Buka menu utama

Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia

Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia dahulunya dikenali sebagai Pasukan bola sepak kebangsaan Tanah Melayu ialah merupakan pasukan bola sepak yang mewakili Malaysia dan ditadbir sepenuhnya oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia. Pasukan bola sepak Malaysia diiktiraf oleh FIFA sebagai pengganti kepada pasukan bola sepak Tanah Melayu yang telah dibubarkan. Pasukan ini ditubuhkan pada kejohanan Pestabola Merdeka 1963 sebulan sebelum terbentuknya Malaysia.[r 1] Pasukan ini disegani pada tahun 1950-an hingga ke 1980-an tetapi jatuh merudum pada 1990-an dan awal 2000-an. Namun pada bulan Disember 2009, pasukan ini bangkit kembali setelah memenangi pingat emas di Sukan Asia Tenggara (SEA) di Vientiane, Laos dan juara Piala AFF ASEAN, setelah menewaskan Indonesia 4-2 secara agregat pada Disember 2010. Pasukan ini juga mencipta rekod terbaik kedua apabila bergelar naib juara Piala AFF Suzuki 2014 apabila tewas agregat 3-4 kepada Thailand.

Malaysia
Shirt badge/Association crest
GelaranHarimau Malaya
Skuad Kebangsaan
PersatuanPersatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)
Sub-konfederasiAFF (Asia Tenggara)
KonfederasiAFC (Asia)
Ketua jurulatihMalaysia Tan Cheng Hoe
KaptenFarizal Marlias[1]
Kaps terbanyakSoh Chin Aun (252)[2]
Penjaring terbanyakMokhtar Dahari (125)[3]
Stadium tuan rumahStadium Nasional Bukit Jalil
Kod FIFAMAS
Kedudukan FIFA 158 (24 Oktober 2019)[4]
Kedudukan tertinggi FIFA75 (Ogos 1993)
Kedudukan terendah FIFA178 (15 Mac 2018)
Kedudukan Elo184 (24 Mac 2018)
Kedudukan tertinggi Elo60 (1 Mac 1977)
Kedudukan terendah Elo184 (24 Mac 2018)
Warna tuan rumah
warna pelawat
Antarabangsa pertama
 Singapura 4–5 Tanah Melayu Malaysia
(Singapura; 20 Jun 1948)[5]
 Malaysia 1–1 Thailand Bendera Thailand
(Kuala Lumpur, Malaysia; 12 Oktober 1963)[nota 1]
Kemenangan terbesar
Malaysia Tanah Melayu 15–1 Filipina Bendera Filipina
(Jakarta, Indonesia; 27 Ogos 1962)
 Malaysia 11–0 Filipina Bendera Filipina
(Tehran, Iran; 7 September 1974)
Kekalahan terbesar
 Emiriah Arab Bersatu 10–0 Malaysia Malaysia
(Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu; 3 September 2015)
Piala Asia
Kemunculan3 (Kali pertama pada 1976)
Keputusan terbaikPusingan 1 (1976, 1980, 2007)

Pasukan bola sepak Malaysia digelar Harimau Malaya, Harimau Malaysia[7] dan Skuad Kebangsaan. Gelaran Skuad Kebangsaan telah digunakan oleh media seperti New Straits Times dan Utusan sejak era 70-an.

Malaysia mempunyai ramai pemain ternama seperti pemain lagenda, Allahyarham Dato' Mokhtar Dahari yang mengetuai Malaysia pada zaman keemasan semasa 1970-an hingga awal 1980-an. Sebelum itu, Raja Bola Malaysia, Abdul Ghani Minhat ialah pemain yang terbaik dan menjadi pemain terbaik seluruh Malaya pada 1950-an hingga awal 1960-an. Pada masa ini, Ghani memegang rekod sepanjang zaman di Malaysia dengan jaringan 106 gol dalam hanya 15 perlawanan dan menjaringkan 11 gol untuk Malaysia di dalam kemenangan 15-1 terhadap Filipina. Kemenangan 15-1 ialah rekod kemenangan tertinggi bagi pasukan kebangsaan dan rekod itu masih belum dapat dipecahkan sehingga kini. Untuk generasi terkini, Malaysia berjaya melahirkan 2 penjaga gol terbaik negara, iaitu Khairul Fahmi Che Mat (Apek) & Farizal Marlias.

Di dalam Kedudukan Dunia FIFA, kedudukan tertinggi Malaysia adalah dalam keluaran pertama perangkaan tersebut iaitu pada bulan Ogos 1993, pada tangga ke-75. Lawan utama Malaysia di pentas antarabangsa ialah negara jirannya, Indonesia dan Singapura, dan perlawanan-perlawanan sebelum ini di antara dua pasukan ini selalunya penuh dramatik.

Dengan memenangi Kejohanan Bola Sepak ASEAN, pasukan kebangsaan dikatakan adalah antara pasukan yang paling berjaya di Asia Tenggara bersama-sama dengan Thailand, Singapura, Indonesia dan Vietnam dan masih lagi di dalam memperbaiki diri sendiri.

SejarahSunting

Zaman kegemilanganSunting

Pra MalaysiaSunting

 
Tunku Abdul Rahman dengan pasukan bola sepak Malaya berserta Piala Merdeka pada tahun 1958.
 
Pemenang musim pertama Piala Borneo pada tahun 1962, pasukan bola sepak Borneo Utara, setahun sebelum penggabungan bagi membentuk Malaysia.

Sebelum terbentuknya Malaysia, Borneo Utara (kini Sabah), Sarawak, Tanah Melayu dan Singapura diwakili oleh pasukan kebangsaan masing-masing. Pasukan bola sepak Malaya dan Singapura sering bertanding di beberapa kejohanan besar pada era itu seperti Pestabola Merdeka. Pasukan bola sepak Borneo Utara dan Sarawak pula bertanding di Piala Borneo iaitu kejohanan yang melibatkan tiga negara iaitu Borneo Utara, Sarawak dan Brunei. Daripada keempat-empat pasukan tersebut, pasukan Malaya merupakan antara pasukan terkuat di Asia pada awal 1950-an sehingga 1960-an bersama-sama dengan pasukan bola sepak kebangsaan Korea Selatan. Pencapaian terbaik Malaya ialah berjaya memenangi pingat gangsa Sukan Asia 1962 di Jakarta, Indonesia setelah menewaskan Vietnam Selatan 4-1. Pasukan ini memasyhurkan nama-nama pemain seperti Abdul Ghani Minhat (gelaran "Raja Bola"), Arthur Koh, G. Govindaraju, Robert Choe, Edwin Dutton dan Stanley Gabriel.[8]

Pasca MalaysiaSunting

Perlawanan pertama pasukan bola sepak Malaysia diadakan di Stadium Merdeka pada 8 Ogos 1963 dengan gabungan pemain dari Malaya dan Singapura.[r 1] Pada perlawanan itu, Malaysia tewas 3-4 kepada Jepun.[9] Pasukan ini terus menggunakan gabungan pemain dari Singapura dan Semenanjung Malaysia sehinggalah Singapura dikeluarkan dari Malaysia pada 1965. Sejak itu pasukan ini hanya menggunakan pemain dari Semenanjung Malaysia kerana kekangan pada masa itu untuk ke Malaysia Timur. Hanya pada tahun 1977 barulah FAM menghantar pencari bakat ke Malaysia Timur.[10][11] Pada 1971, James Wong yang berasal dari Sabah merupakan pemain pertama dari Malaysia Timur terpilih untuk mewakili Malaysia.[12] Senarai itu diteruskan oleh James Yaakub dari Sarawak pada 1977.

