Ultras Malaya

Penyokong tegar Harimau Malaya (Pasukan Bolasepak Malaysia -F.A.M)

Ultras Malaya ialah kumpulan penyokong setia untuk Pasukan Bola Sepak Kebangsaan Malaysia. Mereka juga dikenali sebagai pemain ke-12 atau dengan jolokan ekor Harimau Malaya.[perlu rujukan] Seperti gerakan ultras lain di dunia, mereka akan menyokong sepenuh jiwa untuk pasukan Malaysia dan akan berdiri selama 90 minit dalam perlawanan. Uniknya Ultras Malaya, mereka mempunyai kerangka yang sesuai untuk di Malaysia sahaja. Antaranya ialah tiada wanita dan tiada kanak-kanak dalam curve mereka .

Ultras Malaya
Kerangka
KependekanUM'07
Cogan kataUntil The Last Rebel
Jenis/bentuk sahKumpulan Peminat Bola Sepak Negara
Keanggotaan Lebih 50,000 Ahli
Tapak web Facebook
Twitter
Sejarah
Dibentuk2007; 17 tahun yang lalu (2007)[1]
Pengurusan
Persatuan Bola SepakMalaysia Malaysia
CapoMalaysia Mohd Ridzuan "Lekir" Haji Ahmad
Subsidiari
  • North Borneo Ultras (Sabah)
  • Ultras Nogori 9 (Negeri Sembilan)
  • Ultras Panthers (Pulau Pinang)
  • Ultras Taming Sari (Melaka)
  • Ultras Tranung (Terengganu)
  • Ultras Kedah (Kedah)
  • Silver State Ultras (Perak)
  • Gate H Boys (Kelantan)
  • Kuala Lumpur Utras (Kuala Lumpur)
  • UltraSel Curva (Selangor)
  • Elephant Army (Pahang)
  • Brigate Gialloblu Perlis (Perlis)
  • Gallore Buceros 13 (Sarawak)
Lokasi
Ibu pejabatStadium Bukit Jalil
Lokasi
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sejarah Penubuhan

Ultras Malaya atau lebih dikenali sebagai UM07 (Ultras Malaya 07) telah ditubuhkan pada tahun 2007 oleh beberapa penyokong tempatan yang telah bergabung dengan penyokong fanatik. Ultras Malaya pada mulanya hanya mempunyai seramai lebih kurang 20 penyokong setia terdiri daripada Capo (ketua), Curva crew - CC (pembantu ketua) dan Komrad (ahli). Mereka membentuk Ultras Malaya ketika pasukan Malaysia menghadapi Piala Asia 2007 yang diadakan di Malaysia. Walaupun pasukan kebangsaan Malaysia tidak mampu memberikan prestasi yang terbaik, Ultras Malaya masih setia menyokong pasukan kebangsaan.

Semenjak penubuhannya, walaupun prestasi skuad Malaysia terumbang-ambing, UM07 terus setia memberikan sokongan walau di mana sahaja skuad Malaysia berada. Selepas kegagalan pasukan kebangsaan untuk melayakkan diri di Piala Asia 2011, Malaysia tidak mempunyai banyak penyokong kerana prestasi yang sangat mengecewakan. Pada masa itu, UM07 mempunyai lebih kurang 50 penyokong dan masih setia dan terus memberikan sokongan kepada skuad negara.

Selepas pasukan Malaysia berjaya meraih pingat emas di Sukan Asia Tenggara 2009, senario bola sepak Malaysia telah menjadi lebih baik berbanding sebelum ini dengan lebih banyak penambahbaikan dibuat dalam Liga Super Malaysia. Kebanyakan peminat mula menyertai UM07 untuk menunjukkan sokongan kepada skuad negara.

Mengkritik FAM

Kritikan dan ketegangan berlaku apabila Malaysia gagal dalam saingan kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium Shah Alam pada tahun 2015. Kumpulan Ultras Malaya telah membuat tindakan provokasi terhadap FAM di dalam stadium Shah Alam dan menyebabkan pihak FAM mungkin akan dikenakan tindakan disiplin dari pihak FIFA.

