Stadium Petaling Jaya
stadium di Malaysia
Stadium Petaling Jaya (dahulunya dikenali dengan nama Stadium MBPJ, atau Stadium MPPJ) ialah sebuah stadium pelbagai guna yang bertempat di Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. Stadium ini kerap digunakan untuk perlawanan bola sepak. Sebelum ini, pasukan MPPJ Selangor merupakan pengguna stadium ini. Stadium yang dibuka pada 1996 ini mampu memuatkan 25,000 orang. Sebelum ini, stadium ini dikenali dengan nama Stadium MPPJ sebelum ditukar kepada Stadium MBPJ apabila Petaling Jaya mendapat taraf bandar raya.
Stadium Petaling Jaya | |
---|---|
![]() | |
Lokasi | ![]() |
Koordinat | Koordinat: 3°05′55″N 101°35′38″E / 3.098709°N 101.593768°E |
Dibuka | 1996 |
Pemilik | Majlis Bandaraya Petaling Jaya |
Permukaan | Padang rumput Trek |
Kapasiti | 25,000 |
Penyewa | |
MPPJ FC (1996-2006) UPB-MyTeam F.C. (2006-2009) Petaling Jaya Rangers F.C. (2011-kini) Petaling Jaya City F.C. (2014 -kini) Selangor F.C. (2021 -kini) Malaysia |
Pautan luarSunting
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Stadium Petaling Jaya |