Kegemilangan pasukan ini berterusan dengan para pemain ternama seperti Namat Abdullah dan Shaharuddin Abdullah, Wong Fook Chuan, N. Thanabalan, Zulkifli Norbit dan Abdullah Nordin.[8] Malaysia berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik 1972 di Munich dengan menewaskan Jepun, Korea Selatan, Taiwan dan Filipina sepanjang pusingan kelayakan. Dua tahun kemudian, Malaysia mengulangi pencapaian pada 1962 apabila sekali lagi memenangi pingat gangsa Sukan Asia 1974 di Tehran selepas menewaskan Korea Utara 2-1. Kejayaan pasukan Malaysia berterusan apabila layak berturut-turut ke Piala Asia pada 1976 dan 1980.

Pada zaman ini pasukan bola sepak memperlihatkan peningkatan satu generasi pemain lagenda, diketuai oleh penyerang kilat Mokhtar Dahari, pasangan pertahanan Santokh Singh dan Soh Chin Aun (dikenali sebagai pasangan pertahanan terbaik di Asia pada 70-an) dan R. Arumugam, digelar sebagai "Spiderman" kerana ketangkasannya menjaga gawang gol.

Selepas itu, Malaysia sekali lagi layak ke Sukan Olimpik 1980 di Moscow di mana munculnya gandingan Hassan Sani dan James Wong tetapi kerajaan Malaysia memboikot Sukan Olimpik 1980 kerana membantah pencerobohan Soviet Union ke atas Afghanistan. Ini menyebabkan pasukan bola sepak Malaysia tidak dapat beraksi pada kejohanan tersebut. Namun pasukan kebangsaan masih lagi dapat menghasilkan pemain berkualiti seperti "pemain pertama menjadi pemain pertahanan "overlapping" di dunia, Serbegeth Singh (atau Shebby Singh seperti dikenali sekarang), Zainal Abidin Hassan, Dollah Salleh dan Lim Teong Kim yang telah bermain untuk Hertha Berlin di Jerman pada tahun 1988.[13]

Kegemilangan dan kecemerlangan pasukan ini dilihat terhenti bagai runtuhnya sebuah bangunan kad pada 1994 kerana berlakunya rasuah terbesar yang melanda bola sepak Malaysia.[perlu rujukan] Ramai tonggak utama pasukan Malaysia yang terlibat di dalam skandal rasuah. Ada juga pemain berprofil tinggi seperti Azman Adnan dan Khairul Azman Mohamed memberi kesinambungan kepada pasukan bola sepak kebangsaan, tetapi masih tidak dapat menyaingi kehandalan pemain-pemain sebelum mereka.

Rekod 1972–1985Sunting

Dari tahun 1972, Mokhtar Dahari dianggap sebagai pemain bola sepak legenda untuk pasukan Malaysia kerana dia menempah tempat sebagai salah satu pemain terbaik di Asia. Persatuan Bola Sepak Malaysia berkata Mokhtar Dahari ialah penjaring terbanyak di Asia dengan menjaringkan 175 gol. Walau bagaimanapun, FIFA, AFC dan IFFHS menafikan keputusan itu kerana tidak ada bukti mendakwa dan berkata pemain itu sahaja menjaringkan 5 gol dalam 20 perlawanan. FIFA berkata "rekod tertinggi bagi pasukan Malaysia hanya berjaya menjaringkan lebih kurang 110 gol dalam perlawanan antarabangsa dari tahun 1972 sehingga 1985, tetapi ia masih tidak mungkin bagi pemain untuk menjaringkan 175 gol". Oleh itu, Mokhtar Dahari tidak diiktiraf oleh FIFA untuk menjadi penjaring terbanyak dalam bola sepak Asia. Kesian Mokhtar Dahari,tidak macam itu,sahabatku?

Zaman KejatuhanSunting

Pada dekad 2000-an menampakkan kelibat Muhamad Khalid Jamlus (seorang pemain percubaan dengan Eintracht Frankfurt), Akmal Rizal Ahmad Rakhli (pernah sekali bermain untuk RC Strasbourg) dan Indra Putra Mahayuddin, bersama-sama dengan pemain lain, tetapi walaupun banyak berhubung dengan pasukan Eropah, masih lagi gagal untuk menjana minat di dalam bola sepak kebangsaan.

Kemerosotan pasukan kebangsaan Malaysia datang bersama-sama dengan kemerosotan liga tempatan. Banyak peminat Malaysia menyalahkan skandal rasuah pada tahun 1994 sebagai satu pemangkin, tetapi populariti langganan TV juga melarikan kebanyakan peminat bola sepak Malaysia daripada siaran langsung perlawanan tempatan ke perlawanan Eropah yang berprofil tinggi. Dengan kekurangan minat dan dana, bola sepak kebangsaan Malaysia sekarang ini masih berbatu jauhnya jika dibandingkan dengan zaman kegemilangan bola sepak pada 1970-an dan 1980-an.

Sungguhpun begitu, pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia B-23 tahun telah memberikan sinar harapan apabila berjaya memenangi pingat emas untuk Malaysia selepas mengalahkan Vietnam 1-0 walaupun menjadi pasukan underdog pada temasya Sukan Asia Tenggara (SEA) ke-25 di Vientiane, Laos. Dengan kemenangan ini, FAM telah menaiktaraf pasukan ini menjadi pasukan kebangsaan.

Era Allan HarrisSunting

Pada bulan Disember tahun 2000, Allan Harris telah dilantik sebagai jurulatih skuad bola sepak Malaysia menggantikan tempat Claude Leroy, jurulatih dari Perancis. Allan Harris bukan nama yang begitu asing dalam persada bola sepak antarabangsa. Beliau merupakan pembantu kepada Terry Venables ketika mengendali skuad Barcelona dan baginya mengendalikan skuad bola sepak Malaysia bukanlah sesuatu tugas yang begitu sukar. Setelah beberapa tahun mengendali skuad kebangsaan Malaysia, beliau terpaksa akur bahawa mengendali skuad kebangsaan Malaysia bukanlah semudah yang beliau sangkakan.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menaruh harapan yang begitu tinggi terhadapnya. Dalam pada itu, beliau menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pemain-pemain yang mempunyai pengalaman bermain di luar negara. Beliau juga ditugaskan untuk mengendali skuad bawah 23 tahun dan segala pembangunan pemain-pemain remaja diletakkan atas kendalian beliau.

