Johor Darul Ta'zim F.C.

Kelab bola sepak yang bertempat di Johor, Malaysia
(Dilencongkan dari Johor Darul Ta'zim FC)

Johor Darul Ta'zim Football Club[2] atau ringkasnya JDT ialah sebuah kelab bola sepak profesional yang berpusat di Johor BahruJohor, Malaysia. Kelab ini diasaskan pada 1972 sebagai PKENJ FC dan kini bersaing di divisyen teratas bola sepak Malaysia, Liga Super Malaysia. Kelab ini dimiliki oleh Tunku Ismail Sultan Ibrahim.[3] Pada 2014, JDT memperoleh penghormatan besar pertama mereka dengan memenangi liga kebangsaan pada musim pertama di bawah pengurus Croatia Bojan Hodak. Di bawah bimbingan Mario Gómez dari Argentina, mereka memenangi Piala AFC 2015 dan Liga Super 2015. Dengan memenangi Piala AFC, JDT menjadi pasukan Malaysia kedua sejak 1967 yang memasuki perlawanan akhir pertandingan utama peringkat benua, dan kelab Malaysia yang pertama memenangi kejohanan benua. Antara 2014 dan 2021, JDT memenangi lapan kejuaraan liga berturut-turut. Sebelum pencapaian ini, tiada pasukan Malaysia pernah memenangi kejohanan liga lebih daripada dua kali berturut-turut sejak sistem liga mula diperkenalkan di Malaysia pada 1979.

Johor Darul Ta'zim
LogoJDT2014.PNG
Nama penuhJohor Darul Ta'zim Football Club
GelaranHarimau Selatan
Nama pendekJDT
Diasaskan1972; 50 tahun yang lalu (1972) (KBPKENJ)
1996; 26 tahun yang lalu (1996) (KB Johor)
2013; 9 tahun yang lalu (2013) (Johor Darul Ta'zim FC)
StadiumStadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor
(Muatan: 40,000)
PemilikEmiriah Arab Bersatu Royal Football Fund (30%)
JohorTunku Ismail Sultan Ibrahim (70%)[1]
PresidenJohor Tunku Aminah Maimunah Iskandariah
LigaLiga Super Malaysia
2020Juara (Gelaran ke-7)
Tapak sesawangLaman kelab
tuan rumah
tempat lawan
Musim terkini

Sejak 2012, Johor Darul Ta'zim FC dikenali dengan nama panggilan baharu mereka, Harimau Selatan menggantikan nama panggilan lama Kalajengking. Nama jolokan baharu itu adalah berdasarkan lambang Majlis Negeri Johor. Padang tuan rumah pasukan ialah Stadium Sultan Ibrahim berkapasiti 40,000 orang. Sejak 2013, kelab itu telah membina saingan sengit dengan Sri Pahang FC dan Kedah Darul Aman FC.

SejarahSunting

Zaman Johor FCSunting

Kelab ini diasaskan pada 1972 sebagai PKENJ FC. Selepas memenangi Piala FAM Malaysia dua kali, Johor Corporation (perbadanan yang dibiayai oleh kerajaan negeri) memutuskan untuk mengambil alih kelab itu pada 1996 dan menukar namanya kepada Kelab Bola Sepak Johor (Johor FC). Kelab ini menamatkan saingan sebagai naib juara pada musim 1996.

Pada 1998, Johor FC telah dinaikkan pangkat ke liga bola sepak Malaysia peringkat kedua, Liga Perdana 2 dan memenangi kejuaraan pada 2001 yang mendapat kenaikan pangkat ke divisyen pertama, Liga Perdana 1. Selepas dua tahun di bahagian teratas, Johor FC telah diturunkan ke liga divisyen kedua baharu, Liga Perdana Malaysia selepas gagal mencapai kenaikan pangkat ke bahagian teratas baharu, Liga Super Malaysia sepanjang musim 2003.[4] Kelab ini mendapat kenaikan pangkat automatik ke Liga Super Malaysia pada musim 2006–07 selepas keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia untuk mengembangkan liga kepada 14 pasukan dan merupakan penyudah 5 teratas biasa dalam liga. Johor FC ialah pasukan lelab pertama dalam sistem liga bola sepak Malaysia yang menyertai Piala Malaysia pada 2000 di bawah pengurus Inggeris Bruce Stowell. Piala Malaysia sebelum ini didominasi oleh pasukan negeri dan dengan mengalahkan ATM secara agregat dalam kelayakan kumpulan pusingan kedua, kelab itu mencatat satu lagi rekod dalam pertandingan itu. Kelab itu juga menyertai Piala AFC pada 2009 menggantikan Negeri Sembilan apabila mereka layak tetapi tidak meneruskan pertandingan dalam pertandingan itu.[5]

