Yahya Awang

Tan Sri Dato' Dr. Yahya bin Tun Dr. Awang (lahir 7 September 1950) ialah pakar pembedahan kardiotorasik Malaysia. Beliau merupakan individu yang mengetuai pembedahan pintasan jantung ke atas Tun Dr. Mahathir Mohamad dan juga menjalankan pembedahan pemindahan jantung yang pertama di Malaysia pada 1997. Tan Sri Dr. Yahya juga merupakan perintis kepada penubuhan Institut Jantung Negara (IJN).


Yahya Awang

Kelahiran (1950-09-07) 7 September 1950 (umur 72)
Kerakyatan Malaysia
Pusat pendidikanUniversiti Monash (MBBS)
Terkenal keranaMengetuai pembedahan pintasan jantung ke atas Tun Dr. Mahathir Mohamad
Menjalankan pembedahan pemindahan jantung yang pertama di Malaysia
PasanganPuan Sri Datuk Dr. Suraiya Hani Tun Hussein
Ibu bapaTun Dr. Awang Hassan
Toh Puan Khadijah Abdul Rahman
SaudaraDato' Haji Abdul Rahman Mohamed Yassin (datuk)
Tun Dr. Ismail Abdul Rahman (bapa saudara)
Tun Hussein Onn (bapa mentua)
Toh Puan Suhailah Mohamed Noah (ibu mentua)
Datuk Seri Hishammuddin Hussein (adik ipar)
Datuk Onn Hafiz Ghazi (anak saudara)
Tan Sri Dato' Dr. Abu Bakar Suleiman (sepupu)
Mohamed Tawfik Ismail (sepupu)
AnugerahAnugerah Merdeka (2013)

Beliau merupakan anak lelaki kepada Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang kelima, Tun Dr. Awang Hassan dan anak saudara kepada Tun Dr. Ismail Abdul Rahman, Timbalan Perdana Menteri Malaysia kedua.[1][2]

AnugerahSunting

Kehormatan MalaysiaSunting

RujukanSunting

  1. ^ Faridah Abdul Rashid (2012). Biography of the early Malay doctors 1900-1957 : Malaya and Singapore (dalam bahasa Inggeris). Bloomington, IN: Xlibris Corporation. m/s. 395. ISBN 978-1-4771-5995-8. OCLC 819718028.
  2. ^ "Tun Datuk Dr. Haji Awang bin Hassan". Diarkibkan daripada yang asal pada 17 April 2016. Dicapai pada 27 Ogos 2021.