Hassan Yunus
Tan Sri Dato’ Haji Hassan bin Haji Yunus (1907 – 12 Julai 1968) merupakan ahli politik UMNO dari Johor, Semenanjung Malaysia. Beliau pernah menjadi Menteri Besar Johor (27 Jun 1959 – 31 Januari 1967), Mufti Johor dan seorang pengarang.
Hassan Yunus | |
---|---|
![]() | |
Menteri Besar Johor ke-10 | |
Dalam jawatan 27 Jun 1959 – 31 Januari 1967 | |
Didahului oleh | Dato' Wan Idris Wan Ibrahim (1955-1959) |
Digantikan oleh | Tan Sri Othman Saat (1967-1982) |
Kawasan pilihan raya | Bukit Serampang |
Yang DiPertua Jumaah Majlis DiRaja Johor | |
Dalam jawatan 28 Ogos 1959[1] – 8 November 1966[2] | |
Digantikan oleh | Dato' Haji Abdul Rahman Mohamed Yassin |
Ahli Dewan Negeri Johor untuk Bukit Serampang | |
Dalam jawatan 1959–1968 | |
Didahului oleh | Konstituensi diwujudkan |
Digantikan oleh | Abdul Rahman Mahmud |
Ahli Majlis Perundangan Persekutuan untuk Muar Utara | |
Dalam jawatan 1955–1959 | |
Didahului oleh | Majlis ditubuhkan |
Digantikan oleh | Ahmad Arshad Ahli Parlimen Persekutuan Tanah Melayu untuk Muar Utara |
Mufti Negeri Johor | |
Dalam jawatan 1941 – 1947[3] | |
Didahului oleh | Dato' Syed Alwi bin Tahir Al-Haddad (1934–1941) |
Digantikan oleh | Dato' Syed Alwi bin Tahir Al-Haddad (1947–1961) |
Butiran peribadi | |
Lahir | 1907[4] Bandar Maharani, Muar, Johor |
Meninggal dunia | 12 Julai 1968 Johor Bahru, Johor |
Tempat persemadian | Makam Diraja Bukit Mahmoodiah |
Parti politik | ![]() ![]() |
Pasangan | Puan Sri Rugayah Dato’ Abdullah |
Anak-anak | Suaad Hassan Murad Hassan Udad Hassan |
Alma mater | Universiti Al-Azhar |
Pekerjaan | Ahli politik |
Beliau telah mendirikan rumahtangga dengan Puan Sri Rugayah binti Dato’ Abdullah dan mempunyai 3 orang anak.
PendidikanSunting
Beliau pernah berguru dengan Muhammad Yusuf bin Ahmad atau 'Tok Kenali' di Kelantan dan seterusnya belajar di Makkah. Setelah menamatkan pendidikan di Makkah, Kerajaan Johor telah menghantar beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Al-Azhar, Mesir dan memperoleh Ijazah Sarjana Sastera (M.A.) dalam bidang Syariah pada tahun 1939.
KerjayaSunting
Beliau berkhidmat dengan Perkhidmatan Awam Johor sebagai Penolong Mufti (1 Januari 1940). Pada 1 Januari 1943 menjadi Penolong Kadi dan memangku jawatan Mufti Johor hinggalah sebelum merdeka. Beliau dilantik menjadi Ahli Majlis Agama Negeri Johor dan juga Ahli Majlis Mesyuarat Undangan Negeri Johor.
Ketika menjadi Pemangku Mufti, Tan Sri Haji Hassan Yunus menunjukkan iltizam dalam kegiatan pertubuhan atau badan ‘Lajnah Penghubung Pelajaran Agama Islam Muar’ atau dikenali sebagai LAJNAH yang ditubuhkan pada 1 Mac 1947.
PolitikSunting
Sebelum Perang Dunia II beliau menyertai Persatuan Melayu Johor. Dia bersama menandatangani surat bantahan kepada Sultan Johor yang menandatangani Perjanjian Malayan Union pada 1946. Dr Ismail Abdul Rahman pernah mencadangkan agar Hassan Yunus menjadi Mufti Johor tetapi dibantah oleh oleh Dato' Onn Jaafar.[5]
Beliau merupakan seorang ‘Orang Tujuh’ atau ‘Kumpulan Tujuh’ yang mengemukakan bantahan tersebut. Enam yang lain ialah Dato’ Abdul Rahman Mohd Yassin (Ketua), Kosai bin Muhammad Salleh (Dato’), Dr Awang bin Hassan (Tun), Sulaiman bin Abdul Rahman (Dato’) dan Cikgu Ahmad Sulaiman dan Safiah Sulaiman. Dato’ Abdul Rahman Mohamed Yasin dalam satu ucapannya di Masjid Abu Bakar telah berkata:
“….. Sekarang adalah masa kita bergerak dan bekerja untuk faedah bangsa, watan dan agama kita. Bukan lagi masa kita bercakap-cakap dan masa kita melihat faedah diri kita sendiri. Tidak tuan-tuan. Sekarang masa kita mesti membuka mata, masa kita mara ke hadapan, masa kita berjuang mempertahankan hak-hak kita yang benar lagi halal. Insya-Allah semuannya itu akan kita kerjakan……”
Apabila Dato’ Onn meninggalkan UMNO, bekas pemimpin PMJ termasuk Haji Hassan Yunus menguasai UMNO Johor. Setelah UMNO disusun semula pada 1947, Haji Hassan bergerak aktif di Muar dengan memegang jawatan Pengerusi Penerangan UMNO Muar.
