Johor Darul Ta'zim II FC

(Dilencongkan dari Johor Darul Ta'zim II F.C.)

Johor Darul Ta'zim II FC, merupakan salah sebuah kelab bola sepak yang terdapat di Malaysia . Kelab ini beraksi dalam Liga Premier Malaysia , iaitu liga tahap kedua . JDT II juga merupakan 'feeder club' bagi pasukan utama Johor Darul Takzim yang bermain di Liga Super Malaysia. Rata-rata pemain JDT II berusia 23 tahun kebawah.

Johor Darul Ta'zim II FC
Nama penuhJohor Darul Ta'zim II FC
GelaranHarimau Selatan
Nama pendekJDT II ,JFC
StadiumStadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, Johor Bahru,
Johor
(Kapasiti: 30,000)
PemilikTMJ Crown Prince of Johore
PengerusiPengerusi
PengurusMalaysia Adib Ashari Daud
JurulatihSepanyol Mariano Echeverria
LigaLiga Premier Malaysia
2019Ke-2
Tapak sesawangLaman kelab
Warna tuan rumah
Warna tempat lawan
Dalam Liga Malaysia Bermula musim 1991, pasukan ini dikenali sebagai Johor FA.

Sejarah sunting

Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) merupakan persatuan bola sepak yang mewakili negeri Johor dalam kancah Liga Malaysia. Pada musim 2010, pasukan ini bermain berjaya mendapat tempat dalam Liga Super Malaysia bersama jurulatih iaitu Nasir Yusof. Namun tugas bekas pemain kebangsaan ini telah digantikan dengan Edres Selamat yang juga bekas pemain Johor.

Johor yang terkenal dengan nama gelaran Jengking telah memenangi dua Piala Malaysia pada 1985 dan 1991 serta berjaya memenangi liga tahap satu Malaysia iaitu Liga Malaysia 1991. Bagi piala FA, Johor berjaya mejulang Piala FA pada 1998.

Pada musim 2006/07, Johor menggabungkan nama pasukan dengan nama penaja dan membentuk nama Johor PBT Pasir Gudang (atau Johor Pasir Gudang). Namun pada tahun 2009, pasukan ini telah menukar semula kepada Johor. Bermula musim 2014, pasukan ini dikenali sebagai Johor Darul Takzim II FC serta kini bermain dalam Liga Premier Malaysia 2016. Johor DT II berjaya layak ke Piala Malaysia 2014 dan 2015, namun tersingkir awal.

Perubahan Nama sunting

  • 1955–2006  : Persatuan Bola Sepak Johor (Johor FA)
  • 2006–2007  : Johor Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang (Johor PBT Pasir Gudang)
  • 2007–2013  : Persatuan Bola Sepak Johor (Johor FA)
  • 2014–kini  : Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim II (Johor Darul Ta'zim II F.C.)

Logo Pasukan sunting

Penaja Pasukan sunting

Penaja Utama

Penaja Jersi

Penaja Rasmi

Tempoh Pengeluar Kit Penaja
2013   Kappa Johor Corporation
2014–2015   Nike Country Garden Diarkibkan 2016-07-28 di Wayback Machine
2016   Adidas

Forest City

2017–kini   Nike

Forest City

Stadium sunting

Stadium Pasir Gudang sunting

 
Stadium Pasir Gudang

Bermula musim 2014, kelab ini beraksi menggunakan stadium ini sebagai gelanggang utama untuk perlawanan liga Malaysia. Stadium Pasir Gudang merupakan stadium yang digunakan bagi kegiatan bola sepak. Stadium Pasir Gudang terletak di Pasir Gudang, Johor, Malaysia. Stadium Pasir Gudang ini memiliki keupayaan kapasiti 15,000 penonton.

Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos sunting

 
Stadium Larkin

Stadium Tan Sri Dato' Hj. Hassan Yunos atau juga dikenali sebagai Stadium Larkin, ialah sebuah stadium pelbagai guna yang terletak di Larkin, Johor Bahru, Malaysia. Stadium yang mula dibina pada 1964 mampu menampung kapasiti 15,000 orang sebelum diubahsuai pada 1991 menjadi kapasiti 30,000 orang penonton. Ia dinamakan sempena mengenang jasa bekas Menteri Besar Johor, Tan Sri Dato' Hj. Hassan Yunos.[1]

Stadium Tan Sri Dato' Hj. Hassan Yunos memiliki keupayaan 30,000 penonton dengan 8,000 tempat duduk.[2]

Bermula era baru penamaan Johor Darul Takzim FC yang diterajui oleh Tengku Mahkota Johor iaitu Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim dan dinaikkan ke Liga Super, peminat sudah mula menyokong dan membanjiri stadium setiap kali perlawanan yang diadakan. Penyokong ekstrim yang menggelarkan diri mereka sebagai Boys Of Straits (B.O.S.) mula mengorak langkah dan membawa gerakan Ultras disetiap perlawanan melibatkan pasukan Johor Darul Takzim FC. Bermula musim 2020, stadium ini akan menjadi gelanggang rasmi untuk JDT II sahaja bagi aksi Liga Premier Malaysia.

Pencapaian sunting

Domestik sunting

Kejohanan Juara Naib Juara
Divisyen 1/ Perdana 1 / Liga Super
1991
1985
Piala FA Malaysia
1998
Piala Malaysia
1985, 1991
1986
Piala Cabaran Malaysia
2019
Piala Sumbangsih Malaysia
1986
1992, 1999
Divisyen 2 / Perdana 2 / Liga Premier
1999, 2022
1998, 2019
Divisyen 3 / Liga FAM
1959, 1966, 1973
Piala Tunku Mahkota Johor*
2012

Antarabangsa sunting

Kejohanan Juara Naib Juara
Piala Sultan Hassanal Bolkiah*
1987

Pemain sunting

Skuad Utama sunting

Sehingga 10 Januari 2020

Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.

No. Pos. Negara Pemain
1 GK   Alisson
2 DF   Benjamin Pavard
8 DF   Nurfikry Razali
10 MF   Nicolás Fernández
13 MF   Yogaraj a/l Murugan
18 MF   Firdaus Abdul Jabar
19 MF   Khairullah Abdul Halim
21 DF   Izzafiq Ruzi
22 FW   Mohammed Ghaddar
23 DF   Hasbullah Abu Bakar
24 DF   Hafiy Haikal
25 DF   Hariz Kamarudin
26 DF   Mohd Alfi Rasid
No. Pos. Negara Pemain
27 MF   Fahmi Faizal
28 MF   Shahwan Shaharuddin
29 DF   Azrul Haziq
30 GK   Rozaimi Rahamat
51 MF   Ramadhan Saifullah
DF   Nashrul Eiman Hamdan
DF   Ghaffar Abdul Rahman
MF   Nur Aqmal Mat Nayan
MF   Kei Hirose
FW   Amirul Husaini Zamri
FW   Awang Muhd Faiz Haziqq Awang Fathi
FW   Cristiano Ronaldo

Pegawai Kejurulatihan Pasukan sunting

Organisasi Pasukan sunting

Jawatan Nama
Pengurus   Adib Ashari Daud
Ketua Jurulatih   Rafa Gill
Pembantu Jurulatih   Mohd Hamzani Omar
  Ramlan Rashid
Jurulatih   []
  []
Jurulatih Kecergasan   Khairul Azreen bin Abdullah
Jurulatih Penjaga Gol   Jon Elorza
Fisioterapi   Lifizan Haili

Sejarah Jurulatih sunting

Ketua jurulatih pada tahun (2014–kini)

Tahun Jurulatih Negara
28 Februari 2014 Azmi Mohamed   Malaysia
1 March 2014 – 8 April 2014 Rajko Magić   Croatia
5 November 2014 – 10 Mei 2015 Goran Paulić   Croatia
11 May 2015 – 30 November 2015 Nenad Baćina   Croatia
1 Januari 2016 – 17 Januari 2017 Benjamin Mora   Mexico
18 January 2017 – 19 June 2017 Mohd Hamzani Omar   Malaysia
20 Jun 2017 – 9 Ogos 2018 Benjamin Mora   Mexico
9 Ogos 2018 – 23 Oktober 2019 Ervin Boban   Croatia
6 November 2019 – kini Rafa Gill   Sepanyol

Persatuan yang menyelia sunting

Kelab Gabungan sunting

Rujukan sunting

Pautan sunting