Onn Hafiz Ghazi
Dato' Onn Hafiz bin Dato' Ghazi (lahir 2 Mac 1979) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Menteri Besar Johor dan ADUN Machap. Di peringkat parti beliau ialah Pengerusi BN dan UMNO Johor serta Ketua UMNO Bahagian Simpang Renggam[1].
Onn Hafiz Ghazi | |
---|---|
Menteri Besar Johor ke-19 | |
Menyandang jawatan 15 Mac 2022 | |
Sultan | Sultan Ibrahim |
Tunku Mahkota | Tunku Ismail Idris |
Didahului oleh | Hasni Mohammad |
Pengerusi Jawatankuasa Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan, Perancangan dan Pembangunan Ekonomi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor | |
Menyandang jawatan 26 Mac 2022 | |
Didahului oleh | Hasni Mohammad |
Ahli Dewan Negeri Johor untuk Machap | |
Menyandang jawatan 21 April 2022 | |
Didahului oleh | Abd Taib Abu Bakar |
Majoriti | 6,543 (2022) |
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor | |
Dalam jawatan 6 Mac 2020 – 22 Januari 2022 | |
Sultan | Sultan Ibrahim |
Menteri Besar | Hasni Mohammad |
Didahului oleh | Liow Cai Tung (Pelancongan) Sheikh Umar Bagharib Ali (Belia dan Sukan) |
Ahli Dewan Negeri Johor untuk Layang-Layang | |
Dalam jawatan 9 Mei 2018 – 22 Januari 2022 | |
Didahului oleh | Onn Mohd Yassin |
Digantikan oleh | Abd Mutalip Abd Rahim |
Majoriti | 364 (2018) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Onn Hafiz bin Ghazi 2 Mac 1979 Simpang Renggam, Kluang, Johor, Malaysia |
Parti politik | UMNO |
Gabungan politik lain | Barisan Nasional (BN) |
Pasangan | Datin Sharmin Fazlina binti Mohd Shukor |
Pertalian | Dato' Jaafar Muhammad (Buyut) Dato' Sir Onn Jaafar (Moyang) Tun Dato' Hussein Onn (Datuk) Dato' Seri Hishammuddin Hussein (Bapa Saudara) Tan Sri Dr. Yahya Awang (Bapa Saudara) Dato' Sri Najib Razak (Bapa Saudara) Tan Sri Nazir Razak (Bapa Saudara) Dato' Mohammed Rhiza Ghazi (Abang) Dr. Onn Ridzwan Ghazi (Adik) Tan Sri Noah Omar (Moyang) |
Anak | 4 |
Ibu bapa Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "[" tidak dikenali | |
Pendidikan | Ijazah Sarjana Muda Perakaunan |
Tempat belajar | University of Hertfordshire |
Menteri Besar Johor ke-19 (2022)
suntingPada 15 Mac 2022, Onn Hafiz secara rasmi mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor yang baharu dan ke-19, beliau merupakan Menteri Besar ke-4 hanya dalam satu penggal Parlimen Malaysia ke-14 dari tahun 2018 hingga 2022. Pada mulanya selepas pilihan raya negeri Johor 2022, Pengerusi BN dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan bahawa beliau akan menyerahkan nama bekas penyandang Menteri Besar Johor ke-18, Datuk Hasni Mohammad kepada Sultan Johor untuk dilantik semula ke jawatan itu selepas BN meraih kemenangan besar pada tahun pilihan raya 12 Mac lepas. BN sebelum ini turut memilih Hasni sebagai calon menteri besar sebaik BN diberi mandat semula oleh rakyat. Bagaimanapun sehari sebelum pelantikannya, Hasni tiba-tiba mengumumkan penarikan diri daripada bertanding jawatan itu dan beliau mengesahkan untuk memberi laluan dan menyokong calon yang lebih muda untuk menerajui kerajaan negeri Johor memandangkan pembangunan jangka masa panjang negeri Johor.
Kontroversi
suntingPada 23 April 2019, Onn Hafiz memberi keterangan dalam kes perbicaraan bekas Perdana Menteri Najib Razak yang berhadapan pertuduhan jenayah pecah amanah dan pengubahan wang haram berkaitan SRC International, bekas anak syarikat 1MDB.
Onn Hafiz berkata portal berita Malaysian Digest menerima bayaran dalam bentuk cek berjumlah RM240,000 daripada Najib pada 2015. Hafiz, yang memiliki saham portal itu melalui Vital Spire Sdn Bhd, mengesahkan menerima cek berkenaan daripada Najib pada 30 Jan 2015, untuk melancarkan laman berita tersebut.[2]
Keputusan Pilihan Raya
suntingTahun | Kawasan pilihan raya | Undian | Peratus | Lawan | Undian | Peratus | Jumlah mengundi | Majoriti | Peratus mengundi | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2018 | N27 Layang-Layang | Onn Hafiz Ghazi (BN-UMNO) | 7,449 | 46.93% | Murugan Muthu Samy (PH-PKR) | 7,085 | 44.63% | 16,257 | 364 | 81.90% | ||
Mohd Jubri Selamat (PAS) | 1,339 | 8.44% | ||||||||||
2022 | Machap | Onn Hafiz Ghazi (BN-UMNO) | 11,029 | 56.64% | Azlisham Azhar (PN-PAS) | 4,486 | 23.04% | 19,473 | 6,543 | 57.67% | ||
Sangaran Rawisandran (MUDA) | 3,493 | 17.94% | ||||||||||
Shahruddin Md Salleh (PEJUANG) | 465 | 2.39% |
Darjah kebesaran
sunting- Johor :
- Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Pertama, Dato’ Sri Mulia Sultan Ibrahim Johor (SMIJ) – Dato' (2023)
- Wilayah Persekutuan :
- Darjah Yang Mulia Mahkota Wilayah Pangkat Ketiga, Panglima Mahkota Wilayah (PMW) – Datuk (2018)
Rujukan
sunting- ^ https://www.sinarharian.com.my/article/247452/berita/politik/enam-ketua-bahagian-di-johor-menang-tanpa-bertanding
- ^ Najib beri RM240k untuk Malaysian Digest - Saksi
- ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14" (dalam bahasa Malay). Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia. Dicapai pada 17 May 2018.CS1 maint: unrecognized language (link) Percentage figures based on total turnout.
- ^ "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 May 2018. Percentage figures based on total turnout.