Buka menu utama

Melaka United

pertubuhan bola sepak Melaka. Dulu dikenali sebagai Melaka FA

Melaka United Soccer Association merupakan sebuah kelab bola sepak profesional di Bandar Melaka. Kelab yang ditubuhkan semenjak dari tahun 1924 ini telah menggunakan Stadium Kubu atau nama rasminya kini sebagai Stadium Hang Tuah sebagai gelanggang rasmi sebelum berpindah ke Stadium Hang Jebat di Paya Rumput berdekatan Krubong. Stadium baru ini telah dibina untuk kegunaan Sukan SUKMA di Melaka pada tahun 2010. Kelab ini diuruskan oleh Persatuan Bolasepak Melaka Bersatu (Terjemahan Inggeris: Melaka United Soccer Association) dan telah dihantar untuk bertanding dalam Liga Malaysia bagi mewakili negeri Melaka.

Melaka United
Nama penuhMelaka United Soccer Association (Persatuan Bola Sepak Melaka Bersatu)[1]
GelaranHang Tuah
Sang Kancil
Nama pendekMU, MUSA
Diasaskan1924; 95 tahun yang lalu (1924) sebagai Malacca A.F.A.
StadiumStadium Hang Jebat
(Muatan: 40,000)
PresidenAdly Zahari
PengurusMohd. Yusoff Mahadi
JurulatihZainal Abidin Hassan
LigaLiga Super Malaysia
2018Ke-7
Tapak sesawangLaman kelab
tuan rumah
tempat lawan

Kelab ini kini bertanding dalam liga teratas dalam arena bola sepak Malaysia iaitu Liga Super Malaysia 2017 setelah dinaikkan liga sebagai juara dari Liga Premier Malaysia 2016. Kelab ini dahulunya dikenali sebagai Melaka atau nama penuhnya Melaka FA sebelum dijenamakan semula bermula Ogos 2013 sebagai Melaka United di mana penjenamaan kelab akan digunakan sepenuhnya bermula dari musim 2014[2][3]. Nama timangan bagi Melaka United sebelum ini adalah Sang Kancil sebelum ditukar kepada skuad Hang Tuah di mana panggilan ini sinonim dengan kekuatan dan kebijaksanaan.

Kit pasukan tuan rumah bagi Melaka United adalah berwarna hijau dan putih di mana warna ini merupakan warna keramat dan ikonik bagi bola sepak Melaka. Lencana ataupun logo pasukan ini sudah lama tidak ditukar dan sempena kebangkitan kelab ini ke Liga Perdana Malaysia, logo baru telah diperkenalkan dalam usaha untuk menjenamakan semula dan memodernkan imej pasukan. Logo lama pasukan masih akan digunakan sebagai logo bagi persatuan iaitu Melaka United Soccer Association ataupun MUSA yang akan menguruskan pasukan Melaka United di mana logo berkenaan telah diperkenalkan semenjak awal 1940an dan logo batu akan digunakan oleh pasukan dalam perlawanan liga.

Isi kandungan

SejarahSunting

Kelab ini telah berada dalam prestasi terumbang-ambing sejak Liga Perdana Malaysia diberkenalkan pada tahun 2004 di mana Melaka United bermain untuk tiga musim dan telah dinaikkan ke liga utama Liga Super Malaysia sebelum diturunkan liga semula dalam musim pertamanya. Setelah itu, pasukan ini meneruskan cabaran dengan berjuang dari penyingkiran dalam Liga Perdana Malaysia untuk tiga musim berikutnya sebelum tumpas dan disingkirkan pada tahun 2010 ke liga tahap tiga Liga FAM Malaysia di mana pasukan ini secara konsisten beraksi untuk lima tahun berturut-turut sebelum berjaya untuk kembali semula ke Liga Perdana Malaysia pada tahun 2016 setelah menjadi juara Liga FAM Malaysia 2015.

Sebelum menjuarai Liga FAM pada tahun 2015, pasukan ini telah berada dalam situasi kehausan kejuaraan untuk 32 tahun di mana kali terakhir pasukan ini menjuarai liga tahap utama Malaysia adalah pada tahun 1983 di mana mereka menjuari Liga Perdana 1[4][5].


