Syihan Hazmi

Penjaga gol bola sepak Malaysia

Ahmad Syihan Hazmi Bin Mohamed (lahir 22 Februari 1996) ialah seorang pemain bola sepak profesional Malaysia yang bermain sebagai penjaga gol untuk kelab Liga Super, Johor DT dan pasukan kebangsaan Malaysia

Ahmad Syihan Hazmi
Maklumat peribadi
Nama penuh Ahmad Syihan Hazmi Bin Mohamed
Tarikh lahir (1996-02-22) 22 Februari 1996 (umur 28)[1]
Tempat lahir Salor, Kelantan, Malaysia
Ketinggian 1.90 m (6 ka 3 in)[2]
Posisi permainan Penjaga gol
Maklumat kelab
Kelab terkini
Johor Darul Takzim
Nombor 33
Kerjaya remaja
2012 Sekolah Sukan Bukit Jalil
2013–2014 Harimau Muda C
2015–2017 Kelantan B21
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2013–2014 Harimau Muda C 0 (0)
2016–2017 Kelantan 1 (0)
2018 Negeri Sembilan 2 (0)
2020–2021 Petaling Jaya City 8 (0)
2021–2022 Negeri Sembilan 22 (0)
2023– Johor Darul Ta'zim
Pasukan kebangsaan
2016–2017 Malaysia B23 7 (0)
2022– Malaysia 3 (1)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 28 Mei 2022
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 25 September 2022

Kerjaya kelab

sunting

Ahmad Syihan mula bermain dengan Sekolah Sukan Bukit Jalil pada 2012. Setahun kemudian beliau bermain dengan pasukan Harimau Muda C dalam Liga FAM Malaysia 2013.

Selepas dilepaskan oleh Harimau Muda C, beliau menandatangani kontrak bersama Kelantan FA tetapi masa bermainnya terhad dalam Piala Presiden Malaysia.[3] Satu-satunya penampilan rasmi beliau untuk Kelantan ialah pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan Piala Malaysia menentang Pahang pada 20 Ogos 2016 di mana Kelantan tewas 2-0. Beliau juga menyelamatkan penalti yang diambil oleh Kogileswaran Raj dalam perlawanan itu.[4]

Pada 2018 beliau menyertai Negeri Sembilan FC tetapi digantung 20 bulan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia kerana gagal ujian doping semasa menyertai Piala Asia B-23 AFC di China.[5]

Beliau kembali daripada penggantungan pada 2020 dengan menandatangani kontrak bersama Petaling Jaya City F.C. Disebabkan kekurangan masa bermain, beliau meninggalkan kelab dan kembali ke Negeri Sembilan.[6] Beliau membuat penampilan pertama kali kedua untuk Negeri Sembilan menentang Sabah FC pada 4 Mac 2022. Negeri Sembilan menang 1-0 yang turut menyaksikan beliau menyelamatkan sepakan penalti yang diambil oleh Neto Pessoa.[7]

Kerjaya antarabangsa

sunting

Ahmad Syihan membuat kemunculan pertama dalam pasukan kebangsaan adalah perlawanan persahabatan menentang Palestin apabila menggantikan Norazlan Razali serta menyelamatkan penalti.[8]

Beliau menerima panggilan pertamanya untuk pasukan bawah-22 tahun kebangsaan dan membuat permulaan pertamanya menentang Bahrain, perlawanan berakhir dengan keputusan seri 0-0.[9][10] Pada 2017, beliau merupakan penjaga gawang pilihan pertama dalam Kejohanan Bola Sepak Piala Dubai. Pada 2018, beliau merupakan penjaga gol ketiga untuk pasukan bawah 23 tahun kebangsaan dalam Piala Asia B-23 AFC 2018.

Rujukan

sunting
  1. ^ "Ahmad Syihan Hazmi Mohamed". Eurosport Asia. Dicapai pada 16 December 2017.
  2. ^ "Syihan Hazmi". National Football Teams.com. Dicapai pada 16 December 2017.
  3. ^ "Ahmad Syihan Hazmi | SPORTS247.MY". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-02-23. Dicapai pada 2014-08-13.
  4. ^ Piala Malaysia 2016 - Kelantan Layak Ke Suku Akhir Walaupun Kalah 2-0 - Berita RTM, 21 Ogos 2016.
  5. ^ Syihan digantung 20 bulan - Berita Harian, 9 Jun 2018.
  6. ^ Syihan Buru Posisi Utama Di Negeri Sembilan - Malaysian Football League, 22 Disember 2021.
  7. ^ Sabah FC 0-1 Negeri Sembilan FC - Malaysian Football League, 4 Mac 2022.
  8. ^ "Malaysia kalah 0-2 kepada Palestin". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-03-24. Dicapai pada 2014-08-13.
  9. ^ Senarai 30 pemain skuad Malaysia B-22 bertemu Bahrain. - FAM, 2016.
  10. ^ Senarai penuh pemain Harimau Malaysia B-22 lwn Bahrain B-22 - FAM, 30 Ogos 2016.

Pautan luar

sunting