Dalam Pilihan Raya Dewan Undangan Persekutuan, beliau memenangi kerusi Muar Utara dengan mengalahkan calon Parti Negara. Setelah itu beliau dilantik menganggotai Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO.
Dalam Pilihan Raya Umum 1959, Haji Hassan Yunos memenangi kerusi Dewan Negeri Bukit Serampang, beliau dilantik sebagai Menteri Besar Johor melalui sistem demokrasi pada 27 Jun 1959. Beliau adalah Menteri Besar yang pertama di lantik menerusi proses pilihan raya
Dalam pilihan raya umum 1964, sekali lagi memenangi pilihan raya kerusi Dewan Negeri Bukit Serampang dan terus dilantik menjadi Menteri Besar Johor sehingga 31 Januari 1967. Beliau merupakan Menteri Besar Johor pertama dilantik menerusi proses pilihanraya. Beliau bersama enam yang lain (7 orang) terlibat dalam usaha menjatuhkan Sultan Johor iaitu Sultan Ibrahim. Tokoh lain yang terlibat ialah Dato' Kosai Salleh, Safiah Sulaiman, Abdullah Sulaiman, Dr Awang Hassan dan Dato' Sulaiman yang kesemuannya berasal dari Muar.[6]
Meninggal duniaSunting
Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunus meninggal dunia pada hari Jumaat, 12 Julai 1968 dan telah disemadikan di Makam Mahmoodiah, Johor Bahru, Johor.
Darjah KebesaranSunting
Kehormatan MalaysiaSunting
- Malaysia :
- Johan Mangku Negara (JMN) (1958)[7]
- Panglima Mangku Negara (PMN) – Tan Sri (1962)[8]
- Pingat Peringatan Malaysia - Emas (PPM) (1965)[9]
- Johor :
- Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama (SPMJ) – Dato’ (1959)
- Pingat Ibrahim Sultan Pangkat Pertama (PIS I)
LegasiSunting
Bagi mengenang jasanya stadium utama di Johor Bahru dinamakan sebagai Stadium Tan Sri Hassan Yunus.[10] Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Haji Hassan Yunus terletak di Simpang Renggam.
RujukanSunting
- ^ "Royal counsellor". eresources.nlb.gov.sg (dalam bahasa Inggeris). Singapore: The Singapore Free Press. 28 Ogos 1959. Dicapai pada 1 Februari 2021.
- ^ "I'll quit if asked to by Alliance". eresources.nlb.gov.sg (dalam bahasa Inggeris). Singapore: The Straits Times. 26 November 1966. Dicapai pada 1 Februari 2021.
- ^ Johor Mufti Department, Johor Mufti List, Tan Sri Datuk Hj Hassan bin Yunus (1941–1947)
- ^ Birthdate uncertain: Options-to-date 1907.[petikan diperlukan]
- ^ 'Dato' Onn Ja'afar, pengasas kemerdekaan' oleh Ramlah Adam, DBP, hlm 116
- ^ 'Tun Dr. Ismail: kejora timur yang mengerdip' oleh Thajunnisa Mohamed Ibrahim, hlm 18
- ^ "Senarai Penuh Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 1958" (PDF).
- ^ "Senarai Penuh Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 1962" (PDF).
- ^ "SEMAKAN PENERIMA DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT". Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Dicapai pada 24 December 2020.
- ^ Johor football returns to its glory days.
BibliografiSunting
- Ramlah Adam (1992). Dato' Onn Ja'afar, pengasas kemerdekaan (ed. 1st). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 983-62-2861-6. OCLC 29026780.
- Thajunnisa Mohamed Ibrahim (2004). Tun Dr. Ismail : kejora timur yang mengerdip. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors. ISBN 9676116467. OCLC 254650247.
Didahului oleh Dato' Wan Idris Wan Ibrahim |
Menteri Besar Johor 1959–1967 |
Diikuti oleh: Tan Sri Othman Saat |