Zaman Johor Darul Ta'zim FCSunting

Bermula dari 2 Februari 2012, bekas pemain bola sepak antarabangsa Singapura, Fandi Ahmad, memulakan kontrak tiga tahunnya dengan Johor FA berkhidmat sebagai penasihat teknikal.[6] Kemudian pada tahun itu, Fandi mengambil alih peranan sebagai ketua jurulatih pasukan. Pasukan itu akhirnya menduduki tempat keempat dalam musim Liga Perdana Malaysia 2012.

Tunku Ismail secara rasmi dilantik sebagai Yang Dipertua Johor FA (PBNJ) yang baharu dalam kongres persatuan itu yang diadakan pada 16 Februari 2012. Dalam kongres itu, beliau terlebih dahulu mengemukakan cadangan untuk merombak keseluruhan struktur pertubuhan dan aktiviti bola sepaknya. Sebahagian daripada rancangan itu adalah untuk menyatukan pasukan bola sepaknya menjadi wakil tunggal yang bersaing dalam Liga Malaysia.[7]

Sepanjang musim ini, terdapat beberapa dakwaan dan penyiasatan berkaitan pengaturan perlawanan yang melibatkan pemain dari pasukan yang berpangkalan di Johor.[8][9] Pada penghujung musim 2012, bola sepak Johor berada dalam keadaan daif. Pasukan yang berpangkalan di Johor kurang berprestasi dan bergelut dalam Liga Malaysia. Johor FC hampir tidak dapat mengelak dari penyingkiran dari Liga Super Malaysia, manakala kelab lain yang berpangkalan di Johor seperti Johor FAMBJB FC dan MP Muar FC, sedang bergelut untuk bersaing dalam Liga Premier Malaysia.[10] Hanya beberapa bulan selepas Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengambil alih tanggungjawab sebagai Presiden Johor FA, satu rombakan strategik yang berani dalam Johor FA (PBNJ) telah dimulakan. Langkah itu adalah untuk menjajarkan semula dan menyatukan pasukan bola sepak dan kelab yang mewakili Johor. Ia menyaksikan kedua-dua pasukan, Johor FC dan Johor FA diletakkan di bawah pengurusan tunggal bagi memastikan kestabilan kedua-dua pasukan. Semua kelab yang berpangkalan di Johor kecuali Johor FC dan Johor FA telah ditarik balik daripada Liga Malaysia. Kedua-dua pasukan telah dikembalikan semula dengan nama yang sama dan diletakkan dalam susunan berangka.[11][12] Pada Disember 2012, FAM memaklumkan bahawa mereka telah menerima permohonan pertukaran nama pasukan kepada Darul Ta'zim FC untuk musim 2013 yang akan datang dan tanpa bantahan terhadapnya.[13] Pasukan itu kemudiannya dinamakan semula sebagai Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim.

Secara rasmi, 2013 merupakan tahun pertama di mana Harimau Selatan membuat debutnya di bawah inisiatif transformasi baru. Stadium Larkin yang sepenuhnya diubahsuai dibuat untuk menampung lebih banyak peminat. Dengan pengenalan pas musim, ia membenarkan peminat masuk ke semua perlawanan kompetitif untuk keseluruhan musim. Pada permulaan musim 2013, Fandi Ahmad telah menyerahkan peranan ketua pasukan pasukan di Liga Super Malaysia, manakala pasukan Liga Perdana Malaysia dikendalikan oleh bekas pemain antarabangsa dan Johor, Azmi Mohamed, dengan bantuan rakan senegara Ismail Ibrahim.[11] Sebelum permulaan musim, Johor menandatangani bekas pemain Sepanyol, Dani Güiza dan pemain tengah Itali, Simone Del Nero. Walau bagaimanapun, kedua-duanya dilepaskan di pertengahan musim. JDT berjaya ke pentas akhor Piala FA dengan peraturan gol ditempat, mengalahkan Pahang FA.[14][15] Pada perlawanan akhir, JDT tewas 1-0 kepada Kelantan FA.[16] Pada pertengahan musim 2013, Fandi Ahmad direhatkan dari tugasan bimbingannya, tetapi akan tetap kekal sebagai pengurus pasukan.[17][18] Azmi Mohamed menjadi jurulatih JDT secara sementara sambil menunggu ketibaan seorang jurulatih baru.[19][20] Pada musim pertama selepas transformasi kelab, JDT berjaya menamatkan saingan di tempat ketiga dalam Liga Super Malaysia 2013.[21][22] Kemudian, hanya sehari sebelum Piala Malaysia 2013 bermula, Fandi Ahmad meletak jawatan sebagai pengurus pasukan dan berpisah dengan Johor FA secara baik.[23] Dengan motivasi untuk menghidupakan hari kegemilangan masa lalu di masa depan, JDT melantik bekas pengurus Valencia CF dan Atlético Madrid, Cesar Ferrando Jimenez sebagai ketua jurulatih kelab baru.[24][25]

