Menteri Besar Johor
Menteri Besar Johor ialah ketua kerajaan bagi negeri Johor Darul Takzim. Dato' Jaafar Haji Muhammad ialah penjawat paling lama dengan 33 tahun, diikuti Tan Sri Abdul Ghani Othman dengan 18 tahun, Tan Sri Othman Saat dengan 15 tahun, Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Majid dengan 12 tahun dan Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan 9 tahun.
Menteri Besar Johor Darul Takzim | |
---|---|
![]() | |
![]() | |
Kerajaan Negeri Johor | |
Gelaran | Yang Amat Berhormat |
Ahli kepada | Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor |
Lapor kepada | Dewan Negeri Johor |
Kediaman | Saujana, Johor Bahru, Johor |
Pusat | Aras 4, Bangunan Dato' Jaafar Muhammad, 79503 Iskandar Puteri, Johor |
Pelantik | Sultan Ibrahim Ismail Sultan Johor |
Tempoh jawatan | Selagi masih memiliki keyakinan dan kepercayaan majoriti ahli Dewan Negeri Johor Pilihan raya negeri diadakan lima tahun sekali atau lebih awal |
Pemegang sulung | Dato' Jaafar Haji Muhammad |
Pembentukan | 1886 |
Laman sesawang | Profil Menteri Besar |
Keluarga Dato' Jaafar Haji Muhammad adalah keluarga yang sangat dikenali di Johor Darul Takzim (JDT), tiga anak (termasuk Onn Jaafar) menjawat Menteri Besar Johor. Tun Hussein Onn, anak Onn Jaafar menjawat Perdana Menteri Malaysia ke-3.
Senarai Menteri Besar JohorSunting
Berikut merupakan senarai Menteri Besar Johor sejak 1886:[1][2]
Kunci warna (untuk parti-parti politik):
Bebas
UMNO
Perikatan
Barisan Nasional
Pakatan Harapan
# | Potret | Nama (Kelahiran–Kematian) Kawasan pilihan raya |
Parti politik[a] | Tempoh jawatan | Pilihan raya (Dewan Negeri) | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|
1 | Dato' Jaafar Haji Muhammad (1838–1919) |
Tiada | 1886 | 1919 | – | ||
Kosong | 1919 | 16 Julai 1920 | – | ||||
2 | Dato' Mohamed Mahbob (1852–1923) |
Tiada | 16 Julai 1920 | 1922 | – | ||
Kosong | 1922 | September 1923 | – | ||||
3 | Dato' Abdullah Jaafar (1875–1934) |
Tiada | September 1923 | 16 September 1928 | – | ||
4 | Dato' Mustapha Jaafar (1862–1946) |
Tiada | 16 September 1928 | 23 November 1931 | – | ||
5 | Dato' Abdul Hamid Yusof (1876–1934) |
Tiada | 23 November 1931 | 28 Disember 1934 | – | ||
Kosong | 28 Disember 1934 | April 1935 | – | ||||
6 | Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Majid (1887–1951) |
Tiada | April 1935 | 1 Jun 1947 | – | ||
7 | Dato' Onn Jaafar (1895–1962) |
UMNO | 1 Jun 1947 | 18 Mei 1950 | – | ||
Kosong | 18 Mei 1950 | 18 Februari 1952 | – | ||||
8 | Dato' Syed Abdul Kadir Mohamed (1900–1960) |
UMNO | 18 Februari 1952 | 5 Jun 1955 | – | ||
Perikatan (UMNO) | |||||||
Kosong | 5 Jun 1955 | 1 Oktober 1955 | – | ||||
9 | Dato' Wan Idris Ibrahim (1888–1973) |
Perikatan (UMNO) | 1 Oktober 1955 | 16 Jun 1959 | – | ||
Kosong | 16 Jun 1959 | 27 Jun 1959 | – | ||||
10 | Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunus (1907–1968) Ahli Majlis Perundangan Negeri Tanah Melayu untuk Muar Inland, 1954–1959 Ahli Dewan Negeri Johor untuk Bukit Serampang, 1959–1968 |