StadiumSunting

Rencana utama: Stadium Hang Jebat
Stadium Hang Jebat
Hang Jebat Stadium
ستاديوم هڠ جيبت
 
Stadium Hang Jebat ketika perlawanan bola sepak Melaka United.
LokasiKrubong, Melaka, Malaysia
Koordinat2°17′21″N 102°13′59″E / 2.28908°N 102.233094°E / 2.28908; 102.233094
Dibuka2004
PemilikPerbadanan Stadium Melaka
PengendaliPersatuan Bola Sepak Melaka United
PermukaanPadang Rumput
Trek
Kapasiti40,000
Dimensi padang105 m × 68 m (344 ka × 223 ka)
Penyewa
Melaka United (2005–sekarang)
Sukan Sukma (2010)
Harimau Muda B (2015)

Melaka United sekarang menggunakan Stadium Hang Jebat di Krubong, Melaka. Kapasiti stadium ini adalah seramai 40,000 penonton pada satu-satu masa. Selain dari kemudahan padang bola sepak, stadium ini juga mempunyai kemudahan trek larian.

Logo dan warnaSunting

Sunting

Melaka United mempunyai satu lencana utama sebelum ini. Lencana pertama ini, telah digunakan oleh kelab dari zaman penubuhannya di mana lencana ini mempunyai gambar Pokok Melaka yang merupakan logo terkenal berkenaan penubuhan negeri Melaka dan logo berkenaan telah digunakan lebih dari setengah abad. Setelah kejayaan kelab ke liga tahap dua, mereka memulakan usaha untuk memodenkan pasukan dengan menggantikan logo lama dengan logo baru yang lebih terkini sebagai logo baru kelab.

WarnaSunting

Melaka United selalu menggunakan warna hijau dan putih untuk baju sebagai kit tuan rumah di mana warna ini merupakan warna keramat dan ikonik bagi bola sepak Melaka selain warna ini berbeza dan jarang digunakan oleh pasukan-pasukan lain dalam liga di Malaysia.

Warna kit pasukan Melaka United ketika bertandang ke tempat lawan pula adalah variasi dari warna putih dan hijau ataupun pelbagai kombinasi warna biru, merah, dan kuning di mana warna berkenaan melambangkan warna-warna dari bendera Melaka.

PenyokongSunting

Melaka United merupakan kelab yang paling di sokong di Melaka. Penyokong tradisional Melaka United hadir dari kalangan penduduk di sekitar Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin. Terdapat juga pelbagai kelab penyokong di Melaka dan Malaysia.

Ultras Taming Sari (UTS) adalah antara penyokong tegar bagi kelab Melaka United dan secara umum untuk kelab-kelab bola sepak di negeri Melaka merangkap sekutu Ultras Malaya (UM) di negeri berkenaan. Ditubuhkan secara rasmi pada 11.1.2011 di Stadium Hang Tuah (Stadium Kubu) di mana misi UTS adalah bagi mengembalikan kemeriahan bola sepak Melaka yang sebelum ini semakin merundum semenjak jatuh ke Liga FAM.

PersainganSunting

Melaka United mempunyai sejarah lama persaingan dengan kelab-kelab negeri dan daerah-daerah sekitar Selangor, Negeri Sembilan and Johor[6][7][8].

Pemilikan dan KewanganSunting

Kelab ini telah ditubuhkan semenjak 1924 dan dimiliki oleh Melaka United Soccer Association di mana kelab ini mendapat sokongan kewangan oleh kerajaan negeri di samping pihak penaja korporat.

TajaanSunting

Kit baju pasukan Melaka United telah dikilangkan oleh Kronos semenjak 2014, di mana mereka telah dikontrakkan untuk membekalkan baju bagi pasukan ini dari 2014 hingga 2015. Perkongsian ini telah diteruskan bagi dua tahun mendatang sehingga 2017.

Penaja utama baju bagi Melaka United kini merupakan Mamee. Kelab ini juga mempunyai pelbagai penaja lain dan rakan kongsi seperti Edra Global Energy Bhd yang telah menaja pasukan sebanyak RM 5 juta untuk musim 2016[9][10].

KitSunting

Musim Pengeluar Kit Penaja Jersi
1980   Umbro
1981   Schwarzenbach
1982–83   Schwarzenbach
1984
1985 Gold Flake
1986    Topper    Topper
1987 CW
1988   Diadora
1989   ASICS   Dunhill /   EON
1990   Lotto
1991–92   Cheetah
1993 ClubMan
1994–97   Mizuno   Dunhill
1998   Dunhill /   Gibca Holdings
1999–2000   J-King   Dunhill
2001   Mikasa   Dunhill /   Mikasa
2002–03   Kronos   Dunhill /   Kronos
2004   Admiral   Dunhill /   Admiral
2005   ASICS   Celcom /   ASICS
2005/06   Lotto   TM Net /   Creative Technology Limited
2006/07   Figos   TM /   Cubic
2006/07   Joma   TM
2007/08    Ambros   Celcom / Metaforce
2009   Kika   Streamyx
2010   Shemsy   TM
2011   Kappa   Interpacific
2012    Ambros    Ambros
2013   Arora
2014   Kronos   Mamee /   KAJ
2015   Mamee
2016   Edra /   Mamee
2017    Edra CGN /   Tag Marine
2018   Warrix    EDRA CGN
2019   Warrix    EDRA 中广核 CGN