Perubahan NamaSunting

  • 19721996 : Kelab Bola sepak Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor FC (KB PKENJ)
  • 19962012 : Kelab Bola sepak Johor (KB Johor)
  • 20122013 : Kelab Bola sepak Darul Ta'zim (KB Darul Ta'zim)
  • 2013–kini : Kelab Bola sepak Johor Darul Ta'zim (KB Johor Darul Ta'zim)

Warna Jersi dan Logo PasukanSunting

JersiSunting

     
 
 
Rumah 1996-2012
     
 
 
Rumah 2013
     
 
 
Rumah 2nd 2013
     
 
 
Pelawat 2013
     
 
 
Pelawat 2nd 2013
     
 
 
Ke-3 2012-2013
     
 
 
Rumah 2014
     
 
 
Pelawat 2014
     
 
 
Ke-3 2014
     
 
 
Rumah 2016
     
 
 
Pelawat 2016

Sunting

StadiumSunting

Stadium Tan Sri Dato' Hj. Hassan YunosSunting

 
Stadium Larkin

Stadium Tan Sri Dato' Hj. Hassan Yunos atau juga dikenali sebagai Stadium Larkin, ialah sebuah stadium pelbagai guna yang terletak di Larkin, Johor Bahru, Malaysia. Stadium yang mula dibina pada 1964 mampu menampung kapasiti 15,000 orang sebelum diubahsuai pada 1991 menjadi kapasiti 30,000 orang penonton. Ia dinamakan sempena mengenang jasa bekas Menteri Besar Johor, Tan Sri Dato' Hj. Hassan Yunos.[26]

Stadium Tan Sri Dato' Hj. Hassan Yunos memiliki keupayaan 30,000 penonton dengan 8,000 tempat duduk.[27]

Bermula era baru penamaan Johor Darul Ta'zim FC yang diterajui oleh Tengku Mahkota Johor iaitu Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim dan dinaikkan ke Liga Super, peminat sudah mula menyokong dan membanjiri stadium setiap kali perlawanan yang diadakan. Penyokong ekstrim yang menggelarkan diri mereka sebagai Boys Of Straits (B.O.S.) mula mengorak langkah dan membawa gerakan Ultras disetiap perlawanan melibatkan pasukan Johor Darul Ta'zim FC.

Stadium Sultan IbrahimSunting

Stadium Sultan Ibrahim merupakan stadium bola sepak di Iskandar Puteri, Johor, Malaysia. Ia dinamakan sempena penghormatan Sultan negeri Johor Darul Takzim iaitu Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Stadium baru ini akan menjadi gelanggang rasmi pasukan Johor Darul Ta'zim FC untuk saingan Liga Super Malaysia bermula tahun 2020, stadium ini menggantikan Stadium Larkin yang telah menempatkan pasukan semasa dan pasukan bola sepak Johor sebelumnya sejak tahun 1964. Jumlah kos pembinaan dianggarkan sebanyak RM 200 juta. Stadium ini mempunyai kapasiti untuk 10,000 penonton dan dibuka pada 22 Februari 2020.

