Piala Cabaran Malaysia

Piala Cabaran Malaysia atau Piala Cabaran MFL ( Inggeris: Malaysia Challenge Cup) adalah pertandingan yang diadakan di bawah naungan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Piala Cabaran Malaysia
Piala Cabaran MFL
Negara Malaysia
Ditubuhkan2018; 6 tahun yang lalu (2018)
Bilangan pasukan8
Juara semasa PDRM (2023)
Kejuaraan terbanyak PDRM
Johor Johor Darul Ta'zim II
Terengganu Terengganu II
(Masing-masing 1 Trofi)
Rakan TV
Tapak sesawangLaman Rasmi
Musim 2023

Kejohanan ini dicipta untuk disertai pasukan dari Liga Super Malaysia dan pasukan Liga Premier Malaysia yang tidak layak ke kejohanan Piala Malaysia melalui kedudukan mereka pada akhir musim liga. Idea ini dicetuskan oleh FAM pada Disember 2017 sebagai penyelesaian ketidakaktifan pasukan yang tidak layak ke Piala Malaysia yang lebih berprestij.[1] Pemerhati seperti FourFourTwo Malaysia melihat manfaat Piala Cabaran; sebagai satu lagi peluang emas untuk pesaing, mengekalkan kelebihan daya saing antara pasukan yang mengambil bahagian, dan sebagai cara untuk menganalisis pemain dalam pasukan mereka sebagai persediaan untuk musim depan.[2]

Kejohanan sulung diadakan pada tahun 2018, dengan 8 pasukan dibahagikan kepada 2 kumpulan daripada 4 pasukan dan bermain secara 2 pusingan. Juara dan naib-juara setiap kumpulan layak ke pusingan kalah mati, dengan setiap pusingan diadakan di gelanggang sendiri dan lawan dan termasuk di perlawanan akhir. Kejohanan ini diadakan serentak dengan Piala Malaysia. Cuma perlawanan Piala Cabaran dimainkan pada pertengahan minggu (Selasa, Rabu) bertentangan dengan perlawanan Piala Malaysia yang dimainkan pada hujung minggu (Jumaat, Sabtu dan Ahad).[3]

Pemenang kejohanan ini pada masa depan boleh menerima slot ke Piala Malaysia, berdasarkan kejayaan Piala Cabaran dan penstrukturan semula kelayakan Piala Malaysia.[4]


Pemilihan pasukan

sunting

Dari edisi 2018, pasukan yang menamatkan kempen di tempat terakhir dari Liga Super Malaysia, dan pasukan yang menduduki tempat ke-6 dalam Liga Premier Malaysia layak ke kejohanan ini. Tetapi disebabkan oleh pasukan Kuantan telah diusir di tengah musim liga (dan seterusnya dibubarkan), FAM menjemput pasukan ATM, wakil daripada Piala FAM Malaysia 2018 yang tidak layak untuk beraksi dipusingan kalah mati kejohanan itu.

Pemilihan pasukan kekal sama untuk edisi 2019: satu pasukan dari Liga Super Malaysia 2019 (pasukan tempat ke-12), dan tujuh pasukan dari Liga Premier Malaysia 2019 (pasukan tempat ke-6 hingga ke-12). Sekali lagi, pasukan dari Liga Premier tidak layak, kali ini Perlis terkeluar daripada Liga Premier Malaysia 2019 pada Februari 2019. Berbeza dengan edisi 2018 tiada pasukan akan dijemput ke Piala Cabaran untuk menggantikan mereka, bermakna hanya tinggal 7 pasukan dalam pertandingan itu.

Edisi 2020 dan 2021 tidak diadakan kerana pandemik COVID-19 dan sekatan yang dibuat oleh kerajaan Malaysia untuk memeranginya.[5][6] Selepas juga tidak diadakan pada 2022, FAM mengumumkan pertandingan itu akan kembali pada 2023, menampilkan 8 pasukan yang tersingkir dalam 16 pasukan terakhir Piala Malaysia 2023.[7]

Senarai Juara

sunting
Tahun Tuan Rumah Jaringan Pelawat Tempat Penyertaan pasukan
2018 Terengganu II 2−0 UKM Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu 8
UKM 2−2 Terengganu II Stadium Shah Alam, Shah Alam
Terengganu II menang 4−2 pada agregat
2019 Johor Darul Ta'zim II 1−0 UKM Stadium Pasir Gudang, Pasir Gudang 7
UKM 1−0 Johor Darul Ta'zim II Stadium Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
1−1 pada agregat selepas masa tambahan, Johor Darul Ta'zim II menang 6−5 menerusi penalti
2023 PDRM 3–0 Kuching City Stadium Petaling Jaya, Petaling Jaya 8
Kuching City 1–1 PDRM Stadium Negeri, Kuching
PDRM menang 4–1 pada agregat

Pasukan Terbaik

sunting
Pasukan Juara Naib Juara
  PDRM 1 (2023)
  Johor Darul Ta'zim II 1 (2019)
  Terengganu II 1 (2018)
  UKM 2 (2018, 2019)
  Kuching City 1 (2023)

Anugerah

sunting

Kasut Emas

sunting
Musim Pemain Pasukan Gol
2023   Uche Agba   PDRM 5
2019
  Bruno Suzuki   Terengganu II
6
  Mateo Roskam
  Milad Zanidpour
  UKM
2018   Michael Ijezie   UKM 13

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "FMLLP organise Challenge Cup remedy". Goal.com. Dicapai pada 4 September 2018.
  2. ^ "Challenge Cup a chance Premier League redemption silverware". FourFourTwo.com. Dicapai pada 4 September 2018.
  3. ^ "Malaysia Challenge Cup 2018". Goal.com. Dicapai pada 4 September 2018.
  4. ^ "Malaysia Cup slot for Challenge Cup champions in future". Stadium Astro. Dicapai pada 4 September 2018.
  5. ^ Singh, Ajitpal (2020-05-05). "Save the Malaysia Cup from becoming 'painful'". New Straits Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-09-28.
  6. ^ "2021 Challenge Cup cancelled due to Covid-19 pandemic, says MFL CEO". 14 September 2021.
  7. ^ Bernama (26 January 2023). "Thrilling affair in store after vital changes to M-League calendar". www.thesundaily.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 30 January 2023.

Pautan luar

sunting