Beliau berjaya membantu skuad Malaysia mendapat pingat perak dalam kejohanan Sukan SEA pada 2001, namun media tempatan begitu jelas mempertikaikan kredibiliti beliau sebagai seorang jurulatih professional. Kritikan tersebut telah membebankan lagi tugas beliau selaku jurulatih skuad bola sepak Malaysia dan akhirnya kontrak beliau telah ditamatkan pada 2004, setelah Malaysia tewas kepada China 0-4 dalam kelayakan Piala Dunia 2006.

Beliau sempat memberikan komen terakhirnya kepada wartawan tempatan dengan menyelar pemain-pemain Malaysia yang terlalu sukar untuk dikendalikan kerana mereka seperti tidak tahu untuk menilai kasut yang mana lebih sesuai untuk dipakai ketika bermain di padang-padang tertentu.

Era Bertalan BicskeiSunting

Selepas pemergian Allan Harris pada tahun 2004, FAM telah mencadangkan seorang pengganti kepada Harris iaitu Bertalan Bicskei, bekas penjaga gol dan jurulatih kebangsaan Hungary, pada 1 Julai 2004. Jurulatih seperti Bob Houghton dan Dragoslav Stepanovic telah menjadi calon untuk mengisi tempat selaku ketua jurulatih pasukan Malaysia sebelum FAM akhirnya telah bersetuju mengambil Bicskei.

Bicskei telah membawa pasukan Malaysia meraih tempat ketiga pada Piala Tiger 2004, walaupun mempunyai satu pasukan yang dianggap "tidak cukup kuat" oleh media tempatan. Media tempatan tidak bersetuju dengan pemilihan Mohd Amri Yahyah dan Muhamad Khalid Jamlus, untuk diserapkan ke dalam skuad Malaysia. Walau bagaimanapun, kedua-dua pemain yang dipilih Bicskei ini menunjukkan kemampuan mereka apabila Khalid berjaya menjadi penjaring kedua terbanyak kejohanan di belakang penyerang Indonesia, Ilham Jaya Kesuma manakala Amri menjadi tonggak penting dalam kemenangan Malaysia ke atas Thailand dan Indonesia.

Semasa perlawanan persahabatan menentang Singapura di Pulau Pinang pada 8 Jun 2005, Bicskei telah melempar botol ke padang sebelum menerjah salah seorang pemain Singapura atas alasan cuba melindungi pemainnya dan tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan oleh pengadil. Pada September 2005, kontrak Bicskei telah ditamatkan FAM. Ini kerana Bicskei cuba mendapatkan lebih banyak perlawanan persahabatan untuk kemajuan pasukan Malaysia, tetapi FAM mempunyai pendapatnya sendiri.[14]

Era Norizan BakarSunting

Norizan Bakar menjadi ketua jurulatih pasukan Malaysia selepas tamatnya kontrak Bertalan Bicskei. Sepanjang menjadi ketua jurulatih Malaysia, Norizan dikecam hebat oleh media tempatan atas kegagalan pada kejohanan yang disertai skuad Malaysia. Walau bagaimanapun, Norizan sempat membawa Malaysia memenangi pingat gangsa pada Sukan SEA 2005 selepas menewaskan Indonesia 1-0 dan ke separuh akhir Piala ASEAN 2007, yang mana Malaysia tewas menerusi sepakan penalti oleh Singapura. Jawatan Norizan selaku ketua jurulatih dilucutkan oleh FAM selepas persembahan memalukan skuad Malaysia pada Piala Asia 2007 yang mana Malaysia tewas 1-5 kepada China, 0-5 kepada Uzbekistan dan 0-2 kepada Iran.

Era B. SathianathanSunting

Selepas pemecatan Norizan Bakar, B. Sathianathan mengambil alih selaku ketua jurulatih. Meskipun mempunyai reputasi hebat selepas membantu skuad bawah 23 Malaysia menjuarai Pesta Bola Merdeka, B. Sathianathan gagal membawa Malaysia beraksi lebih jauh pada kelayakan Piala Dunia setelah tewas 4-1 dan seri 0-0 dengan Bahrain pada pusingan kelayakan. Pada tahun 2008, B. Sathianathan membawa Malaysia sekali lagi ke peringkat akhir Pestabola Merdeka. Namun Malaysia tumpas menerusi sepakan penalti kepada Vietnam.

Pada kejohanan Piala AFF Suzuki 2008, FAM mensasarkan Malaysia mara ke perlawanan akhir. Malaysia bermula baik apabila menang 3-0 dengan pasukan kebangsaan Laos. Walau bagaimanapun, Malaysia tumpas 2-3 kepada Vietnam pada perlawanan kedua kerana kesilapan penjaga gol Mohd Helmi Eliza Elias. Malaysia akhirnya tersingkir apabila tewas 3-0 kepada Thailand dan buat kali pertama tersingkir pada peringkat kumpulan sejak 1998. Status Sathia sebagai jurulatih mula menjadi tanda tanya apabila timbul khabar angin yang mengatakan dia akan digantikan dengan Peter Withe. Walau bagaimanapun kontrak Sathia dikekalkan dengan bersyarat dia perlu meningkatkan kedudukan Malaysia dalam ranking FIFA.

Pada kejohanan kelayakan Piala Asia 2011, pasukan Malaysia mengalami kekalahan 0-5 kepada pasukan Emiriah Arab Bersatu. Kekalahan tersebut menyebabkan penyokong mengkritik FAM dan jurulatih Malaysia, B. Sathianathan. Lantas B. Sathianathan mengatakan dia bersedia untuk berundur untuk kemajuan pasukan Malaysia. Dia juga mengkritik Liga Malaysia dengan mengatakan Liga Malaysia bukan kejohanan bola sepak yang sebenar. Akhirnya pada Februari 2009, kontrak Sathia dan pengurus pasukan Soh Chin Aun ditamatkan FAM.[15]