PenajaanSunting

Tempoh Pengeluar Kit Penaja
2013   Kappa   Johor Corporation
2014–2015   Nike   Country Garden Diarkibkan 2016-07-28 di Wayback Machine
  Johor Corporation
2016   Adidas
2017–   Nike
  Fastrack Iskandar Sdn. Bhd.
  Salim Group
UNICEF

PasukanSunting

Skuad UtamaSunting

Sehingga 24 Januari 2022
No. Posisi Pemain
1   GK Farizal Marlias
2   DF Matthew Davies
3   DF Adam Nor Azlin
4   MF Afiq Fazail
5   MF Syamer Kutty Abba
6   DF Hong Wan
7   DF Aidil Zafuan Radzak (kapten)
8   MF Safiq Rahim
9   FW Bergson da Silva
10   MF Leandro Velázquez
11   FW Safawi Rasid
12   DF Kunanlan Subramaniam
13   MF Mohamadou Sumareh
14   FW Shane Lowry
15   DF Feroz Baharudin
16   MF Daniel Amir Norhisham
17   MF Ramadhan Saifullah Usman
No. Posisi Pemain
18   FW Ahmad Hazwan Bakri
19   FW Akhyar Rashid
20   DF Azrif Nasrulhaq
21   MF Nazmi Faiz Mansor
22   DF La'Vere Corbin-Ong
23   DF Carli de Murga
24   FW Izham Tarmizi
25   MF Moussa Sidibé
26   GK Haziq Nadzli
27   FW Bienvenido Marañón
30   MF Natxo Insa
31   FW Guilherme de Paula
32   DF Shahrul Saad
33   DF Maurício
42   FW Arif Aiman
45   FW Fernando Forestieri
91   DF Syahmi Safari

Keluar dari pinjamanSunting

No. Posisi Pemain
8   FW Diogo (ke BG Pathum United)

Pegawai Kejurulatihan PasukanSunting

Jawatan Nama
Penaung Diraja   Tunku Ismail Sultan Ibrahim
Presiden   Tunku Aminah Maimunah Iskandariah
Pengarah Bolasepak   Alistair Edwards
Pengarah Pemasaran   Romain Biesse
Pengarah Sukan   Martin Hugo Prest
Pengurus & Jurulatih   Benjamin Mora Mendivil
Penolong Jurulatih   Mohd Hamzani Omar
  Jorge Alvarez
Jurulatih Penjaga Gol   Orkatz Martin Egana
  Aziz Kifah
Fisioterapi   Pedro Miguel Silva Do Vale
Saintis Sukan   Constantinos Rostantis
Pegawai Penerangan   Nor Asniera Jasni
Pelatih Sukan   Fariq Mohamed Yusof
Masseur   Mohamad Rafienudeen Ramlee
Kitman   Jaafar Abdul Manaf
  A Aziz Hamid
Pegawai Sekuriti   Farouk Yahya
  Ismail Shawal
Doktor Pasukan   Dr. Abdul Razak Ahmad
Pegawai Pentadbiran   Kelly Sathiraj Kalimuthu
Penganalisis Pasukan   Amar Nadzif Othman
Pengurus Pembangunan   K Sukumaran
Ketua Pembangunan Belia   Wan Jamak Wan Hassan[28]

Senarai pengurus pasukanSunting

Tahun Pengurus
1999 – 2005   Othman Odanu
2006 – 2011   Mohd Faizal Abdullah
2012   Wan Nizam Wan Omar
2013   Fandi Ahmad
2013   Azmi Mohamad *(Pemangku)
2013 – 2014   Cesar Ferrando Jimenez
2014 – April 2015   Bojan Hodak
Mei 2015 – Januari 2017   Mario Gómez
Januari 2017 – Jun 2017   Benjamin Mora
Jun 2017 – Feb 2018   Ulisses Morais
Februari 2018 – Ogos 2018   Raul Longdhi *(Pemangku)
Ogos 2018 – kini   Luciano Figueroa

Senarai jurulatih pasukanSunting

Tahun Jurulatih
10 Ogos 2018 – kini   Benjamin Mora
9 Ogos 2018 – 10 Ogos 2018   Luciano Figueroa
26 Februari 2018 – 9 Ogos 2018   Raul Longdhi* (juga Pemangku Pengurus)
19 Jun 2017 – 25 Februari 2018   Ulisses Morais
18 Januari 2017 – 18 Jun 2017   Benjamin Mora* (juga Pemangku Pengurus)
26 April 2015 – 18 Januari 2017   Mario Gomez
25 Februari 2014 – 25 April 2015   Bojan Hodak
21 Ogos 2013 – 25 Februari 2014   Cesar Ferrando Jimenez
30 Julai 2013 – 21 Ogos 2013   Azmi Mohamad* (juga Pemangku Pengurus)
3 Februari 2012 – 30 Julai 2013   Fandi Ahmad
2012   Sazali Saidon
Januari – April 2012   K.Devan
2011   Azuan Zain
2005 – 2010   Ramlan Rashid
2005   Raul Carrizo
2000 – 2001   Bruce Stowell
1999   Ron Smith