Kenyataan Bekas Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC),[2] Peter Velappan berkata, akibat tindakan liar penyokong Ultras Malaya sewaktu perlawanan menentang Arab Saudi dalam perlawanan Kumpulan A itu, Harimau Malaya hampir pasti diberikan kekalahan 0-3 dan lebih teruk lagi dikenakan hukuman bermain di stadium tanpa penonton sehingga tiga perlawanan, sementara FAM akan dikenakan denda kewangan. Selain membuat provokasi membakar suar, mereka juga melaungkan sorakan "FAM BANGSAT" dan berkumpul di perkarangan VIP stadium sehingga pihak polis terpaksa menahan 2 orang dari kumpulan Ultras Malaya ini dan di bawa ke muka pengadilan.[3][4]

Dikritik

Selepas peristiwa di Stadium Shah Alam, Ultras Malaya telah dikritik oleh sebilangan media dan pengurusan badan sukan negara. Mereka telah dilabel sebagai "Hooligans", perusuh dan telah memalukan negara dengan tindakan mereka. Malah, pihak kerajaan juga telah menghalang beberapa pemimpin dan orang kuat Ultras Malaya dari memasuki stadium dalam pertandingan yang melibatkan pasukan kebangsaan.


TMJ Presiden FAM ingin berjumpa budak topi merah

Setelah perubahan tampuk pentadbiran FAM, Tengku Mahkota Johor (TMJ) di perlawanan pasukan malaysia di Hong Kong telah mengeluarkan kenyataan ingin berjumpa budak topi merah. Kenyataan TMJ "“Yang budak topi merah tu, aku nak jumpa dia..” - TMJ selepas kumpulan Ultras Malaya bersorak "FAM BANGSAT". Dalam pertemuan itu, TMJ menyatakan hasrat ingin menaja kumpulan ini kerana beranggapan kumpulan ini bersikap sebegitu kerana tidak mendapat tajaan.

Sokongan dan dorongan

Pada 2016 hingga 2018, pengaruh dan kelibat Ultras Malaya memberi sokongan kepada pasukan kebangsaan Malaysia semakin menampakkan kesan. Hal ini kerana mereka telah berjaya menaikkan semangat para pemain di padang dengan sorakan tanpa henti walaupun pasukan menghadapi kekalahan. Ketiadaan mereka amat dirasai sewaktu perlawanan akhir pasukan bawah 23 tahun negara kendalian Datuk Ong Kim Swee dalam kejohanan AFC B-23 di stadium Shah Alam sehinggakan kehadiran mereka amat ditagih bagi memberi semangat kepada para pemain di padang.

Pada perlawanan akhir Sukan Sea 2017, Ultras Malaya sebulat suara memboikot kejohanan yang melibatkan pasukan kebangsaan ini untuk menunjukkan protes terhadap jualan tiket yang tidak adil dan betul dibuat oleh pihak penganjur dan FAM. Perkara ini telah memberi kesan kepada perlawanan dan peminat bola sepak tempatan yang amat terasa kehilangan sorakan Ultras Malaya di stadium. [5] [6] [7] [8]

Keahlian

Ahli Ultras Malaya mula meningkat perlahan-lahan dari tahun ke tahun sehingga kemuncaknya pada Piala Suzuki AFF 2014 yang mana dianggarkan Komrad telah mencecah puluhan ribu. Keahlian UM07 telah berkembang dari semasa ke semasa dengan tertubuhnya divisyen-divisyen Sub-Ultras setiap negeri, iaitu :

Kelab Nama Penyokong Liga Tarikh Pembentukan
  Kedah Darul Aman Ultras Kedah 09 Liga Super 29 Disember 2009[9]
  Kelantan Gate H Boys Liga M3 2010[10]
  Kuala Lumpur City Kuala Lumpur Ultras / Cityboys Liga Super 28 Februari 2011[11]
  Melaka United Ultras Taming Sari Kelab Dibubarkan 11 Januari 2011[12]
  Negeri Sembilan Ultras Nogori 9 Liga Super 15 Mei 2010[13]
  Pulau Pinang Ultras Panthers Liga Super 2011[14]
  Perak Silver State Ultras / The Supporters Liga Super April 2009[15]
  Perlis FA Brigate Gialloblu Perlis Kelab Dibubarkan 2010 atau 2011[16]
  Sabah North Borneo Ultras Liga Super 5 April 2011[17]
  Sarawak FA / Sarawak United GB13 Liga M3[18] 2011[19][20]
  Selangor UltraSel Curva Liga Super 2010[21]
  Sri Pahang Elephant Army Liga Super 3 Februari 2010[22][23]
  Terengganu Ultras Tranung Liga Super 2010[24]