Era K. RajagopalSunting

Pada April 2009, Datuk K. Rajagopal telah dinamakan jurulatih baru Malaysia menggantikan B. Sathianathan sebagai ketua jurulatih Malaysia. K. Rajagopal juga ialah jurulatih skuad Malaysia di bawah 23 tahun.[16] Perlawanan pertama K. Rajagopal ialah menentang Zimbabwe, yang mana Malaysia menang 4–0.[17] Rajagopal juga melatih Malaysia di dalam dua perlawanan menentang juara Liga Perdana Inggeris, Manchester United, tewas kedua-dua perlawanan 2–3 and 0–2. Semasa masanya sebagai jurulatih bawah-23, K. Rajagopal mengetuai Malaysia mendapatkan pingat emas Sukan SEA dan juga mengetuai Malaysia melayakkan ke pusingan kedua Sukan Asia 2010 sebagai salah satu daripada empat pasukan tempat ketiga terbaik selepas jarak waktu 32 tahun.[18][19] Persediaan terarah ke Sukan SEA yang menyaksikan kemenangan ke atas Shanghai Zhong Bang 2-1 dalam perlawanan persahabatan di China dan menang 3-0 ke atas skuad Bawah 23 Singapura, Young Lions 3-0. Pada perlawanan persahabatan dengan pasukan sebaya Indonesia, Malaysia menang 1-0 jaringan Mohd. Zaquan Adha Abd. Razak.[20]

Era Dollah SallehSunting

Pada bulan Jun 2014,Dollah Salleh dilantik sebagai ketua jurulatih kebangsaan yang baharu menggantikan Datuk K Rajagobal yang tidak disambung kontraknya akhir tahun lalu. Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Afandi Hamzah berkata, pemilihan itu dibuat selepas FAM mengambil kira tempoh persediaan singkat menjelang Piala Suzuki AFF dan prestasi Dollah ketika mengendali Pahang tahun lalu dan PDRM tahun ini.

Semasa Dollah membimbing skuad kebangsaan untuk pertama kali, kebanyakan peminat bola tempatan tidak meyakini prestasi harimau malaya berikutan keputusan hambar & sering tewas dalam perlawanan persahabatan. Dalam perlawanan persahabatan pertama, skuad negara tewas 1-4 pada Tajikistan. Kemudian tewas 0-3 kepada Syria & 1-3 pada Vietnam. Kebanyakannya mengkritik cara Dollah Salleh memilih pemain yang hanya berdasarkan prestasi lampau & bukan prestasi semasa. Dollah juga dikritik kerana tidak memanggil pemain yang memenangi Anugerah Penyerang Terbaik Kebangsaan, Mohd Nor Farhan Muhammad untuk mewakili negara.

Pada kejohanan AFF 2014, Malaysia diundi dalam kumpulan bersama dengan Myanmar, Thailand & Singapura yang mana dianggap laluan yang cukup sukar memandangkan Thailand & Singapura ialah juara bertahan piala AFF. Malaysia memulakan langkah hambar apabila seri 0-0 dengan Myanmar & tewas 2-3 kepada Thailand di peringkat kumpulan. Ramai yang menyifatkan laluan Malaysia ke separuh akhir seperti sudah tertutup.

Tetapi keputusan tidak dijangka berlaku apabila Malaysia mencipta kejutan menewaskan Singapura 3-1 di Stadium Kallang, Singapura. Ini dibantu dengan kekalahan Singapura kepada Thailand di peringkat kumpulan yang mana mereka tewas 1-2. Perbezaan mata melayakkan Malaysia ke separuh akhir bersama-sama Thailand, Vietnam & Filipina. Ini merupakan kejayaan manis Malaysia kerana berjaya menundukkan tuan rumah Singapura di tempat lawan.

Pada separuh akhir pertama, Malaysia bertemu Vietnam. Pertemuan ini seperti mengulang semula memori tahun 2010 bila mana Malaysia bertemu lawan yang sama di separuh akhir, iaitu Vietnam. Pada separuh akhir pertama, Malaysia kalah 1-2. Ramai yang menyifatkan perlawanan Malaysia menentang Vietnam di Shah Alam antara yang paling mengewakan kerana barisan pertahanan Malaysia seperti hilang punca & fokus sehingga mendorong reaksi marah daripada Dollah Salleh. Imej Malaysia juga tercalar kerana berlaku rusuhan di Stadium Shah Alam yang mana penyokong Malaysia bertindak menyerang penyokong Vietnam. Ini disifatkan antara yang mengejutkan peminat bola kerana ia jarang terjadi sebegini pada penyokong tempatan. Malaysia bertandang ke Hanoi yang mana ia juga merupakan satu misi sukar kerana Malaysia memerlukan lebih 2 gol untuk layak ke final Piala AFF Suzuki 2014. Pada separuh akhir kedua, Malaysia sekali lagi mencipta kejutan apabila menang 4-2 ke atas Vietnam & layak ke final dengan agregat 5-3 bertemu Thailand yang menewaskan Filipina 3-0 di Stadium Rajamangala dengan agregat 3-0. Vietnam merupakan tuan rumah bersama Singapura dalam AFF 2014 yang berjaya dikalahkan Malaysia.

Pertemuan Malaysia dan Thailand di AFF 2014 mengembalikan memori Piala Tiger 1996 bila mana Thailand menewaskan Malaysia 1-0 dengan jaringan Kiatisuk Senamuang, yang kini jurulatih Thailand. Ironinya, Malaysia & Thailand merupakan finalis yang tidak menggunakan khidmat jurulatih import & pemain naturalisasi. Bahkan kedua-dua jurulatih negara merupakan bekas pemain bolasepak yang mana Kiatisuk pernah beraksi sebagai pemain import untuk pasukan Perlis dan Dollah Salleh sebagai pemain Pahang pada era 90-an. Pada final pertama, Malaysia tewas 0-2 kepada Thailand di Bangkok. Menyukarkan lagi peluang Malaysia untuk mengecapi Piala AFF 2014 sepertimana pada tahun 2010.

Bagaimanapun, pada final kedua Malaysia hampir mencipta kejutan apabila mendahului Thailand 3-0 di Bukit Jalil. Yang mana disifatkan peluang semakin cerah kerana Malaysia sudah berada pada agregat 3-2 mengatasi Thailand. Tetapi harapan Malaysia musnah apabila Thailand berjaya memperoleh 2 gol pada penghujung permainan. Ini kerana jika Malaysia memperoleh gol di Bangkok, situasi sudah pasti berbeza kerana kelebihan jaringan di tempat lawan sangat penting untuk perlawanan timbal balik. Malaysia akhirnya akur tewas agregat 3-4 yang mana kesudahannya Malaysia 3, Thailand 2. Tapi perbezaan agregat memusnahkan harapan Malaysia untuk menjuarai kejohanan ini buat kali kedua.

AFF 2014 dianggap perlawanan paling dramatik dalam sejarah pasukan bolasepak Malaysia kerana edisi kali ini Malaysia banyak menciptakan kejutan yang mana tidak dijangka oleh lawan mahupun penyokong tanah air.

Era Ong Kim SweeSunting

Kejayaan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010Sunting

 
Juara Piala Suzuki AFF 2010 (biru), kesebelasan utama di Perlawanan Akhir Kedua.

