, persatuan itu perlu bermain di Stadium Mini Temerloh sebagai tempat asal untuk pertama kalinya selepas Stadium Darul Makmur di bawah pengubahsuaian untuk organisasi Sukma 2012. Setahun kemudian, kelab itu kembali ke Kuantam untuk bermain semula di Stadium Darul Makmur yang baru diubahsuai. Juga pada tahun yang sama menjulang Piala Malaysia buat kali ketiga. Dipimpin oleh kapten setia Jalaluddin Jaafar, mereka menamatkan kemarau piala selama 21 tahun. Dengan memenangi piala itu, Zainal Abidin Hassan dan Dollah Salleh mengangkat status mereka sebagai lagenda pasukan Pahang FA, kerana mereka berjaya memenanginya sebagai pemain dan jurulatih.


StadiumSunting

Pasukan ini berpangkalan di Stadium Darul Makmur di Kuantan, Pahang. Kapasiti stadium ini ialah 45,000 dan juga mempunyai trek larian.

PemainSunting

Skuad UtamaSunting

Sehingga 15 Februari 2020
No. Posisi Pemain
1   GK Helmi Eliza
2   DF Khalil Khamis (loan daripada Al Ahed FC)
3   DF Hérold Goulon
4   DF Dinesh Rajasingam
5   MF Hazri Rozali
6   MF Adam Reed
7   FW Faisal Halim
8   MF Nik Sharif Haseefy
10   FW Dickson Nwakaeme (Kapten)
11   FW Ivan Carlos Franca Coelho
12   DF Kumaahran Sathasivam (loan daripada Johor Darul Ta'zim)
13   DF Ashar Al Aafiz Abdullah
No. Posisi Pemain
14   DF Faisal Rosli
15   MF Hardee Samsuri
17   MF Zuhair Aizat
18   GK Danial Wafiuddin Sadun
19   MF Shahrul Nizam Nadzir
20   MF Azam Azih
22   DF Fazly Mazlan (loan daripada Johor Darul Ta'zim)
23   FW Bunyamin Umar
24   DF Muslim Ahmad
25   GK Sharbinee Allawee
26   MF Mohamadou Sumareh
42   MF Gopi Rizqi

Pemilikan dan Penajaan KewanganSunting

PenajaanSunting

Tahun Pengeluar Kit Penaja Utama Penaja Lain
1989–1990   Schwarzenbach  Dunhill  Genting
1991   Puma
1992–1998   Diadora
1999–2000   Mikasa
2001–2003   Kronos
2004–2005   Adidas
2006–2007  TM
2008   Hummel
2009-2010   Lotto
2011   the ZON Hotel
2012   Resorts World Genting   Aras Kuasa
2013   Stobi   Chili's
2014–2016   Puma   Aras Kuasa   Resorts World Genting
2017   Jako
Julai 2017–2018   FILA
2019–2020  Umbro  

Football Republic

Organisasi PasukanSunting

Staff KejurulatihanSunting

Jawatan Nama
Presiden   Tengku Abdul Rahman Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah
Timbalan Presiden   Dato' Sri Muhammad Safian Ismail
Pengurus   Datuk Mohammed Suffian Awang
Pembantu Pengurus   Datuk Che Nasir Salleh
Ketua Jurulatih   Dollah Salleh
Pembantu Ketua Jurulatih   Ahmad Yusof
Jurulatih   Jalaluddin Jaafar
  Shahrulnizam Sahat
Jurulatih Penjaga Gol   Muadzar Mohamad
Jurulatih Kecergasan   Mohd Hafiz Tajudin
  Abdul Rahim Kadir Ku Jambu
Doktor Pasukan   Shah Rezal
Fisioterapi   Adam Zuhairy Zafri
Pegawai Hal Keselamatan   Muhammaf Keny
Kitman   Abdul Razak B Akil
  Suffian Sulaiman
Pengurus U21   Jalaluddin Mohd Deli
Jurulatih U21   Tajuddin Nor
Pembantu Jurulatih U21   Mohd Shahrizan Salleh
Jurulatih Penjaga Gol U21   Abdul Samad Mat Salleh
Jurulatih Kecergasan U21   Mohd Kaizai Zainuddin
Fisioterapi U21   Muhd Hidayah Edenan
Pengurus U19   Abdul Razab Wahab
Jurulatih U19   Rusly Ghazali
Pembantu Jurulatih U19   Ali Tahar
Jurulatih Penjaga Gol U19   Zakaria Abu Bakar
Jurulatih Kecergasan U19   Kow Hok Nam
Fisioterapi U19   Nazila binti Mohd Nadzir

PengurusSunting

Tahun Pengurus
1999   Talib Sulaiman
2000–2003   Datuk Jamal Nasir Abdul Nasir Ismail
2004–2005   Dato' Shahiruddin Abdul Moin
2006–2007   Zainal Abidin Hassan
2008   Dato' Omar Othman
2009–2017   Datuk Che Nasir Salleh
2018–kini   Datuk Mohammed Suffian Awang

