Dollah Salleh

pemain dan jurulatih bola sepak Malaysia

Dollah Salleh (lahir 23 Oktober 1963) merupakan bekas pemain bola sepak kebangsaan Malaysia.

Dollah Salleh
Maklumat peribadi
Nama lahir Dollah bin Salleh
Tarikh lahir (1963-10-23) 23 Oktober 1963 (umur 58)
Tempat lahir Tangga Batu, Melaka
Ketinggian 1.77 m (5 ka 10 in)
Posisi permainan Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
Sri Pahang FC (Jurulatih)
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1982–1986 Johor 25 (12)
1987–1990 Selangor 76 (39)
1991–1996 Pahang 125 (76)
1997 Melaka 19 (9)
1998 Negeri Sembilan 12 (7)
Jumlah 257 (143)
Pasukan kebangsaan
1985–1996 Malaysia 74 (32)
Pasukan diurus
2003–2004 MPPJ FC
2005–2008 Selangor
2008–2009 Shahzan Muda FC
2010–2013 Pahang
2014 PDRM FC
2014–2015 Malaysia
2016 Perlis
2017– Sri Pahang FC
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Memulakan kerjaya sebagai pemain pada 1985, Dollah menjadi antara penyerang yang digeruni apabila menyertai Selangor. Beliau kemudian membentuk gandingan mantap bersama Zainal Abidin Hassan. Bersama-sama Zainal dan Fandi Ahmad, mereka membantu Pahang menjuarai Piala Malaysia pada 1992.[1]

Bersama Malaysia, Dollah berjaya memenangi pingat emas Sukan Asia Tenggara 1989 dan Pestabola Merdeka pada 1993. Beliau juga membuat penampilan pada edisi pertama Kejohanan Bola Sepak ASEAN pada 1996. Beliau kemudian bersara sebagai pemain profesional selepas berakhirnya liga pada 1998.

Pada tahun 2003, Dollah kembali ke arena bola sepak tempatan sebagai jurulatih pasukan Selangor MPPJ. Beliau mencipta sejarah apabila membawa MPPJ muncul juara Piala Malaysia pada 2003. Beliau kemudian membawa MPPJ ke Liga Super setelah MPPJ muncul juara Liga Perdana pada 2004.

Pada tahun 2005, Persatuan Bola Sepak Selangor membawanya menyertai Selangor. Pada tahun pertamanya bersama Selangor, beliau membawa Selangor menjuarai juara tiga piala (Liga Perdana Malaysia, Piala FA Malaysia, dan Piala Malaysia). Musim berikutnya, Dollah gagal membawa Selangor menjuarai sebarang piala.

Pada tahun 2009, beliau menandatangani kontrak bersama Shahzan Muda. Pada Mei 2009, Pahang mendapatkan khidmatnya untuk membaiki prestasi pasukan Pahang yang merosot teruk.[2]

Ringkasan statistik pengurus semasaSunting

Jadual berikut memberikan ringkasan Dollah Salleh sebagai jurulatih Malaysia, termasuk kemajuan dalam persahabatan dan perlawanan persaingan.

Statistik tepat pada 25 Ogos 2016.
Jurulatih Kerjaya Malaysia P W D L Menang %
Dollah Salleh 2014 – 2015 &&&&&&&&&&&&&012.&&&&&012 &&&&&&&&&&&&&&04.&&&&&04 &&&&&&&&&&&&&&01.&&&&&01 &&&&&&&&&&&&&&07.&&&&&07 &&&&&&&&&&&&&033.33000033.33

Kunci: P-permainan dimainkan, W-permainan dimenangi, D-game ditarik; L-permainan hilang, % - peratusan kemenangan

Pencapaian sebagai jurulatihSunting

MalaysiaSunting

  • Naib Juara: Kejohanan AFF 2014

Selangor MPPJSunting

SelangorSunting

PahangSunting

PDRMSunting

RujukanSunting

  1. ^ Eric Samuel (5 November 2013). "Patience pays off for Pahang coach Dollah". The Star. Dicapai pada 7 July 2018.
  2. ^ "Team Malaysia". FIFA. 1996. Dicapai pada 14 November 2013.

Pautan luarSunting