Pada Piala AFF Suzuki 2010 pula, pasukan Malaysia yang diketuai oleh Wan Kuzain Wan Kamal kalah kepada Indonesia 5-1 dalam perlawanan pertama dan seri tanpa jaringan dengan Thailand pada perlawanan kedua. Malaysia bagaimanapun layak ke peringkat separuh akhir selepas membelasah Laos dengan jaringan 5-1, disertai dengan 'bantuan' Indonesia yang membenam Thailand 2-1 semasa perlawanan akhir peringkat kumpulan A. Di separuh akhir, Malaysia berjaya menewaskan Vietnam 2-0 secara agregat dalam perlawanan timbal balik di Kuala Lumpur & Hanoi pada 15 dan 18 Disember.[21]

Malaysia melangkah ke perlawanan akhir buat kali kedua sejak 14 tahun dan bakal bertemu dengan Indonesia. Pada 26 Disember 2010 dalam perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2010 peringkat pertama antara pasukan kebangsaan Malaysia menentang Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil, pasukan Malaysia telah membenam pasukan Indonesia dengan tiga gol tanpa balas. Gol-gol telah dijaringkan oleh Luqman Hakim Shamsudin (2 gol) dan Mohd Ashaari Shamsudin (1 gol). Dalam perlawanan akhir kedua di Stadium Gelora Bung Karno yang merupakan stadium keramat bagi skuad Indonesia, Malaysia telah ditewaskan dengan jaringan 2-1 namun dengan berbekalkan tiga jaringan sebelum ini, Malaysia berjaya menjuarai Piala AFF buat kali pertama dalam sejarah bolasepak negara dengan agregat 4-2. Kemenangan ini juga telah menamatkan penantian Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki selama 14 tahun. Lalu Harimau Malaya dengan sendirinya dianggap layak dinobatkan kembali sebagai 'raja bola sepak' rantau Asia Tenggara.[22] Ini dikuatkan lagi dengan kejayaannya mempertahan pingat emas di Sukan Asia Tenggara 2011.


KitSunting

Dari tahun 1970 hingga 2007, kit pasukan kebangsaan telah dibuat oleh Adidas, yang juga menaja kit pasukan kebangsaan. Sejak tahun 2007, rasmi Malaysia kit pasukan telah dikeluarkan oleh Nike. Reka bentuk kit rumah itu jalur hitam dan kuning adalah untuk mengimbas kembali kit yang digunakan oleh pasukan kebangsaan Malaysia tahun 1920-an. Pasukan besar negara tahun 1970-an juga menggayakan jalur yang sama, yang sepatutnya mengingatkan pada jalur harimau, simbol pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia.

Pada bulan November 2010, Nike Malaysia mencipta kit bola sepak baru bagi rakyat Malaysia yang dibuat khas untuk Piala Suzuki AFF 2010. Reka bentuk kit rumah itu jalur hitam dan kuning dibentuk oleh barisan hitam bergaris-garis. Kit jauh mempunyai depan kosong biru dan merah dan putih di tepi lengan. Nike menggunakan bendera Malaysia sebagai logo mereka dan bukannya meletakkan logo Persatuan Bola Sepak Malaysia, seperti mana yang berlaku untuk pasukan kebangsaan besar tahun 1970-an.[23] Di bahagian bawah bendera, petikan "Tanah Tumpahnya Darahku" boleh didapati. Petikan tersebut ialah sebahagian daripada lagu Lagu Kebangsaan Malaysia, merujuk bahawa mereka melakukan yang terbaik untuk negara.

  Adidas (1970 – 2007)
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
1995–1997
Tuan Rumah
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
1995–1997
Pelawat
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
2001
Tuan Rumah
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
2002
Tuan Rumah
 
 
 
 
 
 
 
 
 
2001–2002
Pelawat
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
2004–2005
Tuan Rumah
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
2004–2005
Pelawat
  Nike (2007 – 2014)
 
 
 
 
 
 
 
2008–2009
Tuan Rumah
 
 
 
 
 
 
 
2008–2009
Pelawat
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
2010–2012
Tuan Rumah
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
2010–2012
Pelawat
 
 
 
 
 
 
 
 
2012–2014
Tuan Rumah
 
 
 
 
 
 
 
 
2012–2014
Pelawat
 
 
 
 
 
 
 
 
 
2014–2016
Tuan Rumah
 
 
 
 
 
 
 
 
 
2014–2016
Pelawat

Rekod KejohananSunting

Piala DuniaSunting

Rekod Piala Dunia FIFA Kelayakan Piala Dunia FIFA
Tahun Pusingan Kedudukan BP M S K JG GB BP M S K JG GB
  1930 Tidak menyertai
  1934
  1938
  1950
  1954
  1958
  1962
  1966
  1970
  1974 Tidak layak 4 2 1 1 3 3
  1978 4 1 2 1 7 6
  1982 3 0 1 2 3 8
  1986 4 2 1 1 6 2
  1990 6 3 1 2 8 8
  1994 6 2 2 2 16 7
  1998 6 3 2 1 5 3
   2002 6 2 1 3 8 11
  2006 6 0 0 6 2 18
  2010 2 0 1 1 4 1
  2014 4 1 1 2 8 10
  2018 8 1 1 6 3 30
  2022 Akan Ditentukan
Jumlah Tiada 59 17 14 28 73 107

Sukan OlimpikSunting

Rekod Sukan Olimpik
Tahun Pusingan Kedudukan BP M S K JG GB
  1900 Tidak Menyertai
  1904
  1908
  1912
  1920
  1924
  1928
  1936
  1948
  1952
  1956
  1960
  1964 Tidak layak
  1968 Menarik diri
  1972 Pusingan 1 10/16 3 1 0 2 3 9
  1976 Tidak layak
  1980 Layak tetapi memboikot
  1984 Tidak layak
  1988
Jumlah Terbaik: Pusingan 1 1/19 3 1 0 2 3 9

Nota: Kejohanan bawah 23 tahun sejak 1992

Perjalanan di Sukan Olimpik
Tahun Pusingan Jaringan Keputusan
1972 Pusingan 1   Malaysia 0 – 3   Jerman Barat Kalah
Pusingan 1   Malaysia 3 – 0   Amerika Syarikat Menang
Pusingan 1   Malaysia 0 – 6   Maghribi Kalah

Piala AsiaSunting

Rekod Piala Asia Rekod kelayakan Piala Asia
Tahun Pusingan Kedudukan BP M S K JG GB BP M S K JG GB
  1956 Tidak layak 4 1 1 2 18 8
  1960 2 1 0 1 5 3
  1964 3 1 0 2 9 10
  1968 4 1 1 2 4 5
  1972 5 4 0 1 15 3
  1976 Pusingan 1 5/6 2 0 1 1 1 3 4 3 1 0 6 1
  1980 6/10 4 1 2 1 5 5 4 2 1 1 5 3
  1984 Tidak layak 4 2 1 1 10 3
  1988 4 1 1 2 4 6
  1992 3 0 2 1 2 6
  1996 2 1 1 0 5 2
  2000 6 2 1 3 4 4
  2004 6 1 2 3 9 12
  
   2007
Pusingan 1 16/16 3 0 0 3 1 12 Layak sebagai Tuan Rumah Bersama
  2011 Tidak layak 4 0 0 4 2 12
  2015 6 2 1 3 5 7
  2019 5 0 1 4 4 13
  2023 Akan Ditentukan
Jumlah Terbaik: Pusingan 1 3/16 9 1 3 5 7 20 54 17 14 23 79 87

Nota: Jalur berwarna merah menunjukkan pasukan beraksi sebagai tuan rumah.