Etika pemakaian UM07 adalah berbaju Hitam, memakai mafla dan sentiasa berkasut. Wanita tidak dibenarkan berada di Curva atas faktor keselamatan dan tidak ada sebarang rakaman ataupun selfie dibenarkan ketika berada di Curva. Akhir sekali, Komrad perlulah sentiasa bersorak dengan sepenuh hati dan jiwa demi negara Malaysia.

Tajaan

UM07 tidak ditaja oleh mana-mana pihak. Sumber kewangan UM07 adalah hasil daripada penjualan barangan Ultras dan sepenuhnya daripada kewangan Komrad sendiri. UM07 juga mempunyai lebih daripada 20 chant atau lagu. Chant yang terkenal antaranya adalah "Selamanya Harimau Malaya", "Demi Malaysia", "Sehati Sejiwa", "Kau Kebanggaanku" dan juga chant terbaru UM07, "Ekor Harimau Sejati" dan "Bangkitlah Pahlawanku". Bagi peralatan pula, drumline adalah hasil gabungan drumline Ultras negeri dan panji-panji petualang adalah sepenuhnya daripada Ultras Malaya.


Capo

Capo dalam konteks ultras adalah seorang ketua yang mengepalai kumpulan Ultras Malaya. Tugas utama capo adalah mengetuai & menjayakan agenda Ultras Malaya seperti tifo, nyanyian dan pergerakan. Ianya tidak tetap dan akan berganti, namun hanya ada seorang capo dalam setiap perlawanan.

Curva Crew

Curva Crew atau CC bertugas membantu capo dalam memastikan kelancaran nyanyian dan keadaan, selain memastikan keselamatan diambil peduli. Tugas mereka juga untuk memastikan setiap komrad mematuhi etika kurva

Komrad

Ahli yang mengikuti kata kata Capo dan Curva Crew dan Berdiri 90 minit

Etika di kurva

Sebagai komrad ultras anda perlu mematuhi etika yang telah digariskan bagi menjayakan gerak dan sorakan supaya bersepadu dan sistematik. Etika sebagai komrad adalah:

  1. Perlu memakai pakaian berwarna hitam dan memakai kasut
  2. Tiada wanita di dalam curva
  3. Perlu mematuhi arahan Capo sepanjang di dalam curva
  4. jangan merakam ketika berada di dalam curva
  5. Menyokong dengan sepenuh hati

Sorakan

1. CHANT BANGKIT BERSAMA

Ayuh bangkit bersamaa
Demi nusa dan bangsaa
Kan ku julang namamu
Oh Tanah airku
Malaysia yang satu

Kan ku julang namamu
Oh Tanah airku
Malaysia yang satu
Malaysiaaaaaa
OoooooOoooooOooooo

2. CHANT EKOR SEJATI

Harimau Malaya,
Kami selalu ada,
Walau dimana berada,
Kami disini,
Terus menjadi,
Ekor harimau sejati
Woo ooo
Woo ooo
Woo ooo oo,
Woo ooo,
Woo ooo,
Ekor harimau sejati


3.CHANT TAKLUK ASIA

Perwiraku teruskan berjuang,

Kami di sini setia bersama,

Takluk Asia dan juga juara,

Selama-lamanya

Ohh.. ohh..

Ohh.. ohh..

Ohh.. ohh..


4.CHANT JUANGLAH MALAYSIAKU

Juanglah Malaysiaku,

Semarakkan jiwa ragamu,

Hitam kuning kebanggaan ku,

Selamanya kau di hatiku

ooo..oooo..

laaa..laaaa laaaa

Bangkitlah pahlawanku,

Usah gentar pada musuhmu,

Teruskan perjuanganmu ,

Hapuskan musuh musuhmu.

ooo..oooo..laaa..laaaa laaaa


5.CHANT DEMI MALAYSIA

Ayuh semua penyokong,

Satukan hatimu,

Tinggikan sorakkanmu,

Demi Malaysia,

oohh oohh..