PemainSunting

Senarai Skuad TerkiniSunting

Sehingga 26 January 2019
No. Posisi Pemain
1   GK Syafizullah Wahab
3   DF Faizal Muhamad
5   MF Faris Shah Rosli
6   DF Jang Suk-won
7   MF Darko Marković
8   MF Safiq Rahim
9   FW Anselmo Casagrande
10   MF Liridon Krasniqi
11   FW Patrick Reichelt
12   MF Shukor Adan (Kapten)
13   DF Razman Roslan
14   FW Kavishkumar Manimaharan U22
15   MF Raimi Nor
No. Posisi Pemain
16   MF Saiful Ridzuwan Selamat
17   FW Nurshamil Abd Ghani
18   DF Wan Amirul Afiq Wan Abdul Rahman
19   GK Khairul Fahmi Che Mat
20   MF Nazrin Nawi
21   GK Oscar Wong Tse Yeung
22   FW Ramzi Haziq Mohamad
23   DF Zharif Desa
24   FW R. Gopinathan
26   DF Ubaidullah Rahman
27   DF Ahmad Khuzaimi bin Piee
28   FW Wan Shukri Wan Ahmad
29   MF Deevan Raj Siva Balan

Ketua jurulatihSunting

Tahun Jurulatih
Nov 2018 –   Zainal Abidin Hassan
Jun 2017 – Oktober 2018   Eduardo Almeida
November 2016 – Mei 2017   Eric Williams
September 2014 – Oktober 2016   Mat Zan Mat Aris
Oktober 2013 – Ogos 2013   Ladislav Totkovič
April 2013 – Oktober 2013   Hashim Abdullah
Januari 2013 – April 2013   Mohd Asri Ninggal
2012-2013   G. Selvamohan
2011-2012   Manja Man
2010-2011   Mahathir Taha
2009-2010   Abdul Rahim Abdullah
2008-2009   Mohd Nik Sham Abdullah
2007-2008   Ramli Junit
2007   K. Devan
2005-2006   E. Elavarasan
2005   Ong Kim Swee
2000-2001   Ramli Junit
1999   G. Torairaju
1998   Mohd Shah Alias Norbit
1997   Mahathir Taha

Organisasi PasukanSunting

Barisan kejurulatihan dan stafSunting

  • Pengurus : Datuk Mohd Yusoff Bin Hj Mahadi
  • Penolong Pengurus : Md Noor Md Derus
  • Setiausaha : Muzzairen Bin Rahman
  • Ketua Jurulatih : Zainal Abidin Hassan
  • Penolong Jurulatih 1 : Norizam Bin Ali Hassan
  • Penolong Jurulatih 2 : Tiada
  • Jurulatih Penjaga Gol : Mazlan Wahid
  • Ahli Fisioterapi : Tiada
  • Kitman : Tiada
  • Kitman / Cameraman : Tiada

PengurusSunting

Tahun Pengurus
November 2013- sekarang   Datuk Mohd Yusoff Hj Mahadi
April 2013- November 2013   Datuk Wira Ir. Idris Haron
2011- April 2013   Datuk Mohd Yunos Husin
2009-2010   Abdul Malik Kassim
2008-2009   Mohd Yazid Khamis
2006-2008   Karim Yaakob
2005   Datuk Chua Peng Song
1999-2002   Datuk Ibrahim Durum

Bekas pemainSunting

RekodSunting

DomestikSunting

Kejohanan Juara Naib Juara
Divisyen 1/Perdana 1/Liga Perdana 1983 2005
Liga FAM Malaysia 2015 1957, 1958

BeliaSunting

Kejohanan Juara Naib Juara
Piala Presiden Malaysia 1993 1990

AsiaSunting

1986: Peringkat Kelayakan


Liga NegeriSunting

Liga Melaka (dulu dikenali sebagai Liga MAFA) adalah sebuah liga bola sepak divisyen keempat dan kelima di Malaysia. Liga ini dianjurkan oleh pihak MUSA demi merancakkan pembangunan bola sepak dalam negeri Melaka. Liga ini mempunyai dua divisyen; Divisyen 1 (Divisyen keempat dalam Liga Malaysia) dan Divisyen 2 (Divisyen kelima dalam Liga Malaysia).

Kelab BerkaitanSunting

RujukanSunting

Pautan LuarSunting