Rekod KelabSunting

DomestikSunting

Nota *P = Perlawanan, M = Menang, S = Seri, K = Kalah, J = Jaringan, B = Bolos, Mt= Mata, Pos = Posisi

      Juara       Naib-juara       ke-3       Promosi       Tersingkir

Musim Liga Piala
Divisyen P M S K J B Mt Pos Sumbangsih Malaysia FA
1998 Perdana 2 14 4 4 6 19 24 16 ke-5  —  — Pusingan 2
1999 Perdana 2 18 9 5[a] 4 24 17 33 ke-3  —  — Pusingan 1
2000 Perdana 2 18 5 6 7 16 18 21 ke-7  — Suku-akhir Pusingan 2
2001 Perdana 2 22 14 5 3 42 20 47 Juara  — Peringkat kumpulan Suku-akhir
2002 Perdana 1 26 12 5 9 37 27 41 ke-6  — Peringkat kumpulan Pusingan 2
2003 Perdana 1 24 10 4 10 42 32 34 ke-7  — Peringkat kumpulan Suku-akhir
2004 Liga Premier 24 14 5 5 43 25 47 ke-3  — Peringkat kumpulan Suku-akhir
2005 Liga Premier 21 10 6 5 27 16 36 ke-4  — Peringkat kumpulan Pusingan 1
2005–06 Liga Premier 21 9 8 4 38 27 35 ke-3  — Peringkat kumpulan Pusingan 1
2006–07 Liga Super 24 11 6 7 35 26 39 ke-6  — Peringkat kumpulan Pusingan 2
2007–08 Liga Super 24 14 4 6 40 27 46 ke-3  — Separuh-akhir Pusingan 1
2009 Liga Super 26 15 3 8 53 27 48 ke-4  — Suku-akhir Pusingan 1
2010 Liga Super 26 13 4 9 44 29 43 ke-4  — Separuh-akhir Pusingan 1
2011 Liga Super 26 8 10 8 26 28 34 ke-7  — Peringkat kumpulan Pusingan 2
2012 Liga Super 26 10 5 11 29 31 35 ke-9  — Suku-akhir Suku-akhir
2013 Liga Super 22 11 7 4 32 26 40 ke-3  — Suku-akhir Naib-juara
2014 Liga Super 22 13 5 4 39 22 44 Juara  — Naib-juara Separuh-akhir
2015 Liga Super 22 14 4 4 36 18 46 Juara Juara Suku-akhir Pusingan 1
2016 Liga Super 22 18 4 0 56 14 58 Juara Juara Peringkat kumpulan Juara
2017 Liga Super 22 15 4 3 50 19 49 Juara Naib-juara Juara Suku-akhir
2018 Liga Super 22 19 2 1 47 9 59 Juara Juara Separuh-akhir Suku-akhir
2019 Liga Super 22 16 5 1 49 19 53 Juara Juara Juara Pusingan 3
2020 Liga Super Malaysia 11 9 2 0 33 8 29 Juara Juara

Source:[29][30]

  1. ^ Sepakan penalti untuk tambahan mata jika perlawanan berakhir dengan keputusan Seri. Pasukan ini menang 1 kali dan tewas 4 kali dalam sepakan penalti.

AsiaSunting

Semua keputusan (tempat sendiri dan lawan) senaraikan jaringan pasukan JDT dahulu.