Sukan AsiaSunting

Rekod Sukan Asia
Tahun Pusingan Kedudukan BP M S K JG GB
  1951 Tidak menyertai
  1954
  1958 Pusingan 1 13/14 3 0 0 3 2 8
  1962 Tempat Ketiga 3/8 5 3 0 2 23 9
  1966 Pusingan 1 10/11 3 0 0 3 1 5
  1970 10/10 3 0 0 3 0 4
  1974 Tempat Ketiga 3/15 7 3 2 2 20 13
  1978 Pusingan 2 7/14 5 2 0 3 4 10
  1982 Pusingan 1 14/16 3 0 0 3 1 4
  1986 15/18 3 0 1 2 2 5
  1990 12/14 2 0 1 1 0 3
  1994 11/18 4 1 1 2 6 11
  1998 Tidak menyertai
Jumlah Terbaik: Tempat Ketiga 10/12 38 9 5 24 59 71

Nota: Semenjak 2002, kejohanan ini menghadkan kepada skuad bawah 23 dan
3 pemain berumur 23 tahun ke atas dibenarkan turut serta, kejohanan ini juga tidak
dianggap sebahagian rekod pasukan kebangsaan atau tiada kaps dianugerahkan.

Sukan Asia TenggaraSunting

Rekod Sukan SEA
Tahun Pusingan Kedudukan BP M S K JG GB
  1959 Tempat Ketiga 3/4 3 2 0 1 5 5
  1961 Juara 1/6 4 4 0 0 10 3
  1963 Tidak diadakan
  1965 Tempat Keempat 4/5 2 0 0 2 0 4
  1967 Pusingan 1 5/5 2 0 0 2 1 6
  1969 Separuh Akhir 3/5 3 2 0 1 4 5
  1971 Naib Juara 2/7 5 4 0 1 16 6
  1973 Tempat Ketiga 3/6 4 1 2 1 4 2
  1975 Naib Juara 2/4 3 1 1 1 3 3
  1977 Juara 1/7 5 4 0 1 24 3
  1979 1/5 5 3 2 0 4 0
  1981 Naib Juara 2/6 4 1 2 1 4 5
  1983 Tempat Ketiga 3/7 4 1 2 1 7 3
  1985 3/6 4 2 2 0 10 3
  1987 Naib Juara 2/6 4 1 2 1 4 3
  1989 Juara 1/8 5 5 0 0 11 2
  1991 Pusingan 1 5/7 3 1 0 2 2 4
  1993 5/9 4 2 0 2 13 5
  1995 7/10 4 1 1 2 9 5
  1997 7/10 4 2 0 2 5 5
  1999 5/10 4 2 0 2 10 10
Jumlah Terbaik: Juara 20/20 76 39 14 23 146 82

Nota: **Jalur berwarna merah menunjukkan kejohanan telah diadakan pada tempat sendiri.
Nota: Sejak tahun 2001, kejohanan ini menjadi kejohanan skuad bawah 23 tahun dan tidak
dianggap sebagai rekod pasukan kebangsaan, mahupun kaps diberikan.

Piala AFFSunting

Rekod Piala Tiger/Piala AFF/Piala AFF Suzuki
Tahun Pusingan Kedudukan BP M S K JG GB
  1996 Naib Juara 2/10 6 3 2 1 18 4
  1998 Pusingan 1 6/8 3 0 1 2 0 3
  2000 Tempat Ketiga 3/9 6 4 1 1 12 4
   2002 Tempat Keempat 4/9 5 2 1 2 9 5
   2004 Tempat Ketiga 3/10 7 5 0 2 14 9
   2007 Separuh Akhir 3/81 5 1 3 1 6 3
   2008 Pusingan 1 5/8 3 1 0 2 5 6
   2010 Juara 1/8 5 2 2 1 8 6
   2012 Separuh Akhir 4/8 5 2 1 2 7 7
   2014 Naib Juara 2/8 7 3 1 3 13 12
   2016 Pusingan 1 5/8 3 1 0 2 3 4
  2018 Naib Juara 2/10 8 3 3 2 11 8
Jumlah Terbaik: Juara 12/12 63 27 15 21 106 71

Nota: *Menunjukkan keputusan seri termasuk perlawanan yang ditentukan menerusi sepakan penalti.
Nota: **Jalur berwarna merah menunjukkan pasukan beraksi sebagai tuan rumah.
Nota: 1 Malaysia berkongsi tempat ketiga bersama Vietnam.

Perlawanan Antarabangsa FIFA 'A'Sunting

Di bawah adalah senarai perlawanan antarabangsa FIFA 'A', Malaysia telah bermain melawan pasukan diiktiraf FIFA.[24][25][26][27][28][29]

*Menandakan seri termasuklah perlawanan kalah mati memutuskan pada tendangan penalti.

Jadual dan Keputusan PerlawananSunting

      Menang       Seri       Kalah

2019Sunting

  • 1 Perlawanan antarabangsa Bukan FIFA 'A'

PemainSunting

Skuad terkiniSunting

Berikut adalah senarai 23 pemain yang dipanggil untuk menyertai pasukan dalam Kelayakan Piala Dunia FIFA 2022 – AFC Pusingan Kedua menentang Thailand dan Indonesia masing-masing pada 14 dan 19 November 2019.[33]

Kaps dan gol adalah betul setakat 14 November 2019, selepas perlawanan menentang Thailand.[34]