Demi Malaysia,

oohh oohh..

Demi Malaysia,

oohh oohh..


6.CHANT SEHATI SEJIWA

Kami turun ke stadium sehati sejiwa,

Kami turun ke stadium sehati sejiwa,

Malaysia (tanpa bunyi uuk uuk uuk)

Malaysia (tanpa bunyi uuk uuk uuk)

Sehati sejiwa (tanpa echo jiwa jiwa)


7.CHANT KAU KEBANGGAANKU

Oh Malaysia,

Kita bersaudara,

Oh Malaysia,

Satukan jiwamu,

Selamanya Harimau Malaya,

Selagi kita bernyawa,

Oh Malaysia,

Kau kebangaanku,

Sha..lala..oohh..oohh,

Sha..lala..oohh..oohh,

Oohh..oohh,

Satukan jiwamu.

[25] [26] [27] [28] [29] [30]

Rujukan

  1. ^ "Bangkitkan Semangat Harimau Malaya". Berita Harian. Dicapai pada 29 July 2022.
  2. ^ FAM berdepan hukuman berat
  3. ^ https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2015/09/15/dua-penyokong-ultras-didakwa
  4. ^ https://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/fam-berdepan-hukuman-berat-fifa-1.133938
  5. ^ https://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/ultras-malaya-boikot-1.520865
  6. ^ http://www.astroawani.com/berita-sukan/curva-ultras-malaya-merajuk-hanya-gara-gara-pemain-ke-12-153730
  7. ^ https://suara.tv/29/08/2017/protes-isu-tiket-ultras-malaya-boikot-aksi-final-malaysia-vs-thailand/
  8. ^ https://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/malaysia-tagih-sokongan-ultras-1.868372
  9. ^ "Ultras Kedah 2009 - UK09". www.facebook.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-07-31.
  10. ^ "Gate H Boys (Ultras Kelate) | Facebook". www.facebook.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-07-31.
  11. ^ "Kuala Lumpur Ultras: ABOUT US". Kuala Lumpur Ultras. Dicapai pada 2022-07-31.
  12. ^ "Ultras Taming Sari tulang belakang Melaka United". www.stadiumastro.com. Dicapai pada 2022-07-31.
  13. ^ "Ultras Nogori 9 - Logo ini telah didaftarkan hak rekacipta. Sebarang peniruan tanpa kebenaran dari pihak UN9 adalah DILARANG! | Facebook". www.facebook.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-07-31.
  14. ^ "Green Terrace Comrades UP'11". www.facebook.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-07-31.
  15. ^ Bola, Inform- (27 January 2012). "Silverstate Ultras Kumpulan Penyokong Terbaik Di Malaysia ? | Inform Bola". Silverstate Ultras Kumpulan Penyokong Terbaik Di Malaysia ? | Inform Bola. Dicapai pada 2022-07-31.
  16. ^ "History Of bGb Perlis - Ultras Perlis" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-07-31.
  17. ^ "North Borneo Ultras". www.facebook.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-07-31.
  18. ^ Sarawak United
  19. ^ Lugard, Gary (2017-02-24). "GB13, Ultras Yang Tidak Pernah Jemu Demi Bujang Senang". Semuanya BOLA (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-07-31.
  20. ^ "GB13". www.facebook.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-07-31.
  21. ^ "Kebangaan". ultraSel. Dicapai pada 2022-07-31.
  22. ^ "Elephant Army - Ultras Pahang: Siapa EA?". Elephant Army - Ultras Pahang. Dicapai pada 2022-07-31.
  23. ^ Interview: THIS IS ELEPHANT ARMY (Ultras Pahang, Malaysia) (dalam bahasa Inggeris), dicapai pada 2022-07-31
  24. ^ "Ultras Tranung". www.facebook.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-07-31.
  25. ^ Laman Web Lagu Ultras Malaya
  26. ^ Berita Harian
  27. ^ Laman Facebook UM'7
  28. ^ Ultras aff cup - foxsport asia
  29. ^ Aksi final tanpa ultras malaya - mstar
  30. ^ sunyi tanpa ultras - metro