Musim Kejohanan Pusingan Kelab Tempat sendiri Tempat lawan Agregat
1996–97 Kejohanan Kelab Asia Pusingan 1   Công an Thành phố Hồ Chí Minh 1–1 (s.m.t.) 1–0 2–1
Pusingan 2   Yokohama Marinos 1–1 0–2 1–3
2009 Piala AFC Kumpulan F   VB Sports Club 0–0 0–2 ke-4
  PSMS Medan 0–1 1–3
  South China 1–4 0–2
2015 Liga Juara-Juara AFC Peringkat Awal Pusingan 1   Bengaluru FC 2–1 (s.m.t.)
Peringkat Awal Pusingan 2   Bangkok Glass 0–3
Piala AFC Kumpualan F   East Bengal 4–1 1–0 1
  Balestier Khalsa 3–0 1–0
  Kitchee 2–0 0–2
Pusingan 16   Ayeyawady United 5–0
Suku-akhir   South China 1–1 3–1 4–2
Separuh-akhir   Al-Qadsia Dibatalkan 1–3 JDT layak
Akhir   Istiklol 1–0 Juara
2016 Liga Juara-Juara AFC Peringkat Awal Pusingan 2   Muangthong United 0–0 (s.m.t.)
(0–3 p)
Piala AFC Kumpulan H   Ayeyawady United 8–1 2–1 1
  Bengaluru FC 3–0 1–0
  Lao Toyota 3–0 4–1
Pusingan 16   Kaya 7–2
Suku-akhir   South China 2–1 1–1 3–2
Separuh-akhir   Bengaluru FC 1–1 1–3 2–4
2017 Liga Juara-Juara AFC Peringkat Awal Pusingan 2   Bangkok United 1–1 (s.m.t.)
(5–4 p)
Peringkat Kelayakan   Gamba Osaka 0–3
Piala AFC Kumpulan F   Boeung Ket Angkor 3–0 3–0 ke-2
  Magwe 3–1 1–1
  Global Cebu 4–0 2–3
Separuh-akhir Zon ASIAN   Ceres Negros 3–2 1–2 4–4 (gol tempat lawan)
2018 Liga Juara-Juara AFC Peringkat Awal Pusingan 2   Muangthong United 2–5
Piala AFC Kumpulan H   Persija Jakarta 3–0 0–4 ke-3
  Sông Lam Nghệ An 3–2 0–2
  Tampines Rovers 2–1 0–0
2019 Liga Juara-Juara AFC Kumpulan E   Kashima Antlers 1–0 1–2 ke-4
  Gyeongnam FC 1–1 0–2
  Shandong Luneng 0–1 1–2
2020 Liga Juara-Juara AFC Kumpulan G   Vissel Kobe 1–5
  Suwon Samsung Bluewings 2–1
  Guangzhou Evergrande

Pencapaian di kejohanan AFCSunting

  • Liga Juara-Juara AFC: 6 penampilan
    2015: Peringkat awal Pusingan 2
    2016: Peringkat awal Pusingan 2
    2017: Peringkat kelayakan
    2018: Peringkat awal Pusingan 2
    2019: Peringkat kumpulan
    2020: Sedang berlangsung
  • Piala AFC: 5 penampilan
    2009: Peringkat kumpulan
    2015: Juara
    2016: Separuh-akhir
    2017: Separuh-akhir Zon ASIAN
    2018: Peringkat kumpulan

PencapaianSunting

Era PKENJSunting

Era Johor FCSunting

  • 1996 Naib Juara Piala FAM
  • 1997 Juara Liga Perdana 2, Kelab pertama yang bermain dalam Liga Perdana
  • 1998 Tempat ke 5 dalam Liga Perdana 2 , Layak ke pusingan kedua Piala FA
  • 1999 Tempat ke 3 Liga Perdana 2 , Pusingan pertama Piala FA
  • 2000 Tempat ke 3 dalam Liga Perdana 2, Pusingan pertama Piala FA, Pasukan kelab pertama layak ke suku akhir Piala Malaysia
  • 2001 Juara Perdana 2 dan dinaikkan ke Liga Perdana 1, Layak ke suku akhir Piala FA
  • 2002 Menduduki tempat ke 6 dalam Liga Perdana 1, Layak ke pusingan kedua Piala FA
  • 2003 Menduduki tempat ke 7 dalam Liga Perdana 1, Layak ke suku akhir Piala FA dan Piala Malaysia
  • 2004 Menduduki tempat ke 3 dalam Liga Perdana Kump A, Menduduki tempat ke 4 Kumpulan D Piala Malaysia, Layak ke suku akhir *Piala FA
  • 2005 Menduduki tempat ke 3 dalam Liga Perdana Kumpulan B, Pusingan pertama Piala FA dan menduduki tempat ke 4 kumpulan C Piala Malaysia
  • 2005/06 Menduduki tempat ke 3 dalam Liga Perdana Kumpulan B, Pusingan pertama Piala FA dan menduduki tempat ke 4 kumpulan B Piala Malaysia. Layak ke Liga Super 2006/07
  • 2008 Menduduki tempat ke 4 dalam Liga Super dan layak ke separuh akhir Piala Malaysia.
  • [perlu rujukan] bagi tahun 2009 hingga 2012

Era Johor Darul Ta'zim F. C.Sunting

  • 2017 Separuh Akhir - Zon Asia Timur. Ditewaskan oleh Ceres Negros FC dengan agregat 4-4 mengikut peraturan kelebihan gol di tempat lawan.
  • 2017 Juara Liga Super Malaysia buat kali ke-4 berturut-turut dan Piala Malaysia buat kali pertama.
  • 2018 Juara Liga Super Malaysia buat kali ke-5 berturut-turut & Juara Piala Sumbangsih.
  • 2019 Juara Liga Super Malaysia 6 tahun berturut-turut, Juara Piala Sumbangsih dan Juara Piala Malaysia.
  • 2020 Juara Liga Super Malaysia 7 tahun berturut-turut.