No. Pos. Pemain Tarikh Lahir (Umur) Kaps Gol Kelab
1 GK Farizal Marlias (1986-06-29) 29 Jun 1986 (umur 33) 45 0   Johor Darul Ta'zim
23 GK Haziq Nadzli (1998-01-06) 6 Januari 1998 (umur 21) 1 0   Johor Darul Ta'zim
22 GK Khairulazhan Khalid (1989-11-07) 7 November 1989 (umur 30) 11 0   Selangor
16 DF Syazwan Andik Ishak (1996-08-04) 4 Ogos 1996 (umur 23) 18 1   Johor Darul Ta'zim
5 DF Adam Nor Azlin (1996-01-05) 5 Januari 1996 (umur 23) 15 1   Johor Darul Ta'zim
7 DF Aidil Zafuan Radzak (Kapten) (1987-08-03) 3 Ogos 1987 (umur 32) 86 3   Johor Darul Ta'zim
6 DF La'Vere Corbin-Ong (1991-04-22) 22 April 1991 (umur 28) 9 1   Johor Darul Ta'zim
3 DF Shahrul Saad (1993-07-08) 8 Julai 1993 (umur 26) 39 4   Perak
4 DF Muhammad Syahmi Safari (1998-02-05) 5 Februari 1998 (umur 21) 17 1   Selangor
2 DF Matthew Davies (1995-02-07) 7 Februari 1995 (umur 24) 29 0   Pahang
18 DF Dominic Tan Jun Jin (1997-03-12) 12 Mac 1997 (umur 22) 2 0   Police Tero
14 MF Syamer Kutty Abba (1997-10-01) 1 Oktober 1997 (umur 22) 18 0   Johor Darul Ta'zim
12 MF Mohd Afiq Fazail (1994-09-29) 29 September 1994 (umur 25) 3 0   Johor Darul Ta'zim
17 MF Baddrol Bakhtiar (1988-02-01) 1 Februari 1988 (umur 31) 58 5   Kedah
15 MF Brendan Gan Seng Ling (1988-06-03) 3 Jun 1988 (umur 31) 14 1   Perak
8 MF Nor Azam Azih (1995-01-03) 3 Januari 1995 (umur 24) 12 0   Pahang
21 MF Danial Amier Norhisham (1997-03-27) 27 Mac 1997 (umur 22) 2 0   FELDA United
10 MF Azzizan Nordin (1994-03-07) 7 Mac 1994 (umur 25) 2 0   Sabah
11 FW Safawi Rasid (1997-03-05) 5 Mac 1997 (umur 22) 26 8   Johor Darul Ta'zim
19 FW Akhyar Rashid (1999-05-01) 1 Mei 1999 (umur 20) 22 4   Johor Darul Ta'zim
20 FW Muhammad Syafiq Ahmad (1995-06-28) 28 Jun 1995 (umur 24) 18 8   Johor Darul Ta'zim
13 FW Mohamadou Sumareh (1994-09-20) 20 September 1994 (umur 25) 18 6   Pahang
9 FW Norshahrul Idlan Talaha (1986-06-08) 8 Jun 1986 (umur 33) 79 14   Pahang

Senarai panggilanSunting

Pemain berikut adalah sebahagian daripada pemilihan negara pada 2019, tetapi bukan sebahagian daripada skuad semasa.

Pos. Pemain Tarikh Lahir (Umur) Kaps Gol Kelab Panggilan Terakhir
GK Hafizul Hakim (1993-03-30) 30 Mac 1993 (umur 26) 9 0   Perak Kelayakan Piala Dunia 2022 – Pusingan 2
GK Ifwat Akmal (1996-08-10) 10 Ogos 1996 (umur 23) 1 0   Kedah v.   Sri LankaINJ
GK Zarif Irfan (1995-02-21) 21 Februari 1995 (umur 24) 0 0   PKNS Kelayakan Piala Dunia 2022 – Pusingan 1
GK Khairul Fahmi (1989-01-07) 7 Januari 1989 (umur 30) 55 0   Melaka United Piala Airmarine 2019
DF Nazirul Naim (1993-04-06) 6 April 1993 (umur 26) 21 0   Perak v.   Tajikistan
DF Irfan Zakaria (1995-06-04) 4 Jun 1995 (umur 24) 12 1   Kuala Lumpur Kelayakan Piala Dunia 2022 – Pusingan 2
DF Rodney Celvin (1996-11-25) 25 November 1996 (umur 22) 0 0   PKNS Kelayakan Piala Dunia 2022 – Pusingan 1 PRE
DF Rizal Ghazali (1992-10-01) 1 Oktober 1992 (umur 27) 12 0   Kedah Piala Airmarine 2019
DF Latiff Suhaimi (1989-05-29) 29 Mei 1989 (umur 30) 3 0   Selangor Piala Airmarine 2019
DF Nicholas Swirad (1991-05-28) 28 Mei 1991 (umur 28) 0 0   PKNS Piala Airmarine 2019INJ
MF Abdul Halim Saari (1994-11-14) 14 November 1994 (umur 25) 4 0   Selangor Kelayakan Piala Dunia 2022 – Pusingan 2
MF Akram Mahinan (1993-01-19) 19 Januari 1993 (umur 26) 25 0   PKNS Kelayakan Piala Dunia 2022 – Pusingan 2
MF Faiz Nasir (1992-07-21) 21 Julai 1992 (umur 27) 3 2   Selangor v.   Jordan
MF D. Kenny Pallraj (1993-04-21) 21 April 1993 (umur 26) 7 0   Perak Kelayakan Piala Dunia 2022 – Pusingan 1
MF J. Partiban (1992-11-28) 28 November 1992 (umur 26) 2 0   Perak v.   Sri Lanka
MF Firdaus Saiyadi (1996-10-22) 22 Oktober 1996 (umur 23) 0 0   Perak Piala Airmarine 2019PRE
FW Hadin Azman (1994-07-02) 2 Julai 1994 (umur 25) 9 1   FELDA United Kelayakan Piala Dunia 2022 – Pusingan 2
FW Hazwan Bakri (1991-06-19) 19 Jun 1991 (umur 28) 32 7   Johor Darul Ta'zim v.   Jordan
FW Jafri Chew (1997-06-11) 11 Jun 1997 (umur 22) 0 0   PKNS v.   Jordan
FW Faisal Halim (1998-01-07) 7 Januari 1998 (umur 21) 1 0   Pahang Kelayakan Piala Dunia 2022 – Pusingan 1
FW Syazwan Zainon (1989-11-13) 13 November 1989 (umur 30) 19 2   Selangor Kelayakan Piala Dunia 2022 – Pusingan 1
FW Zaquan Adha Radzak (1987-08-03) 3 Ogos 1987 (umur 32) 45 12   Kedah Piala Airmarine 2019
FW S. Kumaahran (1996-07-03) 3 Julai 1996 (umur 23) 5 0   Johor Darul Ta'zim II Piala Airmarine 2019
FW Hafiz Ramdan (1993-06-28) 28 Jun 1993 (umur 26) 0 0   PKNP Piala Airmarine 2019PRE
FW Shahrel Fikri (1994-10-17) 17 Oktober 1994 (umur 25) 15 5   Perak v.   Tajikistan
FW Farhan Roslan (1996-12-03) 3 Disember 1996 (umur 22) 0 0   Kedah v.   Tajikistan

Nota:

  • INJ Mengundurkan diri dari skuad kerana kecederaan
  • PRE Skuad awal

Skuad terdahuluSunting

Kejohanan Bola Sepak ASEAN

Piala Asia AFC

Sukan Olimpik

Kakitangan kejurulatihanSunting

Senarai di bawah menunjukkan kakitangan yang berdaftar secara rasmi untuk Pasukan Senior Malaysia.[35]

Pengarah Teknikal   Peter de Roo
Pengurus   Datuk Hamidin Amin
Penolong Pengurus   Datuk Dr Mohd Satim Diman
Ketua Jurulatih   Tan Cheng Hoe
Penolong Jurulatih 1   S. Balachandran
Penolong Jurulatih 2
Jurulatih Penjaga Gol   Azmin Azram Abdul Aziz
Jurulatih Kecergasan   Martin Stano

JurulatihSunting

1.  – menguruskan pasukan secara sekali saja sebagai penjaga pengurus

KepujianSunting

BenuaSunting

SerantauSunting

JemputanSunting

  • Kejohanan Hari Kebangsaan Vietnam Selatan[37]
  •   Juara (1): 1971
*Juara bersama

NotaSunting

  1. ^ Keputusan dikira sejak selepas pembentukan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.[6]
  2. ^ Perlawanan rumah Malaysia melawan Timor-Leste, yang pada asalnya dimainkan pada 6 Jun 2019, kemudian ditangguhkan kerana sambutan Hari Raya Aidilfitri berikutan permintaan daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia.[30]
  3. ^ Timor-Leste bermain rumah mereka menentang Malaysia di negara ini kerana kekurangan tempat yang sesuai di negara mereka.[31]
  1. ^ TTimor-Leste bermain perlawanan rumah mereka menentang Malaysia di negara ini kerana kekurangan tempat yang sesuai di negara mereka.[32]

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ a b Tengku: A real feast of soccer – The Straits Times, 9 August 1963, Page 17.
  1. ^ Farizal dapat lilitan kapten Dicapai pada 13 Jun 2019
  2. ^ Watch Youtube = COMMITTED TO THE GAME – Dato' Soh Chin Aun Dicapai pada 8 Mei 2011
  3. ^ Hall of Frame : The Late Mokhtar Dahari Dicapai pada 10 Jun 2011
  4. ^ "The FIFA/Coca-Cola World Ranking". FIFA. 24 Oktober 2019. Dicapai 24 Oktober 2019. 
  5. ^ "Perlawanan Tanah Melayu, penilaian dan mata ditukar". World Football Elo Ratings: Malaysia. Dicapai 25 November 2016. 
  6. ^ "Malaysia matches, ratings and points exchanged". World Football Elo Ratings: Malaysia. Dicapai 24 November 2016. 
  7. ^ New Straits Times (Inggeris)
  8. ^ a b "The Malaysian Football Story – Again", Mysinchew.com, 29 Jun 2008.
  9. ^ MAJID MISSES A PENALTY AND MALAYSIA CRASH – The Straits Times, 9 August 1963. (Inggeris)
  10. ^ Sabah FA: Give us a chance – The Straits Times, 10 June 1977. (Inggeris)
  11. ^ FAM now look East for fresh soccer talent – The Straits Times, 8 June 1977. (Inggeris)
  12. ^ Sabahan may be Mokhtar's replacement – The Straits Times, 2 December 1976. (Inggeris)
  13. ^ "Teong Kim says sad state of affairs due to lack of infrastructure", TheStar.com, 20 Julai 2007.
  14. ^ Bicskei Bertalan feláll a malajziai kispadról (Hungary)
  15. ^ "FAM Pecat Jurulatih Dan Pengurus Pasukan Kebangsaan",BERNAMA, 1 Februari 2009.
  16. ^ Coach Rajagopal urges Malaysians to support team irrespective of results
  17. ^ Malaysia Trounce Zimbabwe
  18. ^ Malaysia wins SEA Games
  19. ^ "Malaysia enter last 16 but crippled by injuries and suspensions". The Star. November 14, 2010. Dicapai 2010-11-14. 
  20. ^ "Indonesia tunduk", Utusan Malaysia. 14 Jun 2009.
  21. ^ "Football: Malaysia Edge Vietnam To Enter AFF Cup Final After 14 Years". Bernama. Dicapai 2010-12-19. 
  22. ^ [1]
  23. ^ Malaysia National Kit 2011–2012, Made for 2010 AFF Suzuki Cup
  24. ^ FIFA.Com – Malaysia – Fixtures and Result Retrieved at 16 January 2011
  25. ^ World Football Elo Ratings: Malaysia Retrieved at 17 January 2011
  26. ^ Malaysia International Matches 1953–2000 Retrieved at 17 January 2011
  27. ^ Results of Malaysia 1953–2001 Retrieved at 17 January 2011
  28. ^ Results and fixtures of Malaysia Retrieved at 18 January 2011
  29. ^ Results and fixtures of Malaya Retrieved at 18 January 2011
  30. ^ "Venue for Malaysia-Timor Leste second leg confirmed". Goal.com. 10 May 2019. 
  31. ^ "Timor-Leste yet to confirm venue for 2022 FIFA World Cup Qualifiers game against Malaysia – AFC". Fox Sports Asia. 3 May 2019. 
  32. ^ "Timor-Leste yet to confirm venue for 2022 FIFA World Cup Qualifiers game against Malaysia – AFC". Fox Sports Asia. 3 May 2019. 
  33. ^ "SENARAI 26 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT SKUAD HARIMAU MALAYA MENJELANG AKSI BERTEMU TAJIKISTAN, THAILAND & INDONESIA" (dalam bahasa Malay). Football Association of Malaysia. 2019-10-30. Dicapai 2019-10-30. 
  34. ^ Malaysia World Cup, Asian Cup qualifier squad international caps and goals.
  35. ^ FAM - National Senior Team Dicapai pada 13 Ogos 2011
  36. ^ "Vingada Appointed National Team Head Coach". Football Association of Malaysia (FAM). 15 May 2017. Dicapai 15 May 2017. 
  37. ^ Quoc Khanh Cup
  38. ^ President's Gold Cup


Pautan luarSunting

GelaranSunting

Didahului oleh
1959
 
Vietnam Selatan
Juara Sukan SEA
1961
(Gelaran pertama)
Diikuti oleh:
1963
Tidak diadakan
Didahului oleh
1975
 
Thailand
Juara Sukan SEA
1977
(Gelaran kedua)
1979
(Gelaran ketiga)
Diikuti oleh:
1981
 
Thailand
Didahului oleh
1987
 
Indonesia
Juara Sukan SEA
1989
(Gelaran keempat)
Diikuti oleh:
1991
 
Indonesia
Didahului oleh
2008
 
Vietnam
Juara Piala ASEAN
2010
(Gelaran pertama)
Diikuti oleh:
2012
 
Singapura