JurulatihSunting

Tahun Jurulatih
1994–1996   Ahmad Yunus Mohd Alif
1997–1998   Jorgen Erik Larsen
1999   Alan Davidson
1999–2000   Fuzzeimi Ibrahim
2001–2002   Ahmad Yunus Mohd Alif
2003   Ralf Borges Ferreira
2004   Ahmad Yunus Mohd Alif
2005–2006   Zainal Abidin Hassan
2007   Hj. Ahmad Yusof
2008   Zainal Abidin Hassan
2009   Tajuddin Noor
2010–2013   Dollah Salleh
Disember 2013 – Mac 2014   Ron Smith
Mac 2014 – Disember 2015   Zainal Abidin Hassan
Disember 2015 – Mac 2016   Ahmad Shaharuddin Rosdi
Mac 2016— Disember 2016   Razip Ismail
Disember 2016 —   Dollah Salleh


Rekod PasukanSunting

Sehingga 27 Disember 2019

Nota:

  • P = Perlawanan, M = Menang, S = Seri, K = Kalah, J = Jaringan, B = Bolos, Mt= Mata, Ked = Kedudukan

      1 atau Juara       Ke-2 atau Naib-juara       Ke-3       Promosi       Tersingkir

Tahun Liga Piala Asia
Divisyen P M S K J B Mt Ked Sumbangsih Malaysia FA Piala AFC
2004 Liga Super 21 14 5 2 48 29 47 1  – Separuh-Akhir Separuh-Akhir  –
2005 Liga Super 21 10 5 6 37 29 35 Ke-2  – Suku-Akhir Pusingan 1 Peringkat Kumpulan
2005–06 Liga Super 21 7 6 8 21 24 27 Ke-7  – Peringkat Kumpulan Juara  –
2006–07 Liga Super 24 7 6 11 32 41 27 Ke-9  – Peringkat Kumpulan Pusingan 2 Peringkat Kumpulan
2007–08 Liga Super 24 8 6 10 26 31 30 Ke-8  – Peringkat Kumpulan Separuh-Akhir  –
2009 Liga Super 26 5 2 19 32 63 17 Ke-13  – Peringkat Kumpulan Pusingan 1  –
2010 Liga Super 26 10 3 13 31 50 33 Ke-8  – Suku-Akhir Pusingan 1  –
2011 Liga Super 26 5 7 14 19 36 22 Ke-13  – Pusingan Kelayakan Separuh-Akhir  –
2012 Liga Premier 22 14 4 4 60 29 46 Ke-2  – Suku-Akhir Pusingan 2  –
2013 Liga Super 22 10 5 7 36 32 35 Ke-5  – Juara Separuh-Akhir  –
2014 Liga Super 22 11 4 7 36 30 37 Ke-3 Juara Juara Juara  –
2015 Liga Super 22 13 5 4 43 29 38[a] Ke-3 Naib-juara Separuh-Akhir Separuh-Akhir Suku-Akhir
2016 Liga Super 22 6 6 10 25 40 24[b] Ke-9  – Peringkat Kumpulan Pusingan 3  –
2017 Liga Super 22 12 4 6 44 26 40 Ke-2  – Suku-Akhir Naib-juara  –
2018 Liga Super 22 9 7 6 35 21 34 Ke-4  – Suku-Akhir Juara  –
2019 Liga Super 22 12 7 3 37 21 43 Ke-2  – Separuh-Akhir Separuh-Akhir  –

Sumber:[1][2]

  1. ^ Pahang dipotong 6 mata kerana gagal melunaskan pembayaran gaji pemain import tahun 2013, Mohamed Borji.
  2. ^ Pahang dihadiahkan 3 mata percuma oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas Kedah menurunkan pemain yang digantung semasa perlawanan membabitkan Pahang pada 3 Ogos 2016.

Ranking Kelab AFCSunting

Sehingga 2 Julai 2017 [3]
Ranking Semasa Pasukan Mata
94   Selangor FA 9.951
95   Ayeyawady United 9.878
96   Naft Al-Wasat 9.704
97   Al-Suwaiq 9.643
98   Pahang FA 9.617

PencapaianSunting

DomestikSunting

Kejohanan Juara Naib Juara
Divisyen 1 : Liga Malaysia / Liga Semi-Pro Divisyen I / Liga Perdana / Liga Perdana 1 / Liga Super
1987, 1992, 1995, 1999, 2004 (5x)
1984,1991,1998, 2005
Divisyen 2 : Liga Semi-Pro Divisyen II / Liga Perdana 2 / Liga Premier
2012
Piala Malaysia
1983, 1992 ,2013, 2014 (4x)
1984, 1994, 1995, 1997
Piala FA Malaysia
2018, 2014, 2006 (3x)
1995, 2017
Piala Sumbangsih
1992, 1993, 2014 (3)
1985, 1988, 1995, 2007, 2015

BeliaSunting

Kejohanan Juara Naib Juara
Piala Presiden
2002, 2014

Bekas Pemain LuarSunting

Asia (AFC)

Afrika (CAF)

Eropah (UEFA)

Amerika Utara (CONCACAF)

Amerika Selatan (CONMEBOL)

 
Gabungan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA)




Persatuan yang menyeliaSunting

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ "Summary - Liga Super - Malaysia - Results, fixtures, tables and news - Soccerway".
  2. ^ "Malaysia 2016".
  3. ^ http://globalfootballranks.com/en/Continent-Teams-Ranking/3