DomestikSunting

Kejohanan Juara Naib Juara
Divisyen 1 / Perdana 1 / Liga Super 2014, 2015, 2016, 2017, 2018, 2019, 2020 , 2021
Piala FA Malaysia 2016 2013
Piala Malaysia 2017, 2019 2014, 2021
Piala Sumbangsih Malaysia 2015, 2016, 2018, 2019, 2020 ,2021 , 2022 2017
Divisyen 2 / Perdana 2 / Liga Premier 2001[33]
Divisyen 3 / Liga FAM 1994,[34] 1995[34] 1996

AsiaSunting

Kejohanan Juara Naib Juara
Liga Juara-Juara AFC
Piala AFC
2015[35]

RankingSunting

Ranking Kelab AFCSunting

Sehingga 2 Julai 2017.[36]
Kedudukan Semasa Negara Pasukan
32   Ulsan Hyundai F. C.
33   Al Jazira
34   Johor Darul Ta'zim
35   Kashiwa Reysol
36   Seongnam Ilhwa Chunma

Ranking Kelab DuniaSunting

Sehingga 09 Januari 2016.[37]
Kedudukan Semasa Negara Pasukan
137   Buriram United
152   Johor Darul Ta'zim
153   Southampton
153   AC Milan
Sehingga 17 Julai 2017[38]
Kedudukan Semasa (Mata) Negara Pasukan
892 (146.0)   Johor Darul Ta'zim