Perikatan (UMNO) | 27 Jun 1959 | 31 Januari 1967 | |||
11 | Tan Sri Haji Othman Saat (1927–2007) Ahli Dewan Negeri Johor untuk Jorak, 1959–1974 Ahli Dewan Negeri Johor untuk Kesang, 1974–1982 |
Perikatan (UMNO) | 4 Februari 1967 | 4 April 1982 | |||
BN (UMNO) | |||||||
12 | Dato' Abdul Ajib Ahmad (1947–2011) Ahli Dewan Negeri Johor untuk Endau, 1982–1986 |
BN (UMNO) | 29 April 1982 | 12 Ogos 1986 | |||
13 | Tan Sri Muhyiddin Yassin (lahir 1947) Ahli Dewan Negeri Johor untuk Bukit Serampang, 1986–1995 Ahli Dewan Negeri Johor untuk Gambir, 2018–2022 |
BN (UMNO) | 12 Ogos 1986 | 3 Mei 1995 | |||
14 | Tan Sri Abdul Ghani Othman (lahir 1946) Ahli Dewan Negeri Johor untuk Serom, 1995–2013 |
BN (UMNO) | 3 Mei 1995 | 14 Mei 2013 | |||
15 | Dato' Mohamed Khaled Nordin (lahir 1958) Ahli Dewan Negeri Johor untuk Permas, 2013–2018 |
BN (UMNO) | 14 Mei 2013 | 12 Mei 2018 | |||
16 | Dato' Osman Sapian (1951–2021) Ahli Dewan Negeri Johor untuk Kempas, 1999–2013, sejak 2018 |
PH (PPBM) | 12 Mei 2018 | 8 April 2019 | |||
Kosong | 9 April 2019 | 13 April 2019 | – | ||||
17 | Dato' Dr. Sahruddin Jamal (lahir 1975) Ahli Dewan Negeri Johor untuk Bukit Kepong, sejak 2018 |
PH (PPBM) | 14 April 2019 | 28 Februari 2020 |
– (ke-14) | ||
18 | Dato' Haji Hasni Mohammad (lahir 1959) Ahli Dewan Negeri Johor untuk Benut, sejak 2008 |
BN (UMNO) | 28 Februari 2020 | 15 Mac 2022 |
– (ke-14) | ||
19 | Datuk Onn Hafiz Ghazi (lahir 1979) Ahli Dewan Negeri Johor untuk Layang-Layang, 2018-2022 Ahli Dewan Negeri Johor untuk Machap, sejak 2022 |
BN (UMNO) | 15 Mac 2022 | kini | 2022 (ke-15) |
- ^ Kolum ini hanya menamakan parti Menteri Besar. Kerajaan negeri yang dipimpinnya mungkin merupakan gabungan kompleks dari beberapa parti dan bebas; itu tidak disenaraikan di sini.
Keistimewaan Menteri Besar JohorSunting
- Tempoh jawatan paling lama: Jaafar bin Haji Muhammad
- Tempoh jawatan paling singkat: Sahruddin Jamal
- Paling muda semasa menjawat Menteri Besar: Muhyiddin Yassin
Senarai bekas Menteri Besar Johor yang masih hidupSunting
Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan bekas Menteri Besar Johor yang pertama dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Perdana Menteri Malaysia.
Beliau juga merupakan Perdana Menteri Malaysia pertama yang mempunyai dua kerusi di dewan perundangan, iaitu kerusi Dewan Rakyat Malaysia untuk Pagoh dan kerusi Dewan Negeri Johor untuk Gambir (9 Mei 2018 hingga 22 Januari 2022).
Nama | Tempoh perkhidmatan | Tarikh lahir |
---|---|---|
Tan Sri Muhyiddin Yassin | 1986–1995 | 15 Mei 1947 (umur 75) |
Tan Sri Abdul Ghani Othman | 1995–2013 | 14 November 1946 (umur 75) |
Dato' Mohamed Khaled Nordin | 2013–2018 | 30 November 1958 (umur 63) |
Dato' Dr. Sahruddin Jamal | 2019–2020 | 26 Mei 1975 (umur 47) |
Dato' Hasni Mohammad | 2020–2022 | 27 Mac 1959 (umur 63) |
Lihat jugaSunting
RujukanSunting
- ^ "Bibliografi Menteri Besar Johor". Kerajaan Negeri Johor. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Ogos 2014. Dicapai pada 30 Ogos 2015.
- ^ "Johore". WorldStatesmen.org. Dicapai pada 15 April 2011.