Persatuan yang menyeliaSunting

Kelab GabunganSunting

RujukanSunting

  1. ^ "HRH Crown Prince Of Johor Becomes Owner Of Johor Darul Ta'zim Football Club". johorsoutherntigers.com. 9 January 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-05-21. Dicapai pada 2018-12-28.
  2. ^ Darul Ta'zim FC nama baru Johor @ Johor FC Diarkibkan 2016-02-20 di Wayback Machine, Sokernet, 5 Disember 2012
  3. ^ "HRH Crown Prince Of Johor Becomes Owner Of Johor Darul Ta'zim Football Club" (dalam bahasa Inggeris). Johor Southern Tiger. 9 Januari 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Mei 2016.
  4. ^ "Malaysia – List of Second Level Champions". Rec.Sport.Soccer Statistics Foundation. Dicapai pada 23 December 2012.
  5. ^ "Afc cup 2009" (dalam bahasa Inggeris). Rec.Sport.Soccer Statistics Foundation. Dicapai pada 26 Julai 2014.
  6. ^ Lee, David (1 Februari 2012). "Fandi joins Johor FA as advisor". The New Paper (Singapura) (dalam bahasa Inggeris). Singapore Press Holdings Ltd. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Oktober 2016. Dicapai pada 18 September 2016.
  7. ^ Ahmad Hidzir, Nor Azan Fitri (17 Februari 2012). "Johor cadang satu pasukan musim depan". Utusan Online. Utusan Melayu (M) Berhad. Dicapai pada 19 September 2016.
  8. ^ "Johor Football Club suspends six players". Asia One (dalam bahasa Inggeris). Singapore Press Holdings Ltd . Co. 24 Februari 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Februari 2012. Dicapai pada 19 September 2016.
  9. ^ Charles, Lourdes (22 Mac 2012). "'Bet woman' unmasked". The Star (dalam bahasa Inggeris). The Star Media Group Bhd. m/s. 1. Dicapai pada 19 September 2016.
  10. ^ Lee, Seng-Foo (1 Julai 2015). "The rise of Johor Darul Ta'zim". FourFourTwo.com (dalam bahasa Inggeris). Haymarket Media Group. Dicapai pada 18 September 2016.
  11. ^ a b Kumar, Prem (1 November 2012). "Johor FC drop 'FC' from their name for new season". Goal.com (dalam bahasa Inggeris). Perform Media. Dicapai pada 18 September 2016.
  12. ^ "PBNJ urus Johor FC". Sinar Harian Online. Karangkraf Media Group. 31 October 2012. Dicapai pada 18 September 2016.
  13. ^ "Darul Takzim FC Nama Baru Johor dan Johor FC". Sokernet.com. Berita Bolasepak Malaysia. 5 December 2012. Dicapai pada 18 September 2016.
  14. ^ Afiq, Nik (17 June 2013). "TMJ promises JDT and Johor FA rewards". Goal.com (dalam bahasa Inggeris). Perform Media. Dicapai pada 20 September 2016.
  15. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan :2 tidak disediakan
  16. ^ Afiq, Nik (30 June 2013). "Losing three players was key - JDT Assistant Coach". Goal.com (dalam bahasa Inggeris). Perform Media. Dicapai pada 22 September 2016.
  17. ^ Goh, Phillip (1 Ogos 2013). "Fandi relieved of duties as Johor coach". Today Online (dalam bahasa Inggeris). Mediacorp Press Ltd. Dicapai pada 18 September 2016.
  18. ^ Wang, Meng Meng (1 Ogos 2013). "Player power, demanding boss led to Fandi's fall from grace". The Straits Times (Singapore) (dalam bahasa Inggeris). Singapore Press Holdings Ltd. Co. Dicapai pada 18 September 2013.
  19. ^ Allen, Chris (31 July 2013). "Azmi Mohamed Announced as the Temporary Johor Darul Takzim Coach". CaughtOffside.com (dalam bahasa Inggeris). Fanatix.com. Dicapai pada 19 September 2016.
  20. ^ Samuel, Eric (31 Julai 2013). "Rookie coach Azmi takes over from Fandi Ahmad". Asia One (dalam bahasa Inggeris). Singapore Press Holdings Ltd . Co. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Ogos 2013. Dicapai pada 19 September 2016.
  21. ^ Afiq, Nik (30 Julai 2013). "Johor Darul Takzim resume training". Goal.com (dalam bahasa Inggeris). Perform Media. Dicapai pada 22 September 2016.
  22. ^ Rifhan, Khalis (23 Jun 2013). "Johor Darul Takzim assistant Ismail Ibrahim: We are disappointed not to win". Goal.com (dalam bahasa Inggeris). Perform Media. Dicapai pada 22 September 2016.
  23. ^ Afiq, Nik (20 Ogos 2013). "Fandi Ahmad resigns as Johor Darul Takzim Team Manager". Goal.com (dalam bahasa Inggeris). Perform Media. Dicapai pada 18 September 2016.
  24. ^ Sundaresan, Keeshaanan (20 Julai 2013). "Johor Darul Takzim set to appoint new Spanish coach". Goal.com (dalam bahasa Inggeris). Perform Media. Dicapai pada 18 September 2016.
  25. ^ Bernama, Bernama (21 Ogos 2013). "Jimenez sedia bawa JDT ke tahap baru". Sinar Harian Online. Karangkraf Media Group. Dicapai pada 18 September 2016.
  26. ^ © 2011 The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad.
  27. ^ www.worldstadiums.com (Stadium Tan Sri Hassan Yunus)
  28. ^ "Wan Jamak Ketua Pembangunan bola sepak JDT". sinarharian.com.my. 21 May 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-29. Dicapai pada 21 May 2015.
  29. ^ "Summary - Malaysia Super League - Malaysia - Results, fixtures, tables and news - Soccerway".
  30. ^ "Malaysia 2016".
  31. ^ http://zikrihusaini.com/jdt-tewas-1-2-keatas-kedah-piala-sumbangsih-2017/
  32. ^ http://www.stadiumastro.com/ms/article/2017/02/07/jdt-gagal-saingi-gamba-osaka
  33. ^ "Malaysia – List of Second Level Champions". rsssf.com. Dicapai pada 2012-12-23. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  34. ^ a b "Malaysia – List of Cup Winners". rsssf.com. Dicapai pada 2012-12-23. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  35. ^ http://www.mstar.com.my/sukan/bola-sepak/2015/10/31/jdt-piala-afc/
  36. ^ http://globalfootballranks.com/
  37. ^ https://semuanyabola.com/barcelona-pasukan-terbaik-di-dunia-2015-ranking-jdt-lebih-tinggi-daripada-southampton/
  38. ^ https://www.clubworldranking.com/ranking-clubs/wd/11/yr/2017/nationality/117